Prof Leopold Werner von Ehrenfels,
seorang ahli neurology dari Austria, menemui sesuatu
yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat
mengejutkan.
.
.
Antaranya, pusat-pusat saraf yang paling
peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan
kaki.
.
.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat
sensitif terhadap air segar. Dari sini beliau menemui hikmah di sebalik wudhu yang
membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah beliau mencadangkan agar wuduk bukan
hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara
keseluruhan.
Dengan sentiasa membasuh air segar pada
pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang tersebut seolah-olah memelihara kesihatan
dan keselarasan pusat sarafnya.
Pada akhirnya, Leopold memeluk agama
Islam dan menggantikan namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.
Ulama Fekah juga sering menjelaskan tentang hikmah
berwuduk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan
rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air ketika berwuduk seperti tangan, kawasan muka
termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan
benda-benda asing termasuk kotoran. Oleh itu, wajar kalau anggota badan itu yang
harus dibasuh.
Ulama tasawuf menjelaskan hikmah berwuduk
bahawa anggota badan yang dibasuh air wuduk itu memang
daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba,
dipegang dan dilakukan oleh tangan dan kaki kita terutama deria pancaindera.
Banyak pancaindera tersimpul di
bahagian muka.
Berapa orang yang jadi korban setiap
hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki dan membicarakan aib
orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru dilihat oleh
mata, apa sahaj yang didengar oleh telinga dan apa saja yang dicium oleh hidung dan ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?
Tegasnya, anggota badan yang dibasuh
dalam berwuduk ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan
dosa.
Organ tubuh yang menjadi anggota wuduk
disebutkan dalam ayat Al-Maidah : Ayat 6, adalah muka, tangan sehingga siku,
dan kaki sehingga hujung kaki.
Dalam hadis riwayat Muslim juga
dijelaskan bahawa air berwuduk mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah
dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kaki sehingga yang
berkaitan bersih dari dosa dan nista.
Kalangan ulama melarang mengeringkan
air wuduk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa
proses pembersihan itu sampai ke titisan terakhir dari air wuduk. (ma'a akhir
qathr al-ma').
Wudhu dalam Islam termasuk di dalam Bab
al-Thaharah (penyucian rohani), seperti tayammum dan
mandi junub. Tidak disebutkan di dalam Bab al-Nazhafah (pembersihan secara fizikal).
Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan
wuduknya.
Yang paling penting dari berwuduk ialah
kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang
‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan
seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf
Al-Quran.
.
Oleh itu, untuk menjaga kesihatan dan keimanan kita marilah kita sama-sama sentiasa berwuduk walaupun di mana jua kita berada.