INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 14 Mei 2011

BIOGRAFI AMINAH BINTI WAHAB (IBU RASULULLAH)



Aminah Bonda Rasulullah SAW . seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahab. Ibu kepada Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat diingkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

Tentang nasab keturunan Rasulullah, baginda bersabda,
"Allah telah memilih aku dari Kinanah dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab.

Aku berasal dari keturunan orang yang baik."
Sabdanya lagi,
"Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiada bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik."

Aminah bukan hanya ibu kepada seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sangat sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia.

Tentang keperibadian Aminah binti Wahab, Ibnu Ishaq berkata,
"Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia dari segi nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy."

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah, ibu Muhammad pula berkata,
"Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya."

Aminah binti Wahab merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas penampilan atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy. Meskipun tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah.

WAFAT

Kewafatan Aminah, ibu Rasulullah SAW setelah baginda berada di bawah jagaan Halimatus Sa'diyyah selama empat tahun. Kemudian baginda dikembalikan kepada ibunya, Aminah. Menurut adat Arab, setiap tahun Aminah pergi menziarahi ke pusara suaminya dl kota Madinah. Setelah Rasulullah SAW dikembalikan oleh Halimah, tidak berapa lama kemudian, pergilah dia berziarah ke pusara suaminya itu bersama-sama dengan anaknya yang masih dalam pangkuan itu, bersama-sama pula dengan hamba pemberian ayahnya, seorang perempuan bernama Ummi Aiman.

Tetapi di dalam perjalanan pulang, Aminah ditimpa demam pula, lalu menemui ajal. Dia meninggal dunia dan mayatnya dikuburkan di al-Abwa', suatu dusun di antara kota Madinah dengan Makkah. Anak yang malang itu dijaga oleh Ummi Aiman. Dialah yang membawa anak itu balik ke Makkah. Anak itu kemudiannya diasuh dengan penuh kasih sayang oleh datuknya 'Abdul Muttalib.

Ibnu Ishaq berkata,
"Maka Rasulullah SAW itu hidup di dalam asuhan datuknya 'Abdul Muttalib bin Hasyim. Datuknya itu ada mempunyai suatu hamparan tempat duduk di bawah lindungan Ka'bah. Kesemua anaknya duduk di sekeliling hamparan itu. Kalau dia belum datang, tidak ada seorang pun anak- anaknya yang berani duduk dekat, lantaran amat hormat kepada orang tua mereka.

Maka datanglah Rasulullah SAW, ketika itu dia masih kanak-kanak, dia duduk saja di atas hamparan itu. Maka datang pulalah anak-anak datuknya itu hendak mengambil tangannya menyuruhnya undur. Ketika 'Abdul Muttalib melihat, dia pun berkata,
"Biarkan saja cucuku ini berbuat sekehendaknya. Demi Allah, sesungguhnya dia kelak akan mempunyai kedudukan penting.' Lalu anak itu didudukkannya di dekatnya dan dibelai dengan penuh manja."

NASAB SEBELAH BAPA

Nama sebenar bapa rasulullah ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Kilaab bin Murrah bin Ka'ab bin Luaiy bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'd bin Adnan. Nasab yang disepakat di antara ahli sejarah hanyalah sehingga Adnan ini saja, manakala dari Adnan ke atas menjadi perselisihan. Tetapi mereka bersepakat bahawa Adnan itu keturunan Nabi Ibrahim al-Khalil.

Yang jadi perselisihan ialah berapa orangkah datuk Baginda di antara Ismail dengan Adnan itu. Antara mereka ada mengatakan sebanyak 40 orang, manakala setengahnya pula mengatakan hanya 7 orang.

Abu Abdullah al-Hafiz berkata:
"Tentang berapakah bilangan datuk moyang Rasulullah SAW sejak dari Adnan sehingga Ismail dan Ibrahim itu tidaklah ada suatu riwayat yang muktamad."

NASAB SEBELAH IBU

Nama sebennar ibu Rasulullah ialah Aminah binti Abdul Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Hakim (Kilaab). Di sanalah pertemuan nasab ayahnya dengan nasab ibunya. Ketika perkahwinan di antara Abdullah dengan Aminah berlansung, usia Abdul Muthalib sudah hampir mencapai tujuh puluh tahun atau lebih.

Semasa Abrahah menyerang Makkah dan cuba menghancurkan Ka'bah, Ketika itu Abdullah sudah berusia dua puluh empat tahun, dan sudah tiba masanya untuk dikahwinkan. Manakala pilihan Abdul Muthalib ialah Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhra iaitu pemimpin suku Zuhra ketika itu yang amat sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Maka, Abdul Muthalib bersama anaknya pun pergi mengunjungi keluarga Zuhra. Mereka menemui Abdul Wahab lalu melamar puterinya. Sebahagian penulis sejarah berpendapat, bahawa mereka pergi menemui Uhyab, bapa saudara Aminah kerana waktu itu ayahnya sudah meninggal dunia dan dia di bawah asuhan bapa saudaranya.

Lamaran 'Abdul Mutalib itu diterima dengan amat gembira oleh keluarga Zuhra. Persiapan pun dibuat untuk melangsungkan hari pernikahan bagi kedua-dua pengantin yang sama padan bagai pinang dibelah dua itu. Pada hari perkahwinan antara 'Abdullah dengan Aminah itu, Abdul Muthalib juga berkahwin dengan Hala, sepupu Aminah. Dari perkahwinan ini lahirlah Hamzah, bapa saudara Rasulullah SAW.

Abdullah bersama Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan 'Arab di mana perkahwinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin perempuan.

Sesudah itu mereka berpindah bersama-sama ke keluarga Abdul Muthalib.

AL-AMIN

Rasulullah yang dikenalli sebagai Muhammad Al-Amin, dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabi'ul awal tahun gajah atau bertepatan dengan tahun 570 Masihi. Ibunya bernama Siti Aminah Binti Wahab dan ayahnya bernama Abdullah Bin Abdul Muthalib, keturunan Bani Ismail, putra Nabi besar Ibrahim as yang dijanjikan oleh Allah dan sekaligus merupakan kakak dari Nabi Ishak, putra Nabi Ibrahim dari Siti Sarah yang menurunkan Nabi-nabi besar untuk kaum Bani Israel.

Sang ayah, Abdullah pula meninggal dunia di Yastrib dalam perjalanan berdagangnya, jauh hari sebelum Muhammad dilahirkan. Ketika Baginda masih bayi, selain menyusu kepada ibu kandungnya, Muhammad juga pernah disusui oleh Tsuwaibah al-Aslamiyah dari Bani Aslam yang juga hamba kepada Abu Lahab, bersama-sama dengan Hamzah bin Abdul Muthalib pakciknya yang sebaya usia dengan Muhammad dan seterusnya menyusu kepada Halimah al-Sa'diyah, dari Bani Sa'ad yang terletak antara Makkah dan Thaif yang bersuamikan Abu Zuaib.

Semenjak dari kandungan ibunya hingga baginda dilahirkan, Muhammad sudah menunjukkan pelbagai mukjizat sebagai tanda-tanda kenabiannya kelak dikemudian hari. Setelah masa penyusuannya selesai, Muhammad kembali kepangkuan ibunya, Siti Aminah.

Setahun kemudian, Muhammad yang masih kecil beserta ibunya dan seorang pengasuhnya bernama Ummu Aiman melakukan ziarah ke pusara Abdullah, ayah Muhammad dan suami Aminah di Yastrib. Selama sebulan mereka tinggal di Yastrib dengan menumpang di rumah keluarga mereka dari Bani Najjar. Dalam perjalanan pulang kembali ke kota Mekkah, tepat di sebuah desa bernama Abwaa', Aminah jatuh sakit dan wafat di sana, waktu itu usia Muhammad sudah 6 tahun. Oleh kerana jarak ke kota Makkah masih cukup jauh, akhirnya jenazah Aminah dikuburkan di desa Abwaa' tersebut dan Muhammad beserta peng Umasuhmya Ummu Aiman kembali ke kota Makkah berdua.

Abdullah telah meninggal dunia, Aminah juga telah pergi selamanya setelah keduanya melakukan kewajiban yang diamanahkan kepada mereka keduanya. Anak yang mulia itu kini menjadi yatim piatu seperti kehendak Allah, kehilangan ibu sebagaimana ia telah lebih dulu kehilangan ayah, tidak ada lagi yang akan menolongnya dalam segenap hal selain daripada Allah yang sudah mentakdirkan sekalian takdir.