INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 22 Jun 2010

JAUNDICE/DEMAM KUNING



JAUNDIS atau lebih dikenali sebagai penyakit kuning, bukan saja berlaku di kalangan kanak-kanak tapi orang dewasa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penyakit itu.

Penyakit itu berlaku disebabkan gangguan dan peningkatan salah satu komponen darah secara tiba-tiba di dalam tubuh manusia yang dikenali sebagai bilirubin.

Bilirubin adalah salah satu daripada hasil buangan apabila sel-sel darah merah yang sudah tua atau lama dihapuskan di dalam hati.

Apabila kandungan bilirubin dalam darah meningkat, ia akan merebak ke bahagian lain tisu kulit dan faktor ini menjadikan sel mata terutama mata putih putih menjadi agak kekuningan sehingga warna kuning akan timbul di seluruh kulit.

PUNCA

Jaundis berpunca daripada kandungan bilirubin yang berlebihan di dalam darah. Bilirubin adalah sejenis bahan yang terbentuk apabila sel-sel darah merah pecah atau rosak. Sel-sel darah merah yang sudah tua dan tidak berfungsi dipecahkan di dalam hati.

Bilirubin berlebihan di dalam darah akan mengalir di dalam saluran hati dan dibuang melalui najis.

Secara fisiologi, jaundis lebih kerap berlaku di kalangan bayi yang baru dilahirkan kerana bilirubin dikeluarkan secara berlebihan tetapi keadaan itu tidak berpanjangan.

Lebihan bilirubin di dalam tubuh boleh dibahagi kepada dua, iaitu:
1. Bilirubinia konjugated.
2. 'Unconjugated' bilirubin.
.
Lazimnya, jaundis yang berlaku di kalangan bayi ialah 'unconjugated' bilirubin. Bagaimanapun, bayi juga kadangkala boleh mengalami bilirubimia konjugated.

Jaundis di kalangan bayi selalunya disebabkan masalah darah atau hemolitik jaundis. Oleh sebab-sebab yang tertentu, darah merah mudah pecah sehingga menyebabkan bilirubin mengalir keluar dengan banyak.

Sebab-sebab lain termasuk kekurangan enzim tertentu di bahagian hati yang menyebabkan bilirubin tidak dapat dibuang melalui proses biasa.

Biasanya, bayi yang mengalami bilirubimia konjugated selalunya mengalami masalah saluran hempedu yang sempit atau dikenali sebagai 'biliary atresia'.

Apabila saluran hempedu sempit, lebih banyak bilirubin akan mengalir keluar sehingga menyebabkan pesakit mengalami jaundis yang teruk dan berpanjangan, iaitu melebihi dua bulan.

Di kalangan orang dewasa pula, pesakit boleh mengalami kedua-dua jenis jaundis, iaitu bilirubimia konjugated dan 'unconjugated' hiperbilirubin.

PUNCA JAUNDIS DI KALANGAN ORANG DEWASA

1. Penyakit batu dalam hempedu:
Pesakit selalunya menghidap penyakit batu dalam hempedu sehingga menyebabkan saluran hempedu tersumbat. Dalam keadaan normal, pundi hempedu berfungsi mencairkan air hempedu apabila pundi hempedu rosak akibat jangkitan kuman, misalnya, ada kesumbatan pada saluran hempedu, air yang terhasil akan menjadi pekat.

Keadaan itu seterusnya akan membentuk batu di dalam hempedu pesakit dan menyebabkan kesumbatan pada saluran hempedu.Apabila pesakit mengalami masalah itu, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti mata putih bertukar menjadi kekuningan, kulit terasa gatal dan air kencing menjadi pekat. Keadaan itu dikenali sebagai jaundis obstruktif.

2. Jangkitan kuman:
Jangkitan pada pundi hempedu boleh menyebabkan pundi hempedu membengkak dan sekaligus menghimpit saluran bilirubin. Bagaimanapun, pesakit hanya perlu menjalani rawatan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk memulihkan keadaan mereka.

3. Striktur atau penyempitan pada saluran hempedu:
Saluran bilirubin boleh tersumbat disebabkan oleh striktur atau penyempitan pada saluran hempedu. Penyempitan kadangkala boleh berlaku disebabkan Jangkitan kuman atau kecederaan pada saluran hempedu. Sehubungan itu, pakar perubatan akan menjalankan pembedahan untuk meluaskan penyempitan itu, iaitu dengan membuat saluran baru bagi memberi laluan untuk bilirubin.

4. Kanser pada pankreas:
Pankreas yang terletak berhampiran saluran hempedu boleh menyebabkan kesumbatan pada saluran bilirubin.

5. Kanser pada pundi hempedu dan kanser pada kelenjar hati:
Kedua-dua kanser ini boleh menyebabkan lebihan bilirubin dalam darah. Kanser pada pundi hempedu dan kelenjar hati akan menghimpit saluran bilirubin menyebabkan mangsa mengalami jaundis berpanjangan.

4. Hepatitis:
Jangkitan kuman virus hepatitis A atau B adalah antara sebab utama orang dewasa boleh mengalami jaundis. Penyakit ini tidak perlu pembedahan, hanya ubat-ubatan. Jenis jaundis adalah 'unconguted',

TANDA JAUNDIS

1. Mata putih bertukar menjadi kekuningan.
2. Air kencing menjadi pekat.
3. Najis seperti tanah liat manakala warnanya pucat daripada biasa.
3. Kulit terasa gatal-gatal.

BATU HEMPEDU PENYEBAB SAKIT KUNING

Penyakit batu hempedu adalah antara punca yang menyebabkan pesakit mengalami jaundis. Penyakit itu bagaimanapun boleh dielakkan dengan mengambil langkah berikut:
1. Jauhi makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi.
2. Pilih susu yang mempunyai kandungan lemak rendah.
3. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berkolesterol tinggi.
4. Lebihkan sayur-sayuran dalam menu harian.
5. Minum air suam sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
6. Sebaik-baiknya elak makan kulit ayam yang mengandungi kadar lemak tinggi.
7. Sesekali ubah cara memasak, seperti merebus atau mengukus.
8. Pilih minyak yang mengandungi kolesterol rendah apabila memasak.
9. Kurangkan memasak makanan dengan cara menggoreng.
10. Elakkan makanan seafood (makanan laut).


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Hari ini ketika saya sedang merawat salah seorang pesakit saya yang menghidap kencing manis, tiba-tiba saya didatangi seorang ibu muda yang berasal dari Kuala Ibai dan bertanyakan tentang penawar Jaundis yang dihidapi oleh anaknya yang baru lahir.
.
Soalan pertama yang saya ajukan ialah bagaimana beliau boleh mengetahui tentang Perubatan Holistik. Beliau mengatakan bahawa beliau mengetahui tentang Perubatan Holistik melalui jirannya yang sebelum ini pernah membeli penawar sakit kuning yang dihidapi anaknya di klinik saya.
.
Soalan kedua yang biasa saya ajukan ialah berapakah bacaan Jaundis yang dihidapi oleh anaknya. Lantas beliau mengatakan bahawa bacaannya ialah 233. Lalu saya pun menerangkan kepadanya tentang fenomena penyakit kuning atau jaundis dan puncanya.

Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis.

Demam Kuning (Jaundis) adalah warna kuning pada kulit dan putih pada mata yang berpunca daripada darah yang mengandungi kemasukan pigment dipanggil bilirubin.

Bilirubin adalah bahan kumuhan (metabolit) yang dihasilkan daripada penguraian normal sel darah merah di dalam badan dan disingkir dalam hempedu.Hasil penguraian oleh sel darah merah diproses oleh hati dan pundi hempedu.

Penyakit demam kuning (Jaundis) ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Setelah memberikan penerangan, tanpa membuang masa, saya memberikan beberapa jenis ubat Elektronik dalam bentuk air (yang sudah tersedia di kaunter ubat) dan sebotol air Bio-Wave untuk diberikan kepada anaknya itu.
.
Saya menyarankan kepada beliau supaya memberikan anaknya setitik setiap ubat yang dibekalkan sebanyak tiga kali sehari.
.
Saya juga mengatakan kepada ibu muda tadi, mungkin anaknya akan mengalami demam panas. Oleh itu, air  Bio-wave yang saya bekalkan boleh digunakan untuk mendemahkan (membasahkan kain sapu tangan, lalu letakkan di kepala) anaknya. Di samping itu, air Bio-Wave hendaklah dicampurkan dengan susu sebagai minuman harian anaknya. Beliau juga saya galakkan supaya mengamalkan air Bio-wave sebagai pembersihan dalaman selepas bersalin.
.
Ibu muda tadi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan membayar resit pembayaran dengan harga RM:35.00 lalu bergegas pulang.

Untuk pembelian penawar kuning (Tonik Hati) secara online sila klik di sini

Manakala untuk rawatan online berkaitan Jaundice/kuning sila klik di sini.