INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 21 April 2010

ENURESIS/KENCING MALAM


Kecing malam berlaku kerana sesetengah kanak-kanak tidak boleh mengawal pundi kencing mereka lagi. Kencing ketika tidur adalah tindakan di luar kawalan yang disebabkan beberapa faktor. Di kalangan kanak-kanak, ia menjadi masalah jika berlaku satu atau dua kali seminggu sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Selalunya pundi kencing mempunyai kapasiti menyimpan antara 400 hingga 500 mililiter air kencing pada satu masa yang boleh membuatkan kanak-kanak itu kencing di waktu malam jika tidak dapat mengawal pundi kencingnya.

Mengalami masalah kencing ketika tidur terutama di waktu malam adalah perkara biasa di kalangan kanak-kanak. Biasanya di peringkat usia kurang dari 4 tahun kanak-kanak ini masih di dalam proses mengawal pundi kencing namun perkara ini dapat diatasi pada usia yang lebih muda dengan bantuan ibubapa. Perkara ini boleh bertukar menjadi satu masalah sekiranya keadaan kencing malam ini berlarutan 2 atau 3 kali seminggu dan berterusan selama lebih kurang 3 bulan.

Antara faktor yang sering dikaitkan dengan masalah kencing malam ini ialah berkaitan dengan kadar perkembangan dan pertumbuhan badan kanak-kanak tersebut. Biasanya, kanak-kanak yang mengalami masalah ini mengalami masalah dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka. Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah kapasiti pundi kencing yang kecil dan hormon antidiuretik yang sangat kurang. Tekanan samada dari segi fizikal atau emosi (psikologi) juga turut menjadi penyebab masalah kencing malam ini.

Menurut perubatan moden tiada rawatan yang dapat diberikan untuk mengatasi masalah ini melainkan terdapat jangkitan pada pundi kencing. Namun, dengan jadual yang diatur, kanak-kanak ini mampu untuk belajar mengawal pundi kencing mereka.

Pada masa ini bantuan dari ibubapa amat diperlukan kerana mereka dalam proses pembesaran dan mula menerima perubahan dalam diri mereka. Peranan yang perlu diambil oleh ibubapa ialah mengatur jadual tertentu dan mengawal mereka sebagai contoh mengarah mereka untuk membuang air terlebih dahulu sebelum tidur dan mengejutkan mereka pada waktu tidur. Walaupun ini dianggap menyusahkan tetapi ini merupakan satu cara untuk mengajar mereka agar dapat mengawal pundi kencing.

Faktor Masalah Kencing Malam

Antara faktor yang boleh menyebabkan masalah kencing malam ini ialah:

1.Perkembangan dan pertumbuhan badan yang terbantut.
2. Kapasiti pundi kencing yang kecil.
3. Terlalu sedikit hormon antidiuretik.
4. Faktor psikologi.
5. Tekanan.
6. Jangkitan pundi kencing.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Antara penyebab kencing malam ialah:
1. Ruang pundi kencing yang kecil.
2. Gangguan tidur, di mana kebanyakkan pesakit yang kencing malam dikatakan mereka tidur terlalu nyenyak sehingga tidak boleh mengawal air kencing.
3. Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur. Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing diwaktu malam.

Manakala jenis kencing malam ialah:
1. Kencing malam hanya di waktu malam. (peringkat awal nokturnal enuresis).
2. Kencing malam di waktu malam dan siang hari (tidak boleh mengawal kencing.
3. Sebab-sebab gangguan lain yang boleh menyebabkan kencing malam (secondary enuresis) ialah jangkitan pada pundi kencing, masalah saraf tunjang, pundi kencing yang tidak normal dan masalah metabolisma seperti kencing manis. Selalunya keadaan yang seperti ini akan menunjukkan tanda-tanda lain selain dari kencing malam.

Jika anda atau anak anda mengalami kencing yang tidak terkawal dan jangkitan kuman di pundi kencing, kami di Pusat Perubatan Holistik mempunyai ubat khusus untuk merawat saraf pundi kencing dan ubat yang mampu membunuh jangkitan kuman di pundi kencing dan memperbaiki keseimbangan hormon vasopressin.

Antara prosedur utama yang kami lakukan ialah mengambil sample DNA anak anda seperti rambut, air liur, darah, dan urin.

Tujuan utama kami mengambil sample DNA pesakit ialah supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit yang ada di DNA pesakit dan seterusnya menjadikannya gelombang penawar yang akan dipancarkan ke dalam ubat berbentuk air atau tablet kunyah yang mengandungi pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu memperbaiki kerosakan DNA enuresis dan memperbaiki saraf pundi kencing sehingga ia berfungsi secara semulajadi.

Disamping itu, kami juga akan membekalkan ubat yang mampu menguatkan minda kanak-kanak dan ubat untuk tumbesaran kanak-kanak.

Natijahnya, Perubatan elektronik sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia diperbuat dari glukos berbentu tablet yang hanya perlu dikunyah tiga kali sehari.

Untuk rawatan  Perubatan Holistik secara online sila klik di sini