INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 25 Mei 2010

VITAMIN B1


Vitamin B1 diperlukan dalam sejumlah reaksi yang melibatkan enzim, termasuk pelepasan energi dari gula. Sumber vitamin B1 ini adalah ragi dan gandum. Kekurangan vitamin B1 terjadi bila makanan tersebut tidak terdapat dalam menu makanan seharian.
.
PENYEBAB
Penggilingan padi untuk membuang sekam, pada dasarnya akan membuang vitamin-vitamin.
.
Orang Asia berisiko mengalami kekurangan vitamin B1 kerana makanannya terutama terdiri dari padi yang telah digiling. Tetapi merebus beras sebelum membuang sekamnya, akan memindahkan vitamin ke seluruh butir padi sehingga keberadaan vitamin tetap terjaga.
.
Peminum alkohol yang menggunakan alkohol sebagai pengganti makanan, sehingga mengurangkan pelbagai vitamin, termasuk vitamin B1. Oleh itu, peminum alkohol berat memiliki risiko menderita penyakit kekurangan zat dan vitamin.
.
GEJALA
Gejala awal berupa kelemahan, mudah tersinggung, gangguan daya ingat, kehilangan nafsu makan, gangguan tidur, rasa sakit perut dan penurunan berat badan.
.
Pada akhirnya jika kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan penyakit bengkak dalam badan.
Ketika berlaku bengkak di dalam badan, metabolisme sel darah merah mengalami perubahan dan kadar vitamin B1 dalam darah akan menurun.
.
TANDA PENYAKIT BENGKAK DALAMAN
- Rasa menusuk di jari-jari tangan dan kaki.
- Rasa panas terbakar di kaki terutama pada malam hari.
- kejang otot dan betis.
.
TANDA KEKURANGAN VITAMIN B1 PADA JANTUNG
- Jantung berdenyut dengan laju.
- Pembuluh darah membesar yang menyebabkan kulit menjadi hangat dan lembab.
- Saluran vena membesar.
- Sesak nafas.
.
Penyakit bengkak dalaman boleh terjadi kepada bayi yang ibunya disahkan menderita kekurangan vitamin B1 terutama pada usia 2-4 bulan.