(Sebelum Rawatan)
(Selepas Rawatan)
Biasanya eczema menyerang kanak-kanak yang berusia bawah dua tahun. Antara eczema yang sering menyerang kanak-kanak ialah ‘atopic eczema’. Ia mungkin memakan masa beberapa bulan atau tahun untuk sembuh. Antara punca utama diserang penyakit ini ialah persekitaran yang mengandungi bahan yang menyebabkan penyakit kulit seperti debu, hama binatang dan pencemaran udara. Keturunan juga kadangkala memainkan peranan.
Alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit sehingga menyebabkan ruam, hidung tersumbat, gatal mata dan gatal tekak.
Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu samada dalam beberapa jam ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis.
Biasanya mereka yang mengidap eczema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah.
Bagi kanak-kanak pula, biasanya eczema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga.
Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala.
Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, eczema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.
Kajian mendapati, seorang dalam setiap enam kanak-kanak dan seorang dalam 10 orang dewasa akan menghidap eczema.
TANDA-TANDA ECZEMA1. Rasa gatal
2. Kulit mengelupas
3. Kulit bersisik
4. Kemerah-merahan
4.Penebalan kulit
5. Adakala terbentuk lepuh di kulit
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Sembilan puluh peratus eczema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus , iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.
Sehingga kini punca eczema masih tidak diketahui. Jika seorang ahli keluarga anda mempunyai eczema, asma atau resdung, anak anda ada peluang besar untuk turut mengalaminya. Sesetengah kanak-kanak yang ada eczema turut mendapat asma atau alahan rinitis.
Biasanya pesakit eczema perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit. Malahan mereka juga tidak dibenarkan memakan makanan sea food kerana ianya mengandungi acid dan cadmium yang akan memparahkan lagi.
Sekiranya anak anda mengalami eczema dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, biasanya kami akan mengambil DNA anak anda seperti rambut, darah, air liur dan air kencing supaya Perubatan Holistik dapat membuat ubat khusus yang mampu memperbaiki kerosakan DNA, menguatkan imun sistem dan saraf kulit sehingga kuman yang menyebabkan eczema terutama ‘Staphylococcus aureus’ dapat dimusnahkan.
Kami juga akan membekalkan krim sapu supaya penyakit eczema boleh disembuhkan secepat mungkin dan disamping itu, kami akan melakukan Therapy Live Nosode yang bertujuan memancarkan gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh pesakit eczema supaya segala gelombang penyakit asal eczema dapat dimusnahkan.
Kesimpulannya Perubatan Holistik sangat sesuai terhadap penyakit eczema, dermatitis dan psoriasis terutama kanak-kanak kerana ubatan yang digunakan hanyalah glukos yang dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik dan peningkatan potensi tenaga sehingga ia boleh menembusi sel-sel kulit yang mati yang tidak dapat dilakukan oleh ubatan biasa.
Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.