INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 15 Mac 2010

BERBEKAM



Bekam adalah satu cara rawatan dengan menyedut darah kotor atau angin secara langsung dari badan, yang mana merupakan punca segala penyakit. Bekam merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak hadis yang menerangkan tentang keutamaan dan kebaikannya.

Bekam bukan hanya sekadar membuang darah kotor atau angin sahaja, tetapi lebih dari itu ia adalah untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh. Setelah segala angin dan kekotoran dikeluarkan melalui bekam, perjalanan darah akan menjadi lebih lancar dan teratur sehingga setiap organ mendapat bekalan dan tenaga secukupnya.

TEMPAT YANG PERLU DIBEKAM

1. Tempat yang paling utama dan paling baik adalah di belakang kepala.

2. Di mana-mana bahagian anggota badan yang mempunyai masalah.

TEMPAT YANG TIDAK BOLEH DIBEKAM

1. Tempat yang ada lekuk di atas tengkuk kerana ia boleh menyebabkan pelupa.

2. Tempat-tempat lain yang difikirkan tidak selamat.

PEMBAHAGIAN BEKAM

1. Bekam angin.
2. Bekam darah (cara yang terbaik).

CARA BERBEKAM

1. Bekam angin

Letakkan cawan khas bekam ke atas anggota badan yang sakit, kemudian sedut menggunaka alat yang dikhaskan untuk beberapa ketika sehingga terasa angin keluar dari ruam kulit.

2. Bekam darah

Cukur sedikit rambut di belakang kepala supaya memudahkan untuk berbekam. Kemudian letakkan cawan khas bekam di atas kepala tadi dan sedut sekadar memberi bekas untuk dilukakan dengan menggunakan jarum khas. Selepas itu sedut lagi sehingga darah keluar dan memenuhi cawan tersebut. Jika boleh sedut beberapa kali sehingga darah berhenti. Semasa darah mula keluar hendaklah dibacakan ayat kursi (ayat 255 surah al-Baqarah) dan dua ayat selepasnya (ayat 256 dan ayat 257).

LARANGAN BERBEKAM:

1. Pada hari Jumaat.

2. Orang yang menghidap kencing manis yang serius.
3. Tekanan darah tingi yang serius.
4. Tekanan darah rendah yang serius.
5. Orang yang menghidap Hepatitis B.
6. Orang yang menghidap anaemia (kurang darah).
7. Lain-lain kes yang difikirkan tidak sesuai.


Untuk kesejahteraan tubuh badan digalakkan supaya berbekam setahun sekali. Namun jika seseorang itu mempunyai pelbagai penyakit perlulah berbekam (bekam angin) sekerap yang mungkin.

Bekam boleh dilakukan sambil duduk ataupun berbaring, tetapi bagi bekam darah yang dilakukan di kepala sebaiknya dilakukan sambil meniarap. Ianya bertujuan untuk mengelakkan berasa pening atau kehilangan keseimbangan pada pesakit.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif  ada menyediakan perkhidmatan berbekam. Pakej yang kami tawarkan berbekam angin dan darah di belakang tubuh atau tempat-tempat yang sakit. Ia hanya mengambil masa 30 hingga 40 minit sahaja. Biasanya, sebanyak 12 hingga 14 cawan diperlukan untuk sesi berbekam. Sebelum berbekam, kami akan memeriksa tekanan darah anda terlebih dahulu untuk memastikan samada tekanan darah anda sihat atau sebaliknya.

.
Biasanya, kami menggunakan jarum akupuncher untuk membuka laluan saraf sehingga segala asid dan toksik dapat dikeluarkan dengan segera.
.
Kos berbekam hanya RM: 50.00 termasuk vitamin yang mampu menstabilkan hormon, kuatkan antibodi dan membuang asid, serta toksik di  dalam badan.

Sila buat temujanji dahulu. Sebaik-baiknya waktu pejabat iaitu 10.00 am hingga 5.00 pm. Buat masa ini, kami hanya menyediakan berbekam kepada lelaki sahaja. Manakala kepada wanita sila telefon no. 017-9558248 untuk temujanji.

ALAT BEKAM


Kami juga ada menjual alat bekam berharga RM:20.00 sahaja seperti gambar di atas yang mempunyai 6 cawan dan sangat mudah untuk dipratikkan. Ia boleh didapati di Pusat Perubatan Holistik Kuala Terengganu. Manakala alat bekam yang mempunyai 12 cawan beharga RM40.00. Maklumat lanjut sila telefon: 019-2504113

Untuk rawatan secara online berkaitan masalah saraf sila klik di sini.