INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 21 Mac 2010

ISTIHADHAH/HAID BERPANJANGAN


Istihadhah bermaksud darah yang keluar dari wanita di luar waktu haid dan nifas kerana sebab sesuatu penyakit.


JENIS ISTIHADHAH

1. Darah yang keluar kurang dari masa haid yang semanima iaitu kurang dari sehari semalam.
2. Darah yg keluar lebih dari had paling banyak masa haid iaitu lebih dari 15 hari.
3. Keluar haid sebelum berumur sembilan tahun (mengikut perkiraan tahun Islam).
4. Darah yang keluar lebih dari had maksima bagi nifas iaitu lebih dari 60 hari.
5. Darah yang keluar dari had kebiasaan (6 atau 7 hari) bagi wanita yang keluar darah warna yang sama dan lebih dari 15 hari.


KEADAAN ORANG YANG HAID/DATANG BULAN

Sekiranya darah haid melampaui 15 hari, maka ada yang dikira sebagai haid dan ada juga yang dikira sebagai istihadhah. Dalam keadaan begini ada 4 keadaan seperti berikut:

1. MUBTADIAH GAIRU MUMAIYIZAH

Wanita yang baru pertama kali datang haid, di mana haidnya melebihi 15 hari dan tidak boleh membezakan warna darah kerana warna yang sama. Di sini ada dua pendapat:

PERTAMA: Haidnya adalah sehari semalam. Ini adalah pendapat Mazhab Syafie dalam qaul yanq lebih sahih dan salah satu pendapat Imam Ahmad bin Hambal.

KEDUA: Haidnya enam atau tujuh hari sahaja. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama termasuk beberapa ulama Syafie seperti Syirazi. Mereka berdalilkan: Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada Hamnah bintu Jahsy :

"Haid kamu adalah 6 atau 7 hari menurut ilmu Allah..."(Hr Muslim)

2. MUBTADIAH MUMAIYIZAH

Perempuan yang baru pertama kali datang haid dan dapat membezakan warna dan keadaan darahnya. Maka, hukum darah yang berwarna kelabu kekuningan adalah darah istihadhah dan yang berwarna hitam kemerahan adalah darah haid dengan syarat :

a) Darah yang berwarna merah kehitaman tidak kurang dari sehari semalam.
b) Darah yang berwarna merah kehitaman tidak melebihi 15 hari.
c) Darah yang berwarna kelabu kekuningan tidah kurang dari 15 hari


Dalil yang mengatakan darah haid yang berwarna merah kehitaman adalah hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bersabda kepada wanita yang menghidap istihadhah:

"Sesungguhnya darah haid adalah yangg berwarna hitam kemerahan. Jika ketika itu, maka janganlah melakukan solat. Jika warna darah kelabu kekuningan maka, hendaklah kamu melakukan solat kerana itu adalah darah penyakit." (Hr Abu Daud dan Nasaie)

3. MU’TADAH GAIR MUMAIYIZAH

Wanita yang beristihadah yang biasa keluar darah haid (walaupun sekali) dan tidak dapat membezakan warna darahnya. Bagi yang ada kebiasaan keluar darah haid, maka hendaklah dia tidak melakukan solat walaupun sudah melebihi adatnya. Dia tidak boleh solat sehinggalah darah berhenti sebelum hari yang ke 16. Jika sudah 15 hari dan darah masih keluar lagi, maka hendaklah dia mandi dan melakukan solat.


Pada bulan kedua jika masih berterusan darahnya, maka haidnya sekadar mana kebiasaannya (bukan sampai 15 hari) dan selebihnya dia perlu melakukan solat.

Ini bermaksud , Jika haid berpanjangan maka perlulah melihat darah yang berwarna merah kehitaman. Di mana, darah yang berwarna merah kehitaman itu dikenali sebagai darah haid. Manakala darah seterusnya yang berwarna kelabu kekuningan dikenali sebagai darah istihadhah.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Untuk rawatan holistik secara online sila klik di sini.