INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 31 Januari 2010

LEUKORRHOEA/KEPUTIHAN



Salah satu penyakit yang perlu dikenal oleh kaum wanita adalah keputihan. Keputihan atau dikenali sebagai Leukorrhoea adalah cecair yang keluar dari vagina secara berlebihan. Dalam keadaan normal, cecair ini tidak akan keluar, namun belum tentu cecair yang keluar itu merupakan suatu penyakit.

Keputihan yang disebabkan oleh keluaran lendir dari vagina seringkali menimbulkan kerunsingan dan ketakutan di kalangan wanita.

Perkara yang paling ditakuti sekali ialah jangkitan kuman (venereal disease) seperti syphilis dan gonorrhea iaitu penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks.
Perkara lain yang merunsingkan wanita ialah kemungkinan mereka mengidap penyakit kanser pada bahagian peranakan. Bagi wanita yang belum berkahwin, pengeluaran keputihan menimbulkan persoalan samada mereka mengidap penyakit yang mengancam kesuburan mereka di masa hadapan kelak atau tidak.
.
FUNGSI CECAIR DI DALAM VAGINA
..
Pengeluaran lendir keputihan dari vagina tidak semestinya menandakan penyakit. Sebaliknya ia mungkin cecair biasa yang dikeluarkan oleh vagina dan pangkal rahim untuk tujuan tertentu. Ia dikeluarkan oleh sel-sel dan kilang-kilang khas pengeluar lendir.
Lendir ini mempunyai tugas pelindung kepada sel-sel dan dinding saluran vagina. Jika tanpa lendir, sel-sel tersebut akan menjadi kering dan rosak. Kekeringan vagina sering dialami oleh wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh ataupun terkeluarnya darah dari dinding vagina.
Cecair vagina mempunyai peranan penting dalam seharian seorang wanita. Pengeluaran cecair bertambah banyak ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh. Dalam keadaan demikian, cecair vagina akan dikeluarkan oleh kilang-kilang lendir yang khusus dan terletak di bibir vagina.

Keluaran cecair vagina yang berlebihan boleh berlaku di kalangan gadis-gadis yang sedang di alam percintaan dan gadis-gadis yang tinggi syahwatnya.

Pangkal rahim (cervix) juga mengeluarkan lendir dengan tujuan tertentu. Lendir pangkal rahim memainkan peranan dalam percantuman di antara benih lelaki (sperm) dan benih perempuan (ovum) di dalam proses persenyawaan.

Lendir ini mempunyai daya untuk membekal makanan dan tenaga kepada benih-benih lelaki untuk beberapa hari dalam keadaan hidup jika sperma terletak di dalam lendir di pangkal rahim yang pada kebiasaannya benih lelaki hanya hidup di antara 24-28 jam sahaja. Sifat dan keadaan lendir di pangkal rahim berubah dengan pusingan haid oleh sebab terpengaruh dengan perubahan paras hormon.

HORMON YANG MENGAWAL CECAIR VAGINA
.
Pengeluaran lendir dari vagina adalah dipengaruhi oleh paras-paras hormon iaitu estrogen dan progesteron di dalam darah wanita. Hormon-hormon tersebut menambah bilangan kilang pemproses lendir dan membesarkan saluran-saluran kilang tersebut. Kenaikan dalam paras hormon tersebut menambahkan lagi pengeluaran lendir dari dinding vagina dan pangkal rahim.

Keadaan ini sering kita temui apabila seorang wanita hamil. Ketika kehamilan, kandungan hormon-hormon estrogen dan progesteron meningkat naik dan ini seringkali menyebabkan pengeluaran lendir yang berlebihan dari biasa.

Keadaan yang sama seringkali dialami oleh wanita yang memakan pil perancang keluarga kerana pil tersebut mengandungi kedua jenis hormon etsrogen dan progesteron. Wanita yang sedang dalam rawatan dengan ubat-ubat hormon disebabkan penyakit tertentu seperti endometriosis kadangkala juga mengalami pengeluaran lendir yang berlebihan.

Pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku kerana gangguan emosi seperti keadaan yang menimbulkan kesedihan atau kegembiraan yang amat sangat. Begitu juga wanita yang bekerja kuat dan memerlukan tenaga fizikal yang banyak, pengeluaran lendir yang berlebihan juga boleh berlaku.

Pada kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih cair tanpa berbau dan tidak diiringi rasa gatal.

KEPUTIHAN
.
Pengeluaran lendir atau keputihan boleh menandakan sejenis penyakit pada vagina dan sistem peranakan. Di dalam keadaan sedemikian, pada kebiasaannya lendir bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, seringkali berbau busuk serta diiringi rasa gatal-gatal pada sekeliling vagina.

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah. Ini adalah tanda yang perlu diawasi kerana ada kemungkinan besar ada sejenis jangkitan kuman berlaku.

Bila cecair atau lendir yang keluar jernih, berlendir banyak namun tidak berbau maka, hal ini merupakan sesuatu yang normal terjadi ketika seorang wanita sedang haid, berlelebihan hormon estrogen dan stress. Keputihan seperti ini juga sering dijumpai pada wanita hamil.

Jika cairan yang keluar seperti susu kental, likat, sangat banyak beserta bau yang tidak begitu kuat maka, kemungkinan telah terjadi radang pada serviks atau pangkal rahim (servisitis) dan vagina (vaginitis).

Jika cecair yang keluar berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut mengalami vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis dan ketika sedang melakukan terapi kanser seperti kemoterapi.

Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteria. Gejala ini juga timbul seseorang wanita itu berlebihan hormon estrogen.

Jika cecair yang keluar berwarna putih, cair dan berbintik-bintik, berbau busuk disertai dengan pedih ketika membuang air kecil serta gatal di sekitar vagina maka, kemungkinan wanita tersebut mengalami infeksi yang disebabkan oleh kulat. Candida albicans adalah kulat yang paling sering hinggap di vagina seorang wanita.

Jika cecair yang keluar kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan agak pedih bila tekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

Beberapa jenis kuman lain juga boleh menjangkiti vagina, rahim dan saluran fallopian. Sesetengah daripada jangkitan kuman hanya terhad kepada vagina tanpa melibatkan rahim dan saluran fallopian. Keadaan ini tidak begitu membahayakan. Tetapi apabila jangkitan kuman merebak kepada saluran fallopian di antara perkara yang akan timbul dalam jangka panjang ialah kemandulan, masalah haid dan masalah sakit puan lain.

KUMAN
.
Kuman bakteria jenis E-coli adalah kuman yang sering menjangkiti vagina dan anggota peranakan. Kuman-kuman yang lain yang merbahayakan ialah kuman gonorrheoa dan syphilis. Kuman yang digelar dengan nama Trichomonasa sering juga menjangkiti vagina dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berwarna kehijauan dengan disertai gatal-gatal dan bau busuk.

KULAT
.
Kulat yang digelar dengan nama Monilia atau candida sering menjangkiti wanita yang sedang hamil atau mengidap kencing manis.

VIRUS

Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan bahagian peranakan.

Di antara penyakit jangkitan kuman terdapat beberapa jenis yang membahayakan terutama jika ia menyerang saluran fallopian. Ia boleh menyebabkan kemandulan, kesakitan ketika haid dan pendarahan yang banyak selepas persetubuhan. Kuman yang hanya menyerang vagina dan pangkal rahim kurang merbahaya kerana masalah-masalah yang ditimbulkan adalah kecil iaitu sakit sewaktu bersetubuh atau pendarahan selepas bersetubuh. Tetapi ia jarang menyebabkan masalah-masalah yang teruk dan kemandulan.

BAGAIMANA KUMAN BERJANGKIT
.
Wanita-wanita yang hamil, selepas bersalin, selepas keguguran, memakan pil perancang keluarga, memakai alat dalam rahim seperti IUD dan lepas putus haid mempunyai lebih risiko untuk dijangkiti kuman.
Kebanyakan jangkitan kuman adalah hasil dari perhubungan seks. Oleh itu, adalah tidak memeranjatkan jika penyakit tersebut lebih sering dihidapi oleh para pelacur dan mereka yang mengamalkan seks rambang.

Pasangan lelaki atau suami boleh mengidap penyakit yang sama khususnya gonorrheoa atau syphilis walaupun tidak mengalami apa-apa tanda penyakit tetapi ia hanya menyimpan kuman tersebut di dalam kemaluannya dan boleh menjadi sumber penularan dari satu mangsa ke mangsa lain

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Hampir sebagian besar wanita pernah mengalami keputihan walaupun sekali dalam seumur hidup. Kebanyakan wanita menganggap keputihan sebagai sesuatu yang lumrah terjadi pada wanita.

Keputihan yang normal ialah kelihatan jernih, tidak berbau dan biasanya keluar beberapa minit sebelum atau sesudah haid.

Manakala keputihan yang tidak normal ialah keluarnya cecair secara berlebihan dari yang sedikit sehingga banyak seperti keluar cecair yang kental, berbau busuk dan berwarna kekuning-kuningan. Bahkan kadang-kadang ia disertai gatal-gatal pada vagina.

Di dalam vagina wanita dewasa terdapat bakteria yang baik yang dikenali sebagai Basil Doderlein. Dalam keadaan normal jumlah basil ini cukup dominan dan membuat lingkungan vagina bersifat alkali sehingga vagina mempunyai daya tahan melawan anasir luar yang cukup kuat.

Disamping itu vagina juga mengeluarkan sejumlah cecair yang berguna untuk melindungi diri dari serangan infeksi.

Keputihan yang normal akan terjadi ketika waktu kesuburan iaitu sekitar 12 hingga 15 hari dari mula datang haid, ketika sedang berahi atau dalam keadaan stress.

Manakala keputihan yang tidak normal akan terjadi akibat jangkitan kuman, kulat, bakteria atau parasit. Ini berlaku akibat perubahan hormon, perubahan gula dalam darah atau kuasa daya tahan melawan tubuh menurun.

Sejenis bakteria yang dikenali sebagai Hemofilus Vaginalis juga adalah punca utama keputihan. Biasannya ia diperolehi melalui hubungan kelamin.
Jika penyakit keputihan ini tidak dirawat secara keseluruhan, maka jangkitan kuman akan merebak ke pangkal rahim kemudian kesaluran telur sehingga ke kilang telur yang boleh menyebabkan kemandulan.

Jika anda mengidap keputihan yang luar biasa dan mendapat rawatan di Kumpulan Perubatan Holistik, kami akan membekalkan anda ubat yang mampu membantu membunuh kuman keputihan terutama kuman yang dikenali sebagai Hemofilus Vaginalis dan Candida albicans.

Biasanya, kami akan mengambil specimen DNA anda seperti darah, rambut, air liur dan urin supaya Perubatan Holistik dapat memperbaiki kerosakan DNA anda dan menguatkan sistem imunisasi anda supaya segala penyakit yang anda hidapi dapat disembuhkan secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia.

Seterusnya, kami akan melakukan Live Auto-Nosode terhadap anda supaya peralatan kami yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE dapat memusnahkan gelombang penyakit yang ada di dalam tubuh anda dan apabila gelombang kuman sudah dimusnahkan, maka kuman-kuman jahat turut termusnah dan akan keluar mengikut sistem perkumuhan tubuh seperti peluh, air kencing, pembuangan air besar dan kahak.

Disamping itu kami juga akan membekalkan ubatan berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari. Antaranya:
UBAT A (GENETIC CLEANSING), yang berfungsi sebagai merawat penyakit keturunan dan penyakit jangkitan seperti STD.
UBAT B, (COMBINED ORGANS), yang berfungsi sebagai scanner yang membantu memperbaiki dan mengaktifkan kesemua organ dalaman.
UBAT C, (BROAD SPECTRUM), yang berfungsi sebagai antibodi dan imun sistem supaya dapat melawan sesuatu penyakit dan menyahkan anasir jahat yang ada di dalam badan secara semulajadi.
UBAT D, (DNA), yang berfungsi sebagai scanner yang membantu memperbaiki dan menyusun semula DNA & RNA sehingga ia menjadi susunan digital dan sebagai benteng pertahanan daya tahan untuk melawan penyakit.
Kesemua ubatan yang dibekalkan tidak mengandungi sebarang darah, bahan kimia, mahupun streroid. Ia berasakan 100% glukos yang dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik hanya perlu di hisap atau dikemam seperti gula-gula sebiji setiap satu, tiga kali sehari. Biasanya, ubatan yang dibekalkan untuk rawatan selama sebulan.
Natijahnya, ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang ditransferkan ke dalam ubat tidak mendatangkan kesan sampingan. Ia ibarat scanner terbaik yang  bertindak mengikut keperluan tubuh dan sel sahaja. Jika ia sudah mencukupi atau tidak diperlukan sel ia hanya berlalu begitu sahaja kerana segala penawar elektromagnetik yang dipancarkan bertindak melalui proses 'Potential Difference'.
Selamat mencuba semoga anda menemui penawar yang anda cari selama ini dan sebaik-baik penawar ialah terapi DNA & RNA anda sendiri.
Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap keputihan dan sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai ketidakstabilan hormon di dalam badan.

Untuk rawatan secara online berkaitan keputihan dan sakit puan sila klik di sini.