INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 23 Jun 2011

ALLERGY/ALAHAN


Alahan bermaksud ‘perubahan aktiviti’. Ia juga dikenali sebagai tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sostem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertekan, tertelan atau tercucuk.
Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap alahan. Penyebab alahan berpunca dari tumbuh-tumbuhan, makanan (terutamanya makanan laut dan bahan kimia yang terkandung  dalam perisa, pewarna dan pengawet), uat-ubatan, gigitan dan habuk.
Alahan juga merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis.
Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
ALAHAN BIASA
Tahukah anda, bayi yang baru dilahir yang terdedah kepada kucing mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi menghidapi eczema. Pada kebiasaannya penyakit ini boleh menyerang di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia mudah menyerang bahagian muka, leher, siku dan belakang lutut. Sekiranya penyakit ini berada dalam kategori kritikal ia boleh mengakibatkan kulit menjadi gatal, kasar dan bersisik sekali gus menjadikan kulit basah dan bernanah.

TANDA DAN GEJALA
1.    Tekak rasa gatal.
2.    Anafilaksi (sehingga boleh membawa maut).
3.    Sakit perut.
4.    Loya.
5.    Muntah.
6.    Kekejangan otot perut.
7.    Gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit.
8.    Gatal-gatal/urtikaria
9.    Angioedema pada kelopak mata dan bibir.
10.  Penyumbatan rongga hidung/hidung berair.
11.  Sesak nafas/bunyi ronkus.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Sembilan puluh peratus alahan eczema secara keseluruhan menunjukkan Staphylococcus aureus, iaitu bakteria yang mungkin menyebabkan keradangan.

Jika seorang ahli keluarga anda mempunyai alahan, eczema, asma atau resdung, anak anda ada peluang besar untuk turut mengalaminya. Sesetengah kanak-kanak yang ada alahan turut mendapat asma atau alahan rinitis.

Biasanya pesakit alahan perlu mengelakkan menggunakan sabun atau mandian berbuih pada kulit mereka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit. Malahan mereka juga tidak dibenarkan memakan makanan sea food kerana ianya mengandungi acid dan cadmium yang akan memparahkan lagi.

Sekiranya anda atau salah seorang keluarga anda mengalami alahan dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik Dan Alternatif, biasanya kami akan mengambil DNA anda seperti rambut, darah, air liur dan air kencing supaya kami dapat membuat ubat khusus yang mampu memperbaiki kerosakan DNA, menguatkan imun sistem dan saraf kulit sehingga kuman yang menyebabkan alahan terutama ‘Staphylococcus aureus’ dapat dimusnahkan.

Jika terdapat gatal atau alahan kulit, kami juga akan membekalkan krim sapu supaya penyakit alahan boleh disembuhkan secepat mungkin dan disamping itu, kami akan melakukan Therapy Live Nosode yang bertujuan memancarkan gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh pesakit alahan supaya segala gelombang penyakit asal alahan dapat dimusnahkan.

Kesimpulannya Perubatan Holistik Dan Alternatif sangat sesuai terhadap penyakit alahan, eczema, dermatitis dan psoriasis terutama kanak-kanak kerana ubatan yang digunakan hanyalah glukos yang dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik dan peningkatan potensi tenaga (125,000 kali lebih halus dari nano) sehingga ia boleh menembusi sel-sel kulit yang mati yang tidak dapat dilakukan oleh ubatan biasa.


Untuk rawatan online berkaitan Allergy, Alahan dan seumpamanya sila klik di sini.