INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 2 Januari 2012

FIBROID

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 - 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous). Ada fibroid yang mencetuskan simptom dan ada juga yang berlaku tanpa simptom. Secara umumnya, wanita yang berada dalam lingkungan usia subur akan berisiko tinggi untuk menghidap fibroid. Dalam lingkungan umur ini, wanita digalakkan untuk hamil dan melahirkan anak.
BEBERAPA PENYAKIT BERKAITAN FIBROID
Endometriosis
Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, 'dalam', dan metra, 'rahim'. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. Di Malaysia, tiada statistik khusus yang dijalankan bagi pengidap endometriosis. Endometriosis merupakan masalah yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pengidap endometriosis menjadi punca mandul (infertiliti) dalam kalangan wanita.
Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)
PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah kedatangan haid yang sedikit dan tidak teratur atau mengalami oligomenorea dan kadangkala amenorea (ketiadaan haid), bulu roma yang berlebihan tumbuh di badan (hirsutisme), masalah jerawat yang teruk dan kronik, masalah obesiti, masalah keguguran berulang, masalah kulit menjadi lebih gelap (akantosis nigrikan), dan juga masalah kebotakan menyerupai lelaki (male baldness).
Anorexia Nervosa
Anorexia atau nama saintifiknya 'Anorexia Nervosa' berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan. Penderita ingin menjadi kurus kerana kegemukan dianggap tidak menarik, tidak sihat, tidak mengikut 'trend' dan juga tidak diinginkan. Kecelaruan gaya pemakanan merujuk kepada obsesi seseorang yang terlalu memikirkan mengenai berat badan dan apa yang dimakan. Obsesi ini mempengaruhi tabiat dan gaya makan serta segala aktiviti harian yang berkait langsung dengan makanan.
Menopaus
Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita. Ada sebahagian wanita tidak merasakan apa-apa perubahan atau gangguan, manakala sebahagian besar mengalami gangguan vasomotor (seperti hangat memerah, berpeluh, susah tidur, berdebar-debar, panas baran, pelupa, mudah berkecil hati, kurang konsentrasi), fizikal dan kejiwaan (seperti kemurungan dan stres) yang boleh mengurangkan dan mengganggu gugat kualiti hidup. Dalam hal ini, sepasang suami isteri perlu mempunyai pengetahuan tentang menopaus.
JENIS FIBROID
1.       Fibroid submukus

 Ia terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
2.       Fibroid intramural
Ia adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
3.       Fibroid subserous
Ia tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
4.       Fibroid pedunkel
Ia  berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
5.       Fibroid interligan mentous
Ia  tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
6.       Fibroid parasitik
Ia  paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Biasanya jika anda atau salah seorang keluarga anda mengidap penyakit  fibroid dan ingin membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami memerlukan sample DNA pesakit  fibroid seperti rambut dan  air liur, supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan kerosakan DNA pesakit fibroid menggunakan peralatan yang dikenali sebagai OPAM MACHINE.
Setelah itu,  kami akan memproses melalui pembantaian molekul DNA dan menukarkannya menjadi kod-kod penawar gelombang elektromagnetik yang akan dipancar secara auto ke atas medium seperti air atau tablet kunyah yang perlu dimakan sebanyak tiga kali sehari bertujuan membaik pulih kerosakan DNA & RNA sehingga ia tersusun secara digital dan mampu menguatkan antibodi serta imun sistem.
Apabila antibodi dan imun sistem seseorang pesakit fibroid menjadi kuat, maka secara semulajadi ia dapat mengecutkan fibroid secara perlahan-lahan sehingga ia mengecil dan seterusnya dapat dimusnahkan.
Oleh kerana penawar gelombang elektromagnetik  yang dipancarkan sangat halus dan bertenaga tinggi sehingga ia dapat memusnahkan sel-sel fibroid  yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.
Antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mampu mengecutkan fibroid secara semulajadi dan mampu menguatkan fungsi organ dalaman  sehingga ia boleh berfungsi dengan efisien.
Anda disarankan mengamalkan Perubatan Holistik sekurang-kurangnya selama enam bulan atau lebih sehingga fibroid yang anda alami benar-benar mengecut serta dapat dimusnahkan.  Anda juga disarankan meminum air sebanyak mungkin supaya ubatan yang dimakan mudah menyerap dan mudah bertindak terhadap ketumbuhan fibroid.
Kesimpulannya, perubatan Holistik dan Alternatif laksana scanner yang mampu mengesan sesuatu penyakit samada penyakit lama, baru mahupun akan datang.

Antara kelebihan lain Perubatan Holistik dan Alternatif ialah ia mengandungi ribuan kod-kod penawar gelombang elektromagnetik yang bertindak sebagai scanner yang paling baik dan berkesan.

Perubatan Elektronik bertindak merangsang ‘Central Nervous Sysytem’ (CNS) dan ia juga bertindak menghantar tenaga yang dipancarkan oleh CNS ke seluruh badan mengikut keperluan sel.
Apabila ia mendapati ada sel, tisu atau organ yang cedera, mati atau tidak normal, maka ia akan memberikan isyarat dan berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan tubuh badan tersebut secara semulajadi.

Natijahnya, Perubatan Holistik dan Alternatif juga sangat sesuai dengan penyakit berkaitan fibroid seperti  endometriosis, Sindrom Ovari Polistik (PCOS), Anorexia Nervosa, kemandulan dan pelbagai penyakit berkaitan penyakit puan.
Selamat mencuba semoga anda menemui penawar yang dicari selama ini.

Untuk rawatan online berkaitan Fibroid sila klik di sini.