Kencing berdarah atau dalam
bahasa perubatannya disebut sebagai ‘Hematuria’ merupakan suatu keadaan di mana
terdapat sel darah merah pada urin.
Jika darah terlalu sedikit di dalam kandungan urin dan tidak boleh
dilihat dengan mata kasar, keadaan ini dikenali sebagai ‘Mikroskopik Hematuria’.
Biasanya, ‘Mikroskopik Hematuria’
diketahui melalui ujian urin dimakmal, namun, jika darah yang ada di dalam urin
kelihatan cukup banyak, ia dapat memberikan warna merah, pink, atau warna
coklat seperti air teh, keadaan ini di sebut sebagai ‘Gross Hematuria’.
Penyebab Kencing Berdarah
Kencing berdarah biasanya disebabkan
kerana sering menahan buang air kecil. Biasanya juga diikuti rasa pedih di
dalam perut mahupun di saluran pundi kencing.
Sering menahan buang air kecil
menyebabkan terjadinya mendapan kotoran atau asid di dalam air kencing yang
sepatutnya segera di keluarkan dari dalam tubuh kerana endapan tersebut lama
kelamaan boleh mengeras dan menjadi batu yang menyumbatkan saluran pundi
kencing sehingga menyebabkan jangkitan kuman.
Tanda Dan Gejala Kencing Berdarah
1. Air kencing merah ataupun keruh berkemungkinan kerana adanya
penyakit radang buah pinggang.
2. Air kencing yang berdarah secara mendadak dan disertai sakit
pinggang berkemungkinan kerana adanya penyakit batu karang.
3. Air kencing yang disertai dengan darah yang banyak, tetapi
terjadinya hanya kadangkala berkemungkinan
kerana adanya penyakit kanser buah pinggang.
4. Air kencing yang bercampur dengan darah dan kotoran air kencing
yang mendap berkemungkinan kerana adanya penyakit Tuberkulosis pada alat
perkumuhan kencing.
5. Air kencing berwarna merah bercampur nanah dan disertai rasa
sakit pada pundi kencing serta rasa ingin membuang air kecil berterusan
berkemungkinan kerana adanya penyakit radang pundi kencing.
6. Air kencing berdarah terutama ketika pesakit banyak menggerakan
tubuh, namun sukar untuk membuang air kecil berkemungkinan kerana adanya radang
ataupun luka pada saluran kencing.
7. Air kencing berwarna merah tua disertai dengan demam panas dan
sakit pada anggota badan berkemungkinan pesakit mempunyai penyakit berjangkit
seperti sifilis.
Rawatan di Pusat Perubatan
Holistik Dan Alternatif
Jika anda disahkan mengidap
Hematuria atau kencing berdarah, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai
pelbagai penawar pancaran gelombang elektromagnetik yang mampu memperbaiki dan
mengaktifkan fungsi buah pinggang, saluran kencing, pundi kencing serta organ
penyebab kencing berdarah
Biasanya, kami akan mengambil
sample DNA pesakit kencing berdarah seperti rambut dan air liur supaya
Perubatan Holistik dapat mengenal pasti kerosakan DNA pesakit kencing berdarah
dan seterusnya berusaha memperbaiki serta memformat DNA kawasan organ yang
lemah menjadi DNA yang sihat.
Disamping itu, kami akan
melakukan Life Auto-Therapy supaya peralatan elektronik yang dikenali sebagai
OPAMP MACHINE (yang diimport khas dari UK)
dapat melakukan terapi dalaman supaya DNA yang lemah boleh disusun
semula secara digital.
Kesimpulannya, Perubatan Holistik
sangat sesuai bagi mereka yang mengidap penyakit kencing berdarah, batu karang,
kegagalan buah pinggang, masalah pundi kencing dan dan masalah kencing yang
tidak lawas.
Untuk rawatan online sila klik di sini