INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 30 Mei 2009

GOUT


Sebelum rawatam


Selepas rawatan

Gout memang sudah sebati dikaitkan sebagaia penyakit kaum lelaki dana ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.

Gout adalah sebahagian daripada penyakit arthritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein) yang berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutama pada kaki dan meyebabkan rasa sakit.

Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit sehingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang bermula daripada ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Gout boleh dibahagiakaan kepada empat peringkat.
1. Asimptomatik (tiada symptom)
2. Akut.
3. Interkritikal.
4. Kronik.

Dalam kes akut, symptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba. Bisanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi. Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam. Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, thopi yang terlalu besar mugkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.


FAKTOR RISIKO1. Jantina. Secara umumnya lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yanag dilapor.

2. Gaya hidup. Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.

3. Obesiti. Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat normal.

4. Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat. Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan saluran darah) juga boleh menyebabkan gout.

5. Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malahan, ubat mengawal tekanaan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.

6. Genetik. Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita , kebanayakan kes bermula selepas umur putus haid.
`

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK

Petang ini salah seorang pesakit ulangan saya ialah seorang pakcik yang bernama Tahar bin Idris yang berasal dari Kuala Berang. Jarak dari Kuala Berang ke klinik saya mengambil masa sejam perjalanan menggunakan kereta. Saya sangat merasa bangga dengan semangat pakcik Tahar yang kini sudah berusia 75 tahun. walaupun beliau hanya seorang penoreh getah namun, boleh dikatakan setiap bulan beliau datang ke klinik saya untuk mendapatkan bekalan ubat.

Semenjak saya membuka klinik di Tok Jiring, beliau adalah orang terawal yang mengamalkan Perubatan Holistik, iaitu semenjak tahun 2007 dan sehinggi kini beliau belum pernah putus ubat. Masalah kesihatan yang beliau hadapi ialah sakit sendi, gout, pening kepala, tekanan darah rendah dan kencing manis.

Pakcik Tahar menceritakan bahawa pernah suatu hari ketika beliau sedang menoreh getah, jarinya tertusuk duri sehingga bengkak. Setelah mengamalkan Perubatan Holistik yang saya bekalkan, bengkaknya menjadi surut dan duri yang menusuk di jarinya keluar dengan sendirinya. Malahan, semenjak mengamalkan Perubatan Holistik selama dua tahun kebelakangan ini, sakit sendinya berkurangan sehingga beliau mampu melakukan kerja harian seperti biasa.

Suatu ketika, pakcik Tahar tidak dapat datang ke klinik saya kerana beliau mengalami demam panas yang agak kronik sehingga tidak boleh bangun. Lantas beliau mewakilkan anak lelakinya untuk mengambil ubat sebagai bekalan ubat bulan berikutnya. Anak pakcik Tahar merasa sangat khuatir tentang keadaan bapanya lalu beliau bertanya kepada saya mengapakah bapanya menghidap demam yang agak keterlaluan sedangkan bapanya sentiasa mengamalkan Perubatan Holistik.

Dalam jawapannya saya mengatakan bahawa sebenarnya, demam itu sangat baik bagi sesetengah individu. Kerana antara hikmahnya ialah untuk meningkatkan sistem imun tubuh badan. Di mana, ketika kuman baik (antibody) dan kuman jahat sedang berlawan, maka tubuh kita akan menjadi panas sehingga demam. Apabila kuman jahat sudah mati, secara semulajadinya ia akan keluar melalui peluh. sebab itu apabila demam, kita digalakkan supaya berselimut tebal sehingga peluh keluar ataupun kita boleh melakukan demahan (mencampurkan air sejuk dengan sedikit cuka makanan) untuk disapu ke seluruh tubuh supaya kadar kepanasan dapat diturunkan. Oleh itu, biasanya setiap orang akan mengalami demam samada setahun ataupun dua tahun sekali. Ini bertujuan supaya sistem urat saraf dan sistem imun tubuh dapat dipertingkatkan.

Anak pakcik Tahar bersetuju dengan pandangan saya. Setelah membayar ubat yang dibekalkan, beliau lantas bersegera pulang.

Untuk rawatan Holistik secara online tentang gaut sila klik di sini.