INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 9 Ogos 2010

VITAMIN K



Vitamin K diperlukan untuk pengeluaran prothrombin, yang mana perlu untuk pembekuan darah. Ia juga mustahak untuk pembentukan dan pembaikian tulang; ia diperlukan untuk sintesis osteocalcin, protin yang terdapat dalam tisu tulang yang mana kalsium menjadi hablur. Akibatnya, ia boleh menolong mencegah osteoporosis.

Vitamin K memainkan peranan penting di dalam salur usus dan membantu menukarkan glukos kepada glikogen untuk disimpan dalam hati, memelihara fungsi hati sentiasa sihat.

Ia boleh meningkatkan daya tahan kepada jangkitan pada kanak-kanak, menolong mencegah kanser dan membantu melanjutkan usia.

Vitamin K juga berfungsi memperbaiki saluran darah dan membantu dalam pembekuan darah jika berlaku pendarahan.

Vitamin K yang larut dalam lemak ini juga berperanan penting dalam pembentukan tulang dan pemeliharaan ginjal.

Terdapat tiga bentuk vitamin K:
1. Vitamin K1 (phylloquinone atau phytonactone), didapati daripada tumbuhan.

2. Vitamin K2, keluarga daripada bahan dipanggil menaquinones, yang dibuat oleh bakteria usus.
3. Vitamin K3 (menadione), adalah bahan sintetik.

Seluruh vitamin K dalam tubuh manusia diproses dalam liver di mana ia akan digunakan untuk menghasilkan zat sehingga mampu membekukan pendarahan dalaman atau luaran. Selain berperanan dalam pembekuan, vitamin K ini juga penting untuk pembentukan tulang terutama jenis K1. Vitamin K1 diperlukan supaya penyerapan kalsium bagi tulang menjadi maksima dan memastikan tidak tersalah sasaran.

SUMBER VITAMIN K
Untuk memenuhi keperluan vitamin K yang diperlukan tubuh, cukup mudah kerana selain jumlahnya yang agak kecil, sistem pencernaan di dalam tubuh manusia mengandungi bakteri yang mampu mensintesis vitamin K yang sebahagiannya diserap dan disimpan di dalam hati. Namun begitu tubuh manusia juga perlu mendapat tambahan vitamin K dari makanan.

Kebanyakan sumber vitamin K di dalam tubuh adalah hasil sintesis oleh bakteri di dalam sistem pencernaan, namun ia boleh diperolehi melalui makanan seperti hati, sayur-sayuran berwarna hijau yang berdaun banyak, sayuran sejenis kobis dan susu.Vitamin K dalam konsentrasi tinggi juga ditemui pada teh hijau, susu lembu, daging lembu dan hati. Jenis makanan probiotik, seperti yogurt yang mengandungi bakteri baik boleh membantu menstimulasi produksi vitamin K ini.

GEJALA KEKURANGAN
Jika vitamin K tidak terdapat dalam tubuh, darah tidak dapat membeku. Hal ini dapat meyebabkan pendarahan atau hemoragik. Bagaimanapun, kekurangan vitamin K jarang terjadi kerana hampir semua orag memperolehnya dari bakteri dalam usus dan dari makanan. Namun kekurangan vitamin K boleh terjadi pada bayi kerana sistem pencernaan mereka masih steril dan tidak mengandung bakteri yang dapat mensintesis vitamin K, manakala air susu ibu mengandung hanya sejumlah kecil vitamin K. Untuk itu bayi perlu diberikan sejumlah vitamin K ketika lahir.

Pada orang dewasa, kekurangan vitamin K dapat terjadi kerana kekurangan memakan sayuran atau mengamalkan antibiotik terlalu lama. Antibiotik dapat membunuh bakteri baik dalam usus yang membekalkan vitamin K. Kekurangan vitamin K boleh juga disebabkan oleh penyakit liver atau masalah pencernaan.

KERACUNAN
Tubuh manusia boleh mengalami keracunan vitamin K. Ini terjadi hanya pada orang yang menerima pengganti vitamin K larut air. Gejala-gejalanya adalah hemolisis (kerosakan sel darah merah), penyakit kuning dan kerusakan otak.

PUNCA KEKURANGAN VITAMIN K
Penyakit perdarahan pada bayi yang baru lahir merupakan punca utaman kekurangan vitamin K. Ini boleh terjadi kerana beberapa sebab:

1. Plasenta tidak mengantarkan lemak dan vitamin K dengan baik.

2. Fungsi hati dari bayi baru lahir masih belum matang untuk menghasilkan faktor-faktor pembekuan darah yang cukup (faktor pembekuan adalah protein dalam darah yang memudahkan pembekuan dan memerlukan vitamin K).

3. Usus tidak memiliki bakteri baik yang menghasilkan vitamin K.

Kekurangan vitamin K juga boleh terjadi pada orang yang mengamalkan ubat untuk mencegah terbentuknya bekuan darah. Gejala utamanya adalah perdarahan ke dalam kulit dari hidung yang disertai dengan muntah. Darah juga dapat dilihat pada air kencing atau najis. Perkara yang paling serius adalah perdarahan ke dalam otak yang boleh terjadi pada bayi baru lahir.