Isnin, 21 Jun 2010

VITAMIN B3


Vitamin B3 atau dikenali juga dengan nama Niacin diperlukan oleh badan kita untuk peredaran darah dan kulit yang sihat.
Niacin adalah penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula darah (blood sugar) dan dalam pembuatan lemak.
Ia membantu dalam fungsi sistem saraf, dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protin dan dalam pengeluaran asid hidroklorik untuk sistem penghadaman. Ia juga terlibat dalam pengeluaran cecair hempedu, asid dalam perut yang normal dan sitesis hormon seks. Niacin membantu merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah. Ia membantu dalam memperbaiki penyakit mental seperti schizophrenia dan ia juga amat membantu menambah ingatan.

Vitamin B3 juga dapat mencegah penyakit anemia (tekanan darah rendah).

SUMBER
Niacin dan niacinamide boleh didapati daripada hati lembu, ragi yang ditapai, kobis bunga, lobak merah, keju, tepung jagung, buah kurma, telur, ikan, susu, kacang tanah, ubi kentang, tomato, gandum, dan hasil gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B3 boleh menyebabkan :
1. Keletihan dan lemah badan.
2. Pellegra, sejenis penyakit dengan gejala bengkak; kulit merekah atau pecah; bengkak mulut dan lidah; cirit; gangguan mental; pening; lemah badan; sakit kepala; lemah otot; rendah gula dalam darah.