Isnin, 24 Ogos 2009

HIKMAH BERPUASA




ANTARA HIKMAH PUASA IALAH:

1. Memberikan kesempatan bagi alat pencernaan untuk berehat.

2. Membebaskan tubuh dari racun, kotoran, dan bahan toksik yang menyebabkan pelbagai penyakit.

3. Menghalang kehadiran bakteri, virus, dan sel kanser sehingga kuman-kuman tersebut tidak mampu bertahan dan bersarang di dalam tubuh.

4. Menambah jumlah sel darah putih yang matang dan meningkatkan daya tahan tubuh. Pada minggu pertama berpuasa sel darah putih masih belum matang. Namun, mulai hari ketujuh (minggu kedua), penambahan sel darah putih menjadi banyak. Darah putih merupakan unsur utama dalam sistem pertahanan tubuh.

5. Mengimbangi kadar asid dalam tubuh.

6. Memperbaiki fungsi hormon yang diperlukan dalam pelbagai proses fisiologi dan biokimia tubuh. Hormon dikeluarkan oleh kelenjar endokrin sebagai reaksi tubuh terhadap pelbagai tekanan dan stres. Kekurangan atau kelebihan pengeluaran hormon tertentu akan menjejaskan kesihatan tubuh. Contohnya ketika mengalami stres, hormon insulin dan adrenalin yang mengatur waktu lapar akan terganggu sehingga nafsu makan hilang atau bahkan datang lebih cepat.

7. Kekurangan pengeluaran hormon insulin boleh mengakibatkan penyakit diabetes, sedangkan bila berlebihan pula seseorang itu akan mengalami hiperglisemia. Ketika berpuasa seseorang itu akan bersabar dan berusaha menahan amarah dan sentiasa pasrah pada Tuhan. Hal itu akan membuat fungsi hormon berjalan normal sehingga gaya kehidupan seseorang individu akan lebih harmoni.

8. Meremajakan sel-sel tubuh. Ketika kita berpuasa, organ tubuh berada dalam keadaan rileks, sehingga mempunyai kesempatan untuk memperbarui sel-selnya.

9. Meningkatkan fungsi organ tubuh. Puasa akan memberikan rangsangan terhadap seluruh sel, jaringan, dan organ tubuh. Kesan rangsangan ini akan menghasilkan, memulihkan, dan meningkatkan fungsi organ sesuai fungsi fisiologinya, misalnya panca indra akan menjadi lebih tajam dan sensitif.

10. Puasa meningkatkan fungsi organ reproduksi. Hal ini terkait dengan peremajaan sel-sel yang berpengaruh pada sel-sel urogenitalis dan alat-alat reproduksi lain. Hormon yang berkaitan dengan masalah perilaku seksual tidak hanya dihasilkan oleh organ induk telur (estrogen) dan testis (testosteron), tetapi juga oleh kelenjar hipofisis.