Wanita yang gemuk, pusingan haidnya tidak teratur dan tumbuh
rambut pada kaki, badan atau muka. Berwaspadalah mungkin anda mengalami masalah
kilang ovary bengkak atau ‘polycystic ovary’.
Polycystic Ovary Syndrom atau PCOs adalah suatu keadaan di
mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab
benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu
subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan
membengkak dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesuburan dan gangguan haid
pada wanita tersebut.
Gejala utama akibat PCOS ialah kemandulan, sukar untuk hamil
dan bila hamil, mudah gugur. Ramai juga dikalangan pengidap PCOS yang mengalami
masalah tidak datang haid untuk jangka waktu yang panjang, perdarahan haid yang
banyak atau berpanjagan, masalah kegemukan/obesity dan ada yang bermasalah
tumbuh rambut pada kaki dada dan muka.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan
wanita-wanita Malaysia ke taraf yang membimbangkan kerana ia menjejaskan
kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.
Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic Ovary?
1. TIDAK SUBUR ATAU MANDUL
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOs datang berjumpa doktor
pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang
telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang
berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Ramai
juga yang boleh hamil tetapi mudah gugur diperingkat awal kehamilan; malah ada
yang berulang-ulang kali gugur.
Pelbagai Jenis Gangguan Haid
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya
lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh
sekali sampai hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Ada
setengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
2. Gemuk
Tanda lain ialah peningkatan berat badan menyebabkan wanita
itu gemuk atau obes. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara
mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi
lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak
subur kerana telur tidak dapat menetas.
3. Darah haid sikit atau berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang
begitu panjang jangka waktunya, ialah perdarahan haid yang mungkin berlaku
dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana
selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovary akan
mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga
di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari
ataupun 30 hari tanpa henti.
4. Tumbuh rambut
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut
pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan
dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan dalam hormon
lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku
dikalangan pengidap penyakit polycystic ovary.
Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau
ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara.
Berikut pula tentang masalah ketidaksuburan yang berlaku di
kalangan wanita pula dan kaedah rawatan yang boleh dilakukan.
Biasanya, kita boleh membahagikan punca masalah kemandulan
atau ketidaksuburan bahagian wanita kepada beberapa jenis. Pertama mungkin ia
berpunca dari masalah kegagalan untuk telur menetas ataupun kegagalan
'ovulation'. Maknanya telur wanita tidak dapat dikeluarkan daripada kilang
ovari pada waktu tertentu. Wanita yang tidak dapat mengeluarkan telur atau
gagal untuk ovulasi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya masalah kegemukan yang dikaitkan dengan gangguan
hormon wanita. Wanita ini biasanya akan mempunyai ovari yang bengkak disebabkan
telur-telur ini terperangkap dalam kilang ovari. Keadaan ini digelar dengan
nama 'polycystic ovary'. Kadangkala wanita ini mempunyai tumbuhan rambut yang
berlebihan pada bahagian kaki serta badan dan ada juga yang tumbuh misai.
Kegagalan penetasan telur mungkin disebabkan gangguan hormon
yang mungkin disebabkan kandungan hormon susu ataupun prolactin yang tinggi.
Keadaan ini digelarkan dengan 'hyperprolactinemia'. Ini biasanya disertai
dengan tanda-tanda seperti haidnya tidak teratur, atau tidak datang langsung,
ataupun kalau datang dua tiga bulan sekali. Kadangkala juga ia disertai dengan
keluaran susu atau cecair daripada puting buah dada. Wanita-wanita ini didapati
sukar untuk hamil. Keadaan seperti ini boleh disebabkan oleh satu tumbuhan pada
kilang pituitari yang terletak pada bahagian otak.
Kadangkala juga kandungan prolaktin ini boleh meningkat
dalam penyakit endometriasis yang sering melanda wanita dan tandanya ialah
senggugut yang sangat teruk.
Kegagalan seseorang wanita untuk mengeluarkan telur atau
ovulation boleh dikesan dengan beberapa cara. Di antaranya ialah jika haidnya
tidak teratur ataupun lambat datang, misalnya pusingan haidnya berlaku dalam 2
atau 3 bulan sekali, kadangkala tidak datang sehingga 6 bulan. Ini adalah satu
tanda yang mungkin wanita itu tidak mengeluarkan telur.
Kedua ia juga boleh dikesan dengan mencatitkan suhu badan
setiap pagi dengan menggunakan alat suhu ovulation termometer yang boleh dibeli
di farmasi. Paling penting sekali suhu badan ini patut disukat atau diambil
sewaktu pagi sejurus ia bangun tidur sebelum ia memulakan aktiviti-aktiviti
lain. Jika dicatitkan setiap hari, maka satu bentuk akan timbul, sebelum telur
menetas berlaku, suhu badannya akan menurun sedikit dan sebelum telur keluar
suhu badannya akan meningkat. lni lebih daripada paras biasa selama lebih
kurang dua minggu. Jika tiada kehamilan, suhu badan akan turun dan akan diikuti
dengan haid, tetapi jika ia hamil suhu badannya akan terus meningkat dan bila
haidnya telah lambat dua minggu, ujian air kencing untuk mengesan kehamilan
akan menjadi positif. Ketika itu juga kehamilan akan disahkan dengan melakukan
ujian ultrasound scanning.
Lain-lain kaedah untuk mengesan ovulation ini juga boleh
dilakukan dengan memeriksa air kencing setiap pagi, iaitu air kencing pertama
pagi hari mulai pada hari ke sepuluh dikira pada hari pertama keluar haid.
Biasanya haid turun seminggu bagi wanita biasa dan tiga hari kemudian iaitu
hari ke sepuluh mulalah ia catitkan air kencingnya dengan ujian khusus untuk
mengesan kesuburan. Banyak jenama ujian kesuburan melalui ujian air kencing ini
didapati di pasaran dan mudah didapati di mana-mana kedai farmasi.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK
Wanita yang mengalami masalah kegagalan penetasan
atau ovulation boleh dirawat dengan pelbagai kaedah.
Wanita-wanita yang mengalami masalah ‘polycystic ovaries'
kadang-kadang agak sukar untuk merangsang telur daripada kilang ovari.
Kadangkala ia terlebih rangsang dan banyak telur akan tumbuh dan kadangkala ada
kemungkinan berlakunya kembar dari 2 bayi hingga ke lapan bayi.
Organ serviks pula adalah salah satu organ dalaman wanita yang
sangat penting. Ini kerana antara fungsinya ialah ia menghasilkan cecair yang
boleh melembabkan kawasan vagina sehingga segala anasir luar dapat
disingkirkan.
Jika fungsi organ serviks berjalan dengan baik, ia akan
memudahkan wanita untuk mengandung dan bertindak sebagai penyokong bayi yang
berkembang di uterus semasa kehamilan.
Jika anda mengalami 'polycystic ovary syndrome’, kami di Perubatan
Pusat Holistik mempunyai rawatan khusus yang mampu membunuh kuman penyebab 'polycystic
ovaries’ dan rawatan yang mampu
memperbaiki imun sistem, homon serta membantu menguatkan antibodi sehingga DNA tubuh pengidap 'polycystic
ovaries dapat disusun secara digital dan DNA yang rosak dapat diganti dengan
DNA yang sihat. Manakala stem sel pula dapat
dihidupkan kembali seperti sedia kala menurut kejadian manusia sehingga kebengkakan ovari dapat dipulihkan seperti sediakala.
Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah ia mengandungi
pelbagai kod penawar gelombang elektromagnetik yang mampu membunuh gelombang sesuatu penyakit, mampu memperbaiki DNA,
antibodi dan menguatkan sistem imun secara semulajadi.
Rawatan Perubatan Holistik juga boleh diibaratkan laksana
anti virus yang mampu mengesan (scan) ketidakseimbangan tubuh dari hujung
rambut ke hujung kaki. Jika ada DNA ataupun sel yang musnah, ia akan berusaha
memperbaiki dan menstabilkan hormon-hormon serta menguatkan antibodi tubuh
secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.
Natijahnya, Perubatan Holistik sangat sesuai dengan
penyakit berkaitan kanser dan penyakit puan.
Untuk rawatan secara online berkaitan PCOS sila klik di sini
Untuk rawatan secara online berkaitan PCOS sila klik di sini