INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 21 Mei 2010

KELEBIHAN BERSEDEKAH


Antara kelebihan bersedekah ialah :-
1. 10 Ganjaran
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa bagi sedekah terdapat 10 ganjaran kepada pemberinya, lima di dunia dan lima di akhirat. Lima di dunia ialah penyucian & pembersihan harta & diri, penyembuhan penyakit, kegembiraan hati, pertambahan harta dan perluasan rezeki. Manakala lima di akhirat ialah perlindungan di hari Qiamat, memudahkan hisab, memberatkan timbangan amal, kejayaan melintasi titian sirat serta mendapat darjat yang tinggi di Syurga.

2. Mengelakkan Nahas dan Kecelakaan
Daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah di waktu pagi, Allah akan menjauhkannya daripada sebarang kecelakaan pada hari tersebut.

3. Kunci Rezeki
Daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Sesungguhnya pada setiap sesuatu itu ada kuncinya, dan kunci bagi rezeki adalah sedekah.

4. Penyembuhan Penyakit
Juga daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Ubatilah penyakitmu dengan sedekah dan elakkan bala dengan doa, dan turunkanlah rezeki dengan sedekah, sesungguhnya ia melepaskan dari kepungan 700 syaitan, dan tiada yang lebih berat bagi syaitan melainkan sedekah ke atas seorang Mukmin, sesungguhnya ia jatuh ke tangan Tuhan lebih dahulu daripada ianya jatuh ke tangan hamba.

5. Kebaikan Sedekah Berkembang
Daripada Rasulullah SAW: Bersedekahlah kamu walau dengan sebiji kurma dan takutlah kamu akan neraka walau dengan sebiji kurma, sesungguhnya Allah SWT memelihara & membesarkananya bagi pemberinya sepertimana seorang kamu memelihara & membesarkan anak kuda jantan atau keluarganya sehinggalah Dia menyerahkannya pada hari Qiamat sehingga menjadi lebih besar daripada gunung yang besar.

6. Kenikmatan Syurga
Daripada Rasulullah SAW: Ketahuilah sesiapa yang bersedekah maka pahala bagi setiap dirham adalah seperti timbangan bukit Uhud daripada kenikmatan Syurga.

7. Jatuh ke Tangan Allah
Daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Allah SWT berfirman : Bagi setiap amal yang dilakukan hamba maka Daku telah wakilkan (Malaikat) bagi menerimanya kecuali sedekah, sesungguhnya daku menerimanya dari tangan pemberinya.

8. Lebih Baik daripada Haji sunat
Daripada Imam Muhammad al-Baqir AS: ...Disebabkan berhaji lebih kusukai daripada membebaskan seorang sehingga sepuluh hamba atau hatta tujuh puluh sekali pun, dan disebabkan tangisan ahli rumah dari umat Islam dan mengenyangkan kelaparan mereka, menutup aurat mereka (dengan memberi pakaian) serta mencukupkan (keperluan) wajah mereka lebih kusukai daripada berhaji sekali sehingga sepuluh atau hatta hatta tujuh puluh sekali pun.

9. Lebih Baik daripada Mengenyangkan 100 Ribu Miskin
Daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Sesungguhnya bagiku untuk bersedekah kepada seorang Muslim sekadar memenuhi kekenyangannya adalah lebih kusukai daripada mengenyangkan satu 'ufuk' daripada manusia. Dia ditanya apakah itu 'ufuk'? Katanya : Seratus ribu atau lebih.

10. Bayangan di Hari Qiamat
Daripada Rasulullah SAW sabdanya: Setiap amalan berada di bawah bayangan sedekahnya sehinggalah dihakimi di antara manusia.

11. Perlindungan dari Fitnah Kubur
Dan sedekah melepaskan pemberinya daripada fitnah kubur dan azab hari Qiamat.

12. Memadamkan Dosa
Sedekah memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api.

13. Memadamkan Kemarahan Tuhan
Daripada Imam Ja'afar al-Sadiq AS katanya: Sesungguhnya sedekah di malam hari memadamkan kemarahan Tuhan dan menghapuskan dosa besar serta meringankan hisab.