INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 8 April 2011

KISAH SALMAN AL-FARISI

Ketika peperangan Khandak, Salman al-Farisi mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy. Bila Abu Sufyan, pemimpin orang-orang Quraisy itu melihat parit tersebut, dia berkata,

“Strategi seperti ini tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Arab sebelum ini.”

Salman al-Farisi terkenal dengan panggilan “Salman Yang Baik. Beliau adalah sahabat Nabi yang alim, hidup sederhana dan gemar beribadah. Beliau memiliki sehelai jubah yang dipakainya dan dijadikan alas tidur. Beliau tidak akan mencari perlindungan di bawah bumbung namun tinggal di bawah pokok atau di tepi dinding.

Seorang lelaki pernah berkata kepadanya,

“Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?”

“Aku tidak perlukan rumah,” katanya. Lelaki itu tetap berkeras dan berkata,

“Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.”

“Terangkanlah padaku,” kata Salman.

“Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.”

MENJADI GABENOR

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman al-Farisi mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka berkata,

“Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan ini!”

“Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri,” jawabnya.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda’, yang mana beliau telah dipersaudarakan oleh Nabi ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya,

“Mengapa dengan engkau ini?”

“Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya.

Ketika Abu Darda’ melihat kedatangan Salman al-Farisi, dia menyambut sahabat yang disayangi itu dan menjamunya makanan. Salman mempelawa Abu Darda' makan bersama-sama, namun sahabatnya itu berkata,

“Aku sedang berpuasa.”

“Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

BERMALAM DI RUMAH ABU DARDA'

Malam itu, Salman al-Farisi bermalam di rumah Abu Darda’. Dipertengahan malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman menghampirinyanya lalu berkata,

“Wahai Abu Darda’, Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak mereka masing-masingnya.”

Pada waktu subuh keesokannya, mereka solat Subuh secara berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah S.A.W. dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. memuji perbuatan Salman al-Farisi itu dan mengatakan bahawa Salman al-farisi adalah termasuk salah seorang keluarga Baginda.

Sebagai seorang yang alim, Salman al-farisi terkenal kerana ilmunya yang luas dan bijaksana.


Saidina Ali pernah mengatakan bahawa Salman al-Farisi seperti Luqman al-Hakim.


Kaab Al-Akhbar pula berkata,

“Salman al-Farisi dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan yang laksana lautan yang tidak pernah kering airnya.”

PUASA SEPANJANG TAHUN


Imam Ja’far Shadiq meriwayatkan dari ayah dan datuk-datuknya yang berkata bahwa Rasulullah S.A.W. pernah bertanya kepada para sahabatnya.

“Siapakah di antara kalian yang berpuasa sepanjang waktu?”

Salman al-Farisi menjawab,

“Saya, wahai Rasulullah.”

Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabatnya,

“Siapakah di antara kalian yang melaksanakan salat sepanjang malam?”

Kembali Salman al-Farisi menjawab, “Saya, wahai Rasulullah.”

Rasulullah saw. bertanya kepada mereka lagi,

“Siapakah di antara kalian yang mengkhatamkan Quran setiap hari?”

Untuk ketiga kalinya, Salman al-Farisi menjawab,

“Saya, wahai Rasulullah.”

Salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. menjadi marah dan berkata,

“Wahai Rasulullah, Salman al-Farisi adalah seorang berbangsa Farsi yang ingin menyombongkan diri dan memperlihatkan keunggulannya atas kami, sedangkan kami adalah orang-orang Quraisy."

"Pertama, anda bertanya kepada kami siapa di antara kami yang berpuasa sepanjang waktu, dan dia (Salman) menjawab bahawa dia telah melakukannya, sedangkan dia makan pada sebahagian besar waktu. Kedua, ketika anda bertanya kami siapa di antara kami yang melaksanakan solat sepanjang malam, dia juga menjawab bahawa dia melakukannya sedangkan dia tidur pada sebahagian besar malam. Ketiga, akhirnya ketika anda bertanya kepada kami siapa di antara kami yang mengkhatamkan Quran setiap hari, untuk ketiga kalinya dia menjawab bahawa dia telah melakukannya, sedangkan sebahagian besar waktunya, dia dilihat tidak membaca apa-apa.”

Rasulullah saw. menegur orang itu, “Diamlah engkau, wahai Fulan, berapa banyak hikmah Luqmanul Hakim yang kau miliki? Tanyakanlah kepadanya dan ia akan menjelaskan padamu.”

Akhirnya sahabat tadi berpaling kepada Salman al-farisi dan bertanya,

“Wahai salman, engkau telah mengaku bahawa engkau berpuasa sepanjang hari bukan?”

Salman mengaku bahawa dia berkata demikian. Sahabat itu berkata,

“Tetapi aku melihat engkau makan di siang hari.”

Salman al-farisi menjawab,

“Tidak seperti apa yang engkau sangkakan. Aku berpuasa tiga hari dalam sebulan, kerana Allah S.W.T. yang Maha Agung lagi Maha Mulia berfirman,

"Siapa pun yang melakukan suatu amal kebaikan, ia akan diberi ganjaran sepuluh kali ganda."

Saya menggabungkan Puasa Sya’ban dan Puasa Ramadhan di dalam puasa saya setiap tahun, yang dengan itu seolah-olah saya berpuasa sepanjang tahun.”

Orang itu kemudian bertanya kepadanya,

“Tetapi engkau mengaku bahawa engkau menghabiskan seluruh waktu malam dengan melaksanakan solat, bukan?”

Salman mengaku bahawa dia telah mengatakan demikian, namun orang itu menyanggahnya, “Bagaimana engkau mampu melakukannya, sedangkan sebahgian besar malammu engkau habiskan di tempat tidur?”

Salman al-Farisi menjawab, “Tidak seperti apa yang engkau sangkakan. Aku telah mendengar kekasihku Rasulullah S.A.W. bersabda,

"Sesiapa yang berada dalam keadaan suci (taharah)’ ketika tidurnya, dia dianggap seolah-olah telah menghabiskan seluruh waktu malamnya dengan melaksanakan solat. Sedangkan saya (sepanjang malam) tetap dalam keadaaan suci.”

Orang itu masih bertanya kepadanya, “Bukankah engkau mengaku bahawa engkau mampu mengkhatamkan al-Quran setiap hari, tetapi aku melihat engkau menghabiskan sebahagian besar harimu dalam keadaan tdak membaca apa-apa.”

Salman al-farisi menjawab, “Tidak seperti apa yang engkau sangkakankan. Sebab aku mendengar kekasihku Rasulullah S.A.W. mengatakan kepada Ali, wahai Ali, perumpamaanmu di antara umatku seperti surah al-Ikhlas. Sesiapa yang membacanya sekali, seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-quran. Seiapa yang membacanya dua kali, seolah-olah dia telah membaca dua pertiga Al-quran. Dan sesiapa yang membacanya tiga kali, seolah-olah dia telah mengkhatamkan Al-quran seluruhnya. Demikian juga sesiapa yang mencintai engkau wahai Ali, seolah-olah dia telah menyempurnakan sepertiga keimanannya. Sesiapa yang mencintai engkau dengan lidah dan hatinya, bererti di telah menyempurnakan dua pertiga keimanannya. Dan sesiapa yang telah mencntai engkau dengan lidah dan hatinya, serta membantumu dengan tangannya, bererti dia telah menyempurnakan keimanannya. Aku bersumpah atas nama Allah yang mengutusku dengan kebenaran. Wahai Ali, seandainya seluruh manusia di atas permukaan bumi mencintai engkau sebagaimana yang dilakukan seluruh penghuni langit, maka tidak ada orang yang akan disiksa di neraka.’"

"Oleh sebab itu aku membaca surah Al-Ikhlas tiga kali setiap hari.”

Orang tadi yang mendengar penjelasan Salman al-Farisi akhirnya bangkit dan berlalu seolah-olah seseorang telah memenuhi mulutnya dengan batu.

MENINGGAL DUNIA

Menurut riwayat yang sahih, Salman al-Farisi meninggal dunia pada tahun ke-35 Hijrah, di zaman Khalifah Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan yang seorang tinggal di Isfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi S.A.W. pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farisi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”