JANGAN ABAI SAKIT SARAF
Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Senario di mana seseorang jatuh
sakit secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal semakin kerap berlaku dalam
kalangan masyarakat hari ini.
Keadaan ini bukanlah menunjukkan
bahawa masyarakat tidak peka dengan kesihatan diri masing-masing, tetapi
penyakit hari ini dilihat semakin 'bijak' kerana apabila berada di tahap yang
kritikal barulah ia menunjukkan simptom-simptomnya.
Untuk itu, setiap orang disaran
agar menjalani pemeriksaan secara berkala bagi mengetahui tahap kesihatan dan
mengenal pasti apa jua jenis penyakit yang dihidapi.
Begitupun, ada penyakit yang
tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan ada juga sakit yang tidak dapat
diterangkan apakah jenis penyakitnya.
Begitu juga dengan penyakit saraf
di mana penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal tetapi
tanda-tandanya sudah kelihatan pada mana-mana individu yang mengalami.
Tanda-tanda kesakitan yang
dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana kesakitan itu
muncul secara tiba-tiba.
Malah kesakitan yang lazimnya
dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan dan ia berbeza daripada
biasa.
Menurut Presiden Malaysian
Association for the Study of Pain (MASP), Dr. Mary Suma Cardosa, sekiranya
mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi
tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan individu tersebut
mengalami kesakitan saraf.
Tambah beliau lagi, kesakitan
saraf atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada
kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian
dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau
otak.
"Kesakitan saraf boleh
membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti
kehidupan mereka.
"Ramai penghidap penyakit
ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta selalu berasa letih
dan tidak bermaya.
"Ada yang langsung tidak
boleh mengenakan pakaian kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat apabila
pakaian bersentuhan dengan kulit," katanya lagi ketika ditemui di ibu
negara, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai penyakit
tersebut, Dr. Mary memberitahu, pesakit yang mengalami penyakit ini juga boleh
mengalami kemurungan yang teruk di samping kebimbangan yang tinggi dalam diri
masing-masing.
Ini kerana mereka sentiasa
berfikir bagaimana untuk menyembuhkan penyakit tersebut selain sentiasa
berfikir untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit mereka.
Pada masa yang sama, beliau
menerangkan, pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah
untuk menerangkan kesakitan yang dialami.
"Keadaan ini juga secara
tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan psikologi yang
mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka," kata Dr.
Mary.
Katanya lagi, sehingga hari ini
tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.
Bagaimanapun, dalam usaha
meningkatkan kesedaran mengenai kesakitan saraf dan rawatan untuk keadaan
kesakitan yang dialami pesakit, Pfizer Malaysia baru-baru ini telah menjalankan
sebuah siri bengkel kesedaran penyakit dengan usahasama Persatuan bagi Kajian
mengenai Penyakit Malaysia (Malaysian Association for the Study of Pain -
MASP).
Bengkel tersebut diadakan
bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan bantuan doktor dalam
usaha mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Menurut Pengarah Perubatan Pfizer
Malaysia, Dr. Vicknesh Wellupillai, bagi mana-mana individu yang mengalami apa
jua kesakitan ataupun mengesyaki bahawa mereka mengalami kesakitan saraf,
disarankan agar membuat temujanji untuk berjumpa doktor.
Dalam temujanji tersebut, katanya
lagi, pesakit haruslah menerangkan dengan jelas mengenai kesakitan yang dirasai
dan bahagian tubuh yang terjejas akibatnya dan sekiranya boleh tunjukkan diari
kesakitan anda kepada doktor.
"Gunakan perkataan-perkataan
yang menerangkan kesakitan seperti rasa pedih, menikam, mencucuk, berdenyut,
kebas dan apa sahaja kata sifat yang boleh memberikan gambaran yang jelas
kepada doktor anda.
"Langkah yang paling penting
untuk merawat kesakitan saraf adalah dengan mempunyai pelan pengurusan
kesakitan yang dibina oleh pesakit dan doktor masing-masing.
"Ini kerana hari ini
terdapat juga ubat-ubatan yang selamat dan berkesan untuk kesakitan saraf di
mana ia boleh melegakan kesakitan yang anda alami," ujarnya lebih lanjut.
Dalam pada itu, pada Jun lalu,
Pfizer Malaysia telah menjalankan kaji selidik dalam kalangan 428 rakyat
Malaysia yang berumur antara 25 hingga 65 tahun.
Objektif kaji selidik tersebut
adalah untuk mengkaji pengetahuan mengenai kesakitan dalam kalangan rakyat
Malaysia dan kaedah yang digunakan untuk merawatnya.
Kajian yang dilakukan di
hospital-hospital terpilih seluruh negara turut mengutarakan 20 soalan yang
berkaitan untuk dijawab.
Dan keputusan daripada kaji
selidik tersebut mendapati lapan daripada 10 rakyat Malaysia menyatakan bahawa
kesakitan telah menjejaskan kehidupan mereka dan disebabkan kesakitan para
pesakit mengalami ketidakupayaan dan kualiti hidup mereka menurun.
Bukan itu sahaja, lebih daripada
separuh responden turut mengalami kesukaran menerangkan keadaan kesakitan
kepada doktor masing-masing.
Yang penting hari ini pengurusan
kesakitan kronik adalah langkah terbaik bagi mengatasi sakit berpanjangan
supaya pesakit boleh menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN
HOLISTIK DAN ALTERNATIF
APAKAH ITU CENTRAL NERVE SYSTEM
(CNS)
Sistem saraf ialah pusat kawalan
tubuh dan jaringan kamunikasi yang bertanggungjawab terhadap integrasi semua
aktiviti saraf. ia juga bertindak menghantar impuls-impuls dari otak ke semua
otot dan kelenjar. Sistem saraf mempunyai tiga fungsi utama iaitu deria,
integrasi dan motor.
Pertama, sistem saraf mampu
merasakan perubahan di dalam tubuh dan juga di sekitarnya, ini merupakan fungsi
deria.
Kedua, sistem saraf mampu
menafsirkan sebarang perubahan yang berlaku, ini merupakan fungsi integrasi.
Ketiga, sistem saraf mampu
bertindak balas terhadap tafsiran yang dibuat dengan memulakan tindakan dalam
bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar, ini merupakan fungsi motor.
Melalui fungsi deria, integrasi
dan motor, sistem saraf berupaya mengawal atur pelbagai proses dalam tubuh dan
meningkatkan sistem immunisasi agar fungsi tubuh berjalan dengan sempurna dan
afisien.
Sebenarnya, Central Nerve System
laksana satelite semulajadi ciptaan Tuhan yang berfungsi mengawal dan mentadbir
sistem tubuh. Jika anda mengamalkan perubatan elektronik, satelite ciptaan
Tuhan ini akan segera mengambil segala gelombang penawar elektromagnetik yang
diperlukan dan seterusnya dengan segera memancarkan gelombang penawar tersebut
ke seluruh tubuh supaya kesemua organ dan sistem tubuh berfungsi dengan
sempurna.
Contohnya, apabila kita berasa
lenguh dan sakit otot, sistem satelite ciptaan Tuhan ini akan menghantar
maklumat kepada organ berkaitan supaya organ tersebut menghasilkann enzim
semulajadi sehingga sakit dapat disingkirkan dengan seberapa segera.
SATELITE SEMULAJADI
Sesungguhnya manusia itu
diciptakan dengan sebaik-baik kejadian. Bayangkan sekiranya kaki anda terpijak
paku atau kaca, masa yang diperlukan untuk merasai kesakitan tersebut hanya tidak sampai beberapa saat sahaja.
Komunikasi yang bergitu pantas
dan sempurna itu telah dikendalikan oleh sel-sel saraf atau didalam ilmu
biologi dikenli sebagai sel neuron.
Manakala sel neuron pula iala
unit fungsi asas bagi sistem saraf, suatu sel yang khusus untuk menghantar
impuls saraf elektrik dan menghantar maklumat dari satu bahagian ke bahagian
tubuh lain.
Impuls-impuls memasuki neuron
melalui cabang-cabang dendrite dan dihantarkan jauh dari badan sel melalui
akson (serat saraf). Ia dihantarkan ke neuron-neuron berhampiran atau ke
organ-organ efektor menyeberangi celah-celah yang amat kecil.
Antara keistimewaan sel saraf
neuron ialah ianya laksana sebuah jaringan, di mana, pesanan dari otak ke
seluruh bahagaian tubuh dapat
disampaikan dengan sekelip mata.
Sistem sel neuron juga laksana
sim kad sebuah telefon bimbit yang mampu berhubung dan berkomunikasi dengan
begitu pantas dan cekap sekali. Ratusan juta panggilan telefon dapat dilakukan
di setiap saat seluruh dunia, begitu juga sistem saraf neuron yang berjumlah
berbilion sel saraf mampu berkomunikasi secara serentak laksana sebuah radar
telekomunikasi.
Antara keistimewaan lain sel
saraf neuron ialah ianya mempunyai jaringan dan unjuran yang menyerupai lengan
yang dikenali sebagai dendrite. Manakala, dendrite pula bermaksud satu daripada
cabang pendek unjuran-unjuran badan sel sesuatu neuron, yang membuat sentuhan
dengan neuron-neuron lain pada sinaps dan membawa impuls-impuls saraf darinya
ke dalam badan sel.
Ukuran garis tengah neuron
rata-rata berukuran 10 mikron. (1 mikron sama dengan seperseribu milimeter).
Jika kita dapat merungkai 100 bilion neuron di otak manusia sambung menyambung
membentuk satu garisan maka, panjang garisan tersebut ( yang berukuran hanya 10
mikron dan terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar) sekitar 1,000
kilometer. Keberadaan jaringan komunikasi ini di dalam otak yang seberat 1,400
gram ini sangat menakjubkan. Lebih menakjubkan lagi apabila 50 sel kecil neuron
boleh memasuki satu titik noktah di akhir ayat ini.
CARA RAWATAN
Biasanya jika salah seorang
keluarga anda mengidap penyakit berkaitan saraf dan ingin membuat rawatan di Pusat
Perubatan Holistik dan Alternatif, kami memerlukan sample DNA terkini anda seperti
rambut ataupun air liur supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan penyakit
saraf yang berada di DNA pesakit menggunakan peralatan yang dikenali sebagai
OPAMP MACHINE.
Setelah kesemua penyakit yang
berada di DNA dikodkan, kami akan menukarkannya menjadi kod-kod penawar
gelombang elektromagnetik yang akan dipancar secara auto ke atas medium
seperti air atau tablet kunyah.
Ini bertujuan supaya DNA yang
sudah dirawat tersebut akan menjadi pati DNA yang sihat dan seterus menjadi
penawar segala penyakit khususnya berkaitan penyakit saraf.
Ini bermakna ubat yang akan anda
makan adalah ubat spesifik untuk anda sahaja berdasarkan DNA anda sendiri. Ia laksana scanner terbaik secara semulajadi
yang berada di dalam badan anda. Apabila
ia mendapati ada sel, saraf, tisu atau organ yang cedera, mati atau tidak
normal, maka ia akan memberikan isyarat dan berusaha untuk memperbaiki
ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi sehingga penyakit
berkaitan saraf dapat dibaik pulih.
Oleh kerana pancaran penawar gelombang
yang dibekalkan sangat halus yang bertenaga tinggi sehingga ia dapat menembusi
sel-sel saraf otak yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.
Antara keistimewaan lain Perubatan
Holistik ialah ia mampu memperbaiki sistem saraf tunjang otak, ‘central nervous
system’ dan sel neuron berfungsi seperti sediakala secara semulajadi sehingga
ia mampu berfungsi dengan efisien.
Kesimpulannya, Perubatan Holistik laksana scanner yang mampu mengesan sesuatu penyakit di dalam tubuh anda samada penyakit
lama, baru mahupun akan datang.
Untuk membuat rawatan secara online sila klik di sini
Untuk membuat rawatan secara online sila klik di sini