INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 28 November 2011

DUA RAKAAT SOLAT YANG DILAKUKAN FATIMAH AZ ZAHRA


Suatu ketika, semasa rasulullah S.A.W. duduk di dalam masjid dan beberapa pembesar Quraisy dan Arab menghadap baginda seraya berkata,



 “Wahai kebanggaan Arab, kami telah merai dan melangsungkan perkahwinan kami. Kami telah menikahkan putri fulan dengan putranya fulan. Mereka termasuk orang berada dan memiliki kekerabatan dengan dirimu. Kami memohon kepadamu supaya mengizinkan putrimu, Fatimah az Zahra, agar datang dan menyemarakkan pesta pernikahan anak kami ini.”
.
Rasulullah bersabda,



 “Aku akan tanyakan kepada Fatimah. Jika dia menginginkan, dia akan datang.”
.
Rasulullah S.A.W. mendatangi rumah Fatimah dan menyampaikan undangan itu sambil berkata,



 “Wahai Fatimah, wahai cahaya mata hatiku, para pembesar Arab berkumpul dan akan mengadakan pesta pernikahan. Lalu mereka mendatangiku dan meminta agar engkau datang. Engkau hendak pergi atau tidak?”
.
Sejenak Fatimah menundukkan kepala lalu mengangkatnya dan berkata,



 “Wahai ayah yang mulia, mereka menginginkanku datang sebenarnya hendak menghina diriku kerana wanita-wanita Quraisy akan mengenakan pakaian kebanggaan mereka masing-masing, memakai perhiasan mereka dan duduk dengan penuh kesombongan. Sedangkan aku tidak memiliki apa-apa selain kain tudung yang usang ini, selembar kain lama dan sepasang kasut  yang telah aku tambal di sana sini. Jika aku berangkat seperti ini, aku tidak akan mendapat apa pun selain cercaan dan hinaan.”
.
Rasulullah S.A.W.  amat sedih mendengar ucapan Fatimah az Zahra. Tidak lama kemudian Jibril turun dan berkata,



 Wahai Rasulullah, Allah S.W.T. menyampaikan salam kepadamu dan berfirman, “Suruhlah Fatimah pergi dengan mengenakan pakaian yang ia miliki dan Kami amat bijaksana dalam hal ini.”
.
Rasulullah S.A.W. menyampaikan pesanan Allah S.W.T. itu kepada Fatimah. Setelah mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T. Fatimah pun berkata,



 “Kami percaya dan beriman bahawa apa pun hukum dan perintah Ilahi adalah kasih sayang dan rahmat.”
.
Setelah itu, Fatimah az Zahra bangkit dan dengan pakaian usangnya ia berangkat ke tempat pernikahan. Namun, ia agak khuatir dengan cacian dan cercaan para wanita Quraisy.
.
Para malaikat di langit dan bumi menghadap Allah S.W.T. Yang Maha Agung dan berkata,



 “Wahai Tuhan kami, ini adalah puteri Nabi akhir zaman, Nabi terpilih di antara para Nabi yang Engkau utuskan. Apakah Engkau akan menghancurkan hatinya?”
.
Allah S.W.T.  semesta alam menyeru kepada Jibril agar mempersiapkan segala sesuatu bagi puteri dari manusia pilihan itu. Malaikat Jibril pun bergegas menuju Syurga Firdaus dan menyiapkan pakaian syurga untuk Fatimah. Saat itu, Fatimah baru tujuh langkah meninggalkan rumah. Ratusan ribu bidadari Surga mengelilingi dirinya dan Jibril mengenakan pakaian Syurga dari Sundus dan Istabraq. Para bidadari pula sentiasa membersihkan debu dari setiap tapak kaki puteri kesayangan Rasulullah S.A.W. itu.



Oleh kerana Fatimah menyaksikan sendiri kehebatan dan rahmat dan Allah S.W.T. itu, lantas iapun pun bersujud syukur. Banyak sekali rahmat dan cahaya kasih sayang Allah S.W.T.  yang bersinar dan memancar dari diri Fathimah az-Zahrayang tidak mungkin dijelaskan satu per satu.
.
Setelah Fathimah bersyukur dan memuji Allah S.W.T., dia berangkat menuju tempat pernikahan. Ketika itu, wanita-wanita pembesar Quraisy menantikan kedatangannya. Tiba-tiba mereka menyaksikan cahaya yang terang benderang bagaikan kilat menerangi alam yang gelap gelita. Penduduk sekitar majlis pernikahan pun merasa sungguh hairan kerana cahaya yang bergermelapan sehingga seluruh kaum wanita Quraisy tercengang akan kecantikan paras rupa Fatimah lalu mereka berbondong-bondong meninggalkan mempelai wanita sendirian dan bergegas menyambut kedatangan Fatimah az Zahra. Mereka menyaksikan Fatimah datang bersama para bidadari yang mengelilinginya. Semerbak wewangian menyelimutinya sehingga sebahagian wanita terbuai dengan semerbak wangi tersebut. Mereka beramai-ramai mengelilingi Fatimah dan mencium tangan serta kaki Fatimah az-zahra lalu dengan segala penghormatan mempersilakan puteri rasulullah S.A.W. itu masuk ke rumah.
.
Fatimah az Zahra laksana seorang pemimpin para wanita agung. Para bidadari yang mengelilinginya berdiri di atas udara. Tiada satupun dari mereka menjejakkan kaki ke bumi. Wanita-wanita Arab yang menyaksikan kejadian itu, lalu bersimpuh dan bersujud. Demikian pula mempelai wanita, dia tercengang lalu jatuh dari kerusi pelamin sehingga pengsan. Tidak berapa lama kemudian pengantin wanita itu meninggal dunia. Kesemua yang menyaksikan peristiwa itu menjerit dan menangis kerana kematian pengantin wanita.



Majlis yang tadinya sungguh meriah, kini menjadi majlis duka. Fatimah az Zahra juga turut merasa sangat sedih lalu bangkit dan memperbaharui wuduknya. Beliau mendirikan solat dua rakaat. Setelah selesai, beliau pun sujud dan berdoa,



 “Wahai Zat Yang Maha Kuasa di atas para penguasa, dengan kekuasaan dan kemuliaanMu dan dengan keutamaan hamba-hamba-Mu yang taat dan ikhlas serta dengan keutamaan dan kemuliaan Muhammad dan keluarga Muhammad sebagai manusia pilihan di sisiMu, hidupkanlah semula pengantin wanita ini.”
.
Tidak lama kemudian ,pengantin wanita tadi terbersin lalu bangkit memegang tangan Fatimah az Zahra dan berkata,



“Salam sejahtera bagimu, wahai puteri utusan Allah. Engkau dan ayahmu berada dalam kebenaran dan Tuhan yang kalian sembah juga adalah benar, sedangkan orang-orang kafir yang menyembah berhala berada dalam kesesatan.”
.
Diriwayatkan juga pada kejadian itu, seramai tujuh ratus lelaki dari keluarga pengantin wanita dan orang yang hadir memeluk Islam. Peristiwa ini tersebar luas di merata kota. Sekembalinya Fatimah az-Zahra dari majis perkahwinan itu, beliau menceritakan peristiwa yang dilalui kepada ayahnya.



Mendengar apa yang dikisahkan Fatimah az-Zahra itu, Rasulullah S.A.W. lantas bersujud syukur kemudian bersabda,



 “Wahai cahaya mata hatiku, dari apa yang engkau ceritakan, harapanku pada Allah  S.W.T.  beribu-ribu kali lebih banyak dan semakin besar.