INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 17 Mac 2010

TANDA WANITA MENGANDUNG


1. LETIH
.
Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:
* Tidak datang haid.
* Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
* Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
* Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
* Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
.
2. LOYA

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi. Bagaimanapun kadang-kadang ia menjadi lebih teruk pada bila-bila masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya loya ini mungkin ia berpunca dari bertambahnya hormon seks yang dihasilkan ketika hamil. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi.

3. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Dalam peringkat awal kehamilan, ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing.
.
4. KEBAS TANGAN DAN KAKI

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

a. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

b. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

c. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.
.
5. GATAL-GATAL
.
Di akhir kehamilan adalah biasa jika anda terasa gatal-gatal. Ia hanya melibatkan tempat-tempat yang terdapatnya tanda regang di abdomen terutama bahagian pusat. Gunakan minyak zaitun Phalestine untuk menghilangkan tanda regang dan gatal tersebut.

6. PLANCENTRA PREVIA

Kedudukan uri di bawah atau dalam istilah perubatannya dikenali sebagai Placenta Previa (PP) merupakan salah satu komplikasi yang biasa ditemui di kalangan wanita hamil.

Kedudukan uri di bahagian bawah pada peringkat awal kehamilan adalah suatu keadaan yang normal. Biasanya, uri ini akan berubah kedudukannya apabila kehamilan telah mencecah usia 28 minggu. Hampir 90 peratus kes individu yang mempunyai kedudukan uri di bawah akan berakhir dengan kedudukan uri yang normal di akhir tempoh kehamilan. Dianggarkan PP ditemui satu dalam setiap 200 kelahiran.

PP bukanlah sejenis penyakit, tetapi ia adalah satu keadaan yang menjelaskan tentang kedudukan uri yang abnormal.
.
Uri dan tali pusat merupakan bahan antara yang menghubungkan ibu dan janin dalam rahim. Uri berfungsi membawa zat makanan kepada bayi dan juga mengeluarkan hormon-hormon yang penting semasa mengandung. Pada masa yang sama ia juga mengkumuhkan bahan-bahan buangan melalui sistem tapisan. Dalam keadaan yang normal kedudukan uri adalah di segmen atas dinding rahim.

Kedudukan uri yang abnormal ini terbahagi kepada tiga iaitu:

i. Marginal PreviaUri terletak di segmen bawah rahim dan di pinggir bukaan rahim.
ii. Partial PreviaUri menutupi sebahagian bukaan rahim.
iii. Total previaUri menutup keseluruhan bukaan rahim.

7. ANEMIA

Jenis anemia yang lazim, terjadi apabila badan tidak memperolehi ferum yang mencukupi untuk membina sel darah merah tambahan yang diperlukan ketika hamil. Mengambil makanan yang kaya ferum selalunya dapat mencegah anemia jenis ini. Ini termasuklah daging merah, makanan laut, hati, kekacang, sayuran hijau dan bijirin yang diperkaya dengan ferum. Tambahan ferum boleh diambil sewaktu hamil kerana keperluan ferum ketika ini adalah lebih tinggi daripada yang biasa terkandung dalam diet. Namun mengambil ferum tambahan akan menyebabkan najis lebih gelap dan lebih keras, oleh itu anda perlu meningkatkan pengambilan cecair dan serat di dalam diet anda. Pastikan anda menyimpan pil ferum di tempat yang selamat dan sukar dicapai oleh kanak-kanak. Terdapat juga jenis anemia yang lebih serius dan jika dikesan ketika pemeriksaan awal di makmal, kehamilan anda akan diawasi dengan teliti.
.
8. PERTUMBUHAN BULU

Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat, kadangkala mungkin tumbuh pula bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak mempunyai bulu. Pertumbuhan bulu-bulu baru ini dipanggil ‘hirsutism’ dan ianya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.Keguguran rambut juga mungkin berlaku dalam masa tiga bulan selepas kelahiran. Ini adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan kerana keadaan rambut pada badan ibu sedang kembali kepada keadaan sebelum mengandung. Tidak ada ubat yang dapat digunakan untuk menghalang keguguran rambut ini selepas kelahiran anak. Untuk kehadiran bulu-bulu di bahagian-bahagian lain badan, ibu-ibu boleh mencabutnya ataupun berhubung dengan pakar-pakar kecantikan jika ia tidak hilang selepas enam bulan.

9. TOMPOK GELAP ATAU KEHITAMAN

Ketika mengandung, para ibu mungkin menyedari kehadiran tompok atau bintik kegelapan (kehitaman) pada payudara, puting dan juga di celah kangkang.Ini adalah kerana paras melanin yang meningkat iaitu komponen yang memberikan warna pada rambut dan juga kulit.Kira-kira 90 peratus wanita mengandung akan mengalami tompok-tompok kehitaman ini sementara mereka yang berkulit gelap akan menunjukkan kesan-kesan melanin dengan lebih jelas. Tompok-tompok kekelabuan sekitar mata, hidung dan pipi pula dipanggil “chloasma” ataupun dikenali sebagai “topeng mengandung”. Hampir 70 peratus mereka yang mengandung akan mengalami perubahan kulit ini. Sekiranya terdedah kepada matahari secara berpanjangan, warna tompokan ini akan menjadi lebih jelas serta gelap. Oleh itu, ibu-ibu harus mengehadkan pendedahan muka pada matahari sekiranya tidak mahu tompokan ini menjadi lebih jelas kelihatan.

10. KEPUTIHAN

Semasa mengandung, masalah keputihan boleh menjadi semakin banyak sehingga timbul rasa tidak selesa. Ini disebabkan perubahan paras hormon badan menyebabkan terdapatnya pertambahan pengaliran darah di kawasan vagina dan pertambahan flora organisma normal di kawasan vagina. Pastikan discaj vagina ini tidak bertukar menjadi berbau atau berubah warna seperti kehijauan/kuning atau gatal kerana ini bermakna puan mesti mendapatkan rawatan untuk jangkitan vagina. Jagalah kebersihan diri, gunakan seluar dalam dari kain kapas/cotton dan pantiliner/sanitary napkins. Elakkan memakai seluar panjang dari kain nylon. Jangan gunakan cecair pembersih vagina (douche) semasa mengandung kerana ini boleh membahayakan puan.
.
11. SAKIT TULANG PUNGGUNG

Semakin kandungan membesar sesetengah wanita yang mengandung akan mengalami sakit bahagian punggung.
.
12. PENDARAHAN

Pendarahan tanpa rasa sakit yang boleh berlaku bila-bila masa dan dalam apa-apa keadaan pun dalam tempoh 28 minggu kehamilan sehingga sebelum kelahiran. Pendarahan ini mungkin banyak atau sedikit.Walaupun mungkin sedikit namun ia adalah tanda amaran yang mana keadaan yang lebih serius lagi mungkin akan berlaku. Pendarahan serius seperti air paip mengalir boleh berlaku yang boleh mengakibatkan individu kehilangan banyak darah.Kehilangan darah yang banyak ini jika dibiarkan boleh mengakibatkan kematian ibu dan anak yang dikandung.
.
13. KULIT BERMINYAK

Sesetengah wanita yang mengandung akan mengalami kulit yang berminyak. Oleh itu anda digalakkan meminum air mineral/oksigen/alkalin sekurang-kurangnya seliter sehari.O

FAKTA TENTANG BAYI

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.

.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Bagi mereka yang mengandung mendapat alahan seperti di atas, kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif  mempunyai ubat khususdan vitamin untuk wanita mengandung.
Antara ubat yang dibekalkan ialah:

1. GENETIC CLEANSING yang berfungsi sebagai mengelakkan penyakit keturunan dan kecacatan di dalam kandungan.

2. COBINE ORGANS yang bertindak sebagai penguat organ dalaman terutama organ dalaman.

3. BROAD SPRECTRUM yang berfungsi sebagai antibodi dan penguat imun sistem tubuh wanita yang mengandung.

4. UBAT SELUSUH yang bertindak sebagai memudahkan proses bersalin dan mengelakkan pelbagai komplikasi ketika bersalin.

Ubatan yang dibekalkan tidak mengandungi sebarang bahan kimia, steroid mahupun dadah. Ia adalah tablet kunyah yang diperbuat dari glukos dan ekstrak madu yang dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu memperbaiki kerosakan DNA dan RNA sehingga mereka yang mengandung benar-benar sihat tanpa kompilasi dan alahan.

Biasanya anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya ubatan yang dimakan dapat menyerap dengan cepat.  Kos ubatan hanya RM60.00 hingga RM100.00 mengikut penyakit yang anda hidapi.

Bagi mereka yang pertama kali mengandung digalakkan mengamalkan ubatan tersebut supaya kandungan tidak mengalami pelbagai kompilasi yang tidak diingini.

Manakala tip panduan malam pertama sila klik di sini

Untuk vitamin dan selusuh sila klik di sini