Isnin, 23 September 2013

PENYAKIT SARAF


JANGAN ABAI SAKIT SARAF

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Senario di mana seseorang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

Keadaan ini bukanlah menunjukkan bahawa masyarakat tidak peka dengan kesihatan diri masing-masing, tetapi penyakit hari ini dilihat semakin 'bijak' kerana apabila berada di tahap yang kritikal barulah ia menunjukkan simptom-simptomnya.

Untuk itu, setiap orang disaran agar menjalani pemeriksaan secara berkala bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengenal pasti apa jua jenis penyakit yang dihidapi.

Begitupun, ada penyakit yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan ada juga sakit yang tidak dapat diterangkan apakah jenis penyakitnya.

Begitu juga dengan penyakit saraf di mana penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan pada mana-mana individu yang mengalami.

Tanda-tanda kesakitan yang dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana kesakitan itu muncul secara tiba-tiba.

Malah kesakitan yang lazimnya dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan dan ia berbeza daripada biasa.

Menurut Presiden Malaysian Association for the Study of Pain (MASP), Dr. Mary Suma Cardosa, sekiranya mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan individu tersebut mengalami kesakitan saraf.

Tambah beliau lagi, kesakitan saraf atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau otak.

"Kesakitan saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti kehidupan mereka.

"Ramai penghidap penyakit ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta selalu berasa letih dan tidak bermaya.

"Ada yang langsung tidak boleh mengenakan pakaian kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat apabila pakaian bersentuhan dengan kulit," katanya lagi ketika ditemui di ibu negara, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai penyakit tersebut, Dr. Mary memberitahu, pesakit yang mengalami penyakit ini juga boleh mengalami kemurungan yang teruk di samping kebimbangan yang tinggi dalam diri masing-masing.

Ini kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk menyembuhkan penyakit tersebut selain sentiasa berfikir untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit mereka.

Pada masa yang sama, beliau menerangkan, pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah untuk menerangkan kesakitan yang dialami.

"Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka," kata Dr. Mary.

Katanya lagi, sehingga hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.

Bagaimanapun, dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesakitan saraf dan rawatan untuk keadaan kesakitan yang dialami pesakit, Pfizer Malaysia baru-baru ini telah menjalankan sebuah siri bengkel kesedaran penyakit dengan usahasama Persatuan bagi Kajian mengenai Penyakit Malaysia (Malaysian Association for the Study of Pain - MASP).

Bengkel tersebut diadakan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan bantuan doktor dalam usaha mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.

Menurut Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr. Vicknesh Wellupillai, bagi mana-mana individu yang mengalami apa jua kesakitan ataupun mengesyaki bahawa mereka mengalami kesakitan saraf, disarankan agar membuat temujanji untuk berjumpa doktor.

Dalam temujanji tersebut, katanya lagi, pesakit haruslah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan yang dirasai dan bahagian tubuh yang terjejas akibatnya dan sekiranya boleh tunjukkan diari kesakitan anda kepada doktor.

"Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan kesakitan seperti rasa pedih, menikam, mencucuk, berdenyut, kebas dan apa sahaja kata sifat yang boleh memberikan gambaran yang jelas kepada doktor anda.

"Langkah yang paling penting untuk merawat kesakitan saraf adalah dengan mempunyai pelan pengurusan kesakitan yang dibina oleh pesakit dan doktor masing-masing.

"Ini kerana hari ini terdapat juga ubat-ubatan yang selamat dan berkesan untuk kesakitan saraf di mana ia boleh melegakan kesakitan yang anda alami," ujarnya lebih lanjut.

Dalam pada itu, pada Jun lalu, Pfizer Malaysia telah menjalankan kaji selidik dalam kalangan 428 rakyat Malaysia yang berumur antara 25 hingga 65 tahun.

Objektif kaji selidik tersebut adalah untuk mengkaji pengetahuan mengenai kesakitan dalam kalangan rakyat Malaysia dan kaedah yang digunakan untuk merawatnya.

Kajian yang dilakukan di hospital-hospital terpilih seluruh negara turut mengutarakan 20 soalan yang berkaitan untuk dijawab.

Dan keputusan daripada kaji selidik tersebut mendapati lapan daripada 10 rakyat Malaysia menyatakan bahawa kesakitan telah menjejaskan kehidupan mereka dan disebabkan kesakitan para pesakit mengalami ketidakupayaan dan kualiti hidup mereka menurun.

Bukan itu sahaja, lebih daripada separuh responden turut mengalami kesukaran menerangkan keadaan kesakitan kepada doktor masing-masing.

Yang penting hari ini pengurusan kesakitan kronik adalah langkah terbaik bagi mengatasi sakit berpanjangan supaya pesakit boleh menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.



RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

APAKAH ITU CENTRAL NERVE SYSTEM (CNS)

Sistem saraf ialah pusat kawalan tubuh dan jaringan kamunikasi yang bertanggungjawab terhadap integrasi semua aktiviti saraf. ia juga bertindak menghantar impuls-impuls dari otak ke semua otot dan kelenjar. Sistem saraf mempunyai tiga fungsi utama iaitu deria, integrasi dan motor.

Pertama, sistem saraf mampu merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di sekitarnya, ini merupakan fungsi deria.

Kedua, sistem saraf mampu menafsirkan sebarang perubahan yang berlaku, ini merupakan fungsi integrasi.

Ketiga, sistem saraf mampu bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar, ini merupakan fungsi motor.

Melalui fungsi deria, integrasi dan motor, sistem saraf berupaya mengawal atur pelbagai proses dalam tubuh dan meningkatkan sistem immunisasi agar fungsi tubuh berjalan dengan sempurna dan afisien.

Sebenarnya, Central Nerve System laksana satelite semulajadi ciptaan Tuhan yang berfungsi mengawal dan mentadbir sistem tubuh. Jika anda mengamalkan perubatan elektronik, satelite ciptaan Tuhan ini akan segera mengambil segala gelombang penawar elektromagnetik yang diperlukan dan seterusnya dengan segera memancarkan gelombang penawar tersebut ke seluruh tubuh supaya kesemua organ dan sistem tubuh berfungsi dengan sempurna.

Contohnya, apabila kita berasa lenguh dan sakit otot, sistem satelite ciptaan Tuhan ini akan menghantar maklumat kepada organ berkaitan supaya organ tersebut menghasilkann enzim semulajadi sehingga sakit dapat disingkirkan dengan seberapa segera.


SATELITE SEMULAJADI

Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Bayangkan sekiranya kaki anda terpijak paku atau kaca, masa yang diperlukan untuk merasai kesakitan tersebut  hanya tidak sampai beberapa saat sahaja.

Komunikasi yang bergitu pantas dan sempurna itu telah dikendalikan oleh sel-sel saraf atau didalam ilmu biologi dikenli sebagai sel neuron.

Manakala sel neuron pula iala unit fungsi asas bagi sistem saraf, suatu sel yang khusus untuk menghantar impuls saraf elektrik dan menghantar maklumat dari satu bahagian ke bahagian tubuh lain.

Impuls-impuls memasuki neuron melalui cabang-cabang dendrite dan dihantarkan jauh dari badan sel melalui akson (serat saraf). Ia dihantarkan ke neuron-neuron berhampiran atau ke organ-organ efektor menyeberangi celah-celah yang amat kecil.

Antara keistimewaan sel saraf neuron ialah ianya laksana sebuah jaringan, di mana, pesanan dari otak ke seluruh bahagaian tubuh  dapat disampaikan dengan sekelip mata.

Sistem sel neuron juga laksana sim kad sebuah telefon bimbit yang mampu berhubung dan berkomunikasi dengan begitu pantas dan cekap sekali. Ratusan juta panggilan telefon dapat dilakukan di setiap saat seluruh dunia, begitu juga sistem saraf neuron yang berjumlah berbilion sel saraf mampu berkomunikasi secara serentak laksana sebuah radar telekomunikasi.

Antara keistimewaan lain sel saraf neuron ialah ianya mempunyai jaringan dan unjuran yang menyerupai lengan yang dikenali sebagai dendrite. Manakala, dendrite pula bermaksud satu daripada cabang pendek unjuran-unjuran badan sel sesuatu neuron, yang membuat sentuhan dengan neuron-neuron lain pada sinaps dan membawa impuls-impuls saraf darinya ke dalam badan sel.

Ukuran garis tengah neuron rata-rata berukuran 10 mikron. (1 mikron sama dengan seperseribu milimeter). Jika kita dapat merungkai 100 bilion neuron di otak manusia sambung menyambung membentuk satu garisan maka, panjang garisan tersebut ( yang berukuran hanya 10 mikron dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar) sekitar 1,000 kilometer. Keberadaan jaringan komunikasi ini di dalam otak yang seberat 1,400 gram ini sangat menakjubkan. Lebih menakjubkan lagi apabila 50 sel kecil neuron boleh memasuki satu titik noktah di akhir ayat ini.

CARA RAWATAN

Biasanya jika salah seorang keluarga anda mengidap penyakit berkaitan saraf dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami memerlukan sample DNA terkini anda seperti rambut ataupun air liur supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan penyakit saraf yang berada di DNA pesakit menggunakan peralatan yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE.

Setelah kesemua penyakit yang berada di DNA dikodkan, kami akan menukarkannya menjadi kod-kod penawar gelombang  elektromagnetik yang  akan dipancar secara auto ke atas medium seperti air atau tablet kunyah.

Ini bertujuan supaya DNA yang sudah dirawat tersebut akan menjadi pati DNA yang sihat dan seterus menjadi penawar segala penyakit khususnya berkaitan penyakit saraf.

Ini bermakna ubat yang akan anda makan adalah ubat spesifik untuk anda sahaja berdasarkan DNA anda sendiri.  Ia laksana scanner terbaik secara semulajadi yang berada di dalam badan anda.  Apabila ia mendapati ada sel, saraf, tisu atau organ yang cedera, mati atau tidak normal, maka ia akan memberikan isyarat dan berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi sehingga penyakit berkaitan saraf dapat dibaik pulih.

Oleh kerana pancaran penawar gelombang yang dibekalkan sangat halus yang bertenaga tinggi sehingga ia dapat menembusi sel-sel saraf otak yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara keistimewaan lain Perubatan Holistik ialah ia mampu memperbaiki sistem saraf tunjang otak, ‘central nervous system’ dan sel neuron berfungsi seperti sediakala secara semulajadi sehingga ia mampu berfungsi dengan efisien.


Kesimpulannya, Perubatan Holistik laksana scanner yang mampu mengesan sesuatu penyakit di dalam tubuh anda samada penyakit lama, baru mahupun akan datang.

Untuk membuat rawatan secara online sila klik di sini