Di dalam tubuh manusia terdapat racun dan penawar terhadap segala penyakit bagi memastikan kesihatan tubuh badan. Kesemuanya ini dikawal oleh 'Central Nerve System' (CNS) yang bertindak mengawal dan mentadbir perjalanan kesihatan tubuh badan seseorang.
Contohnya apabila tangan kita terluka, 'Central Nerve System' (CNS) akan menghantar maklumat kepada organ yang berkaitan untuk membekukan darah di kawasan tersebut.
Keupayaan sistem tubuh badan merawat diri sendiri, bertepatan dengan fitrah kejadian manusia. Di mana, manusia adalah makhluk Tuhan yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dalam keadaan serba lengkap.
Walaubagaimanapun, dengan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia dan toksik, udara yang dipenuhi partikel, pencemaran udara yang berluasa, lubang ozone yang dikatakan membesar dilangit, pelbagai radiasi, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disuburkan dengan bahan kimia, kandungan klorin yang tinggi di dalam air, malahan pelbagai vitamin yang kebanyakannya adalah bersifat sintetik dan bukan dari makanan semulajadi serta kurangnya rangsangan terhadap penawar di dalam badan, menyebabkan daya ketahanan sensitiviti 'Central Nerve System' menjadi lemah. CNS yang lemah dan kadar toksid yang tinggi menyebabkan organ gagal mengeluarkan enzim yang mencukupi bagi menyahkan bahan berbahaya yang ada di dalam badan.