INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 24 Januari 2012

KANDIDIASIS


Kandidiasis, disebut juga infeksi ragi (Yeast infection) atau sariawan, Candidosis, Moniliasis dan Oidiomycosis adalah infection fungi (mycosis) dari salah satu spesies Candida. Di mana, Candida albicans adalah yang paling umum. Kandidiasis meliputi jangkitan yang berkisar dari yang ringan seperti sariawan mulut dan vaginitis  sehingga yang berpotensi mengancam kehidupan dan nyawa manusia.
Jangkitan kandidiasis yang berat tersebut dikenali sebagai candidemia dan biasanya menyerang orang yang memiliki sistem imun yang lemah, seperti penderita kanser,  HIV dan AIDS.

MANIFESTASI
Jangkitan kandidiasis boleh mengakibatkan komplikasi minima seperti kulit menjadi kemerahan, gatal dan kegelisahan. Kadangkala ia akan menjadi parah sehingga sukar untuk diubati.

Orang yang berada dalam keadaan immunocompetent (imun yang baik/normal), bentuk kandidiasis biasanya hanya berupa jangkitan kulit atau membran mucosal lokal, jangkitan pada rongga mulut (sariawan), tekak atau kerongkongan, saluran pencernaan, saluran kencing dan kemaluan (vagina, penis).

Kandidiasis yang sangat umum adalah penyebab iritasi vaginal  atau vaginitis. Ia juga dapat terjadi pada alat kelamin laki-laki.

JENIS KANDIDIASIS

1. Oral candidiasis.
 2. Perlèche, luka dan radang pada tepi kanan/kiri mulut luar, penyebab candida albicans.
 3. Candidal vulvovaginitis, infeksi membran mucous vagina.
 4. Candidal intertrigo, jangkitan pada kulit.
 5. Diaper candidiasis, jangkitan pada daerah yang ditutupi pampes bayi.
 6. Congenital cutaneous candidiasis, jangkitan pada kulit bayi lahir prematur.
 7. Perianal candidiasis, jangkitan pada kulit muara anus.
 8. Candidal paronychia, jangkitan pada lipatan kuku.
 9. Erosio interdigitalis blastomycetica, jangkitan pada kulit jari.
 10. Chronic mucocuntaneous candidiasis, jangkitan kronis pada kuku dan mukosa kulit.
 11. Candidiasis sistemik, jangkitan yang menyebabkan keracunan dalam darah.
 12. Candidid, peradangan pada kulit tangan akibat kulat dari kaki (seperti dermatophytids).
 13. Antibiotik candidiasis, ia terjadi kerana berlebihan dalam pemakaian atau pelbagai jenis antibiotik (seperti oxytetracycline yang umumnya digunakan untuk mengawal jerawat). Kesan dari antibiotik adalah mengurangi flora bakteri yang umum terdapat dalam sistem gastrointestinal, sehingga menimbulkan perkembangbiakan Candida yang ada.
Kesan antibiotik yang diharapkan terjadi pada satu bahagian tubuh, akan menjadi kesan sampingan pada bahagian lain jika pemakaiannya berlebihan, terutama di bahagian genital/kemaluan. Bakteri flora yang normal secara semulajadi sentisa berada di bahagian kemaluan dan tidak berbahaya bagi tubuh akan banyak yang terbunuh oleh antibiotik ini. Gejalanya, akan muncul kemerahan dan rasa gatal yang terjadi akibat pemakaian antibiotik

PENYEBAB

Kebiasaannya, Yeasts Candida terdapat di dalam tubuh manusia secara semulajadi dan pertumbuhannya juga dibatasi oleh sistem kekebalan tubuh manusia. Mikroorganisme  tertentu dalam tubuh manusia yang berada di lokasi sama dengan yeast candida misalnya bakteria (niches) dalam tubuh manusia dapat juga menghambat dan menyahkan pertumbuhan yeast candida ini.
Begitu juga yang terjadi pada vagina, mikroorganisme tertentu dapat membantu mencegah perkembangan candida. Penggunaan pembersih kimia pada vagina dan gangguan internal (hormonal atau fisiologi) tertentu dapat mengganggu keseimbangan ‘ekosistem’ tersebut.

Kekebalan daya tahan tubuh melawan penyakit yang lemah dan penyakit metabolis seperti diabetes menjadi faktor penting yang signifikan membantu perkembangan kandidiasis. Biasanya, penyakit yang berhubungkait dengan kandidiasis ialah HIV/AIDS, mononucleosis, perawatan kanser, ubatan yang mengandungi steroids, stres dan kekurangan vitamin.

Penyakit kandidiasis penis (yang dijangkiti melalui hubungan seksual vaginal atau anal) dapat terjadi jika individu yang terjangkit memiliki imun sistem yang lemah, pengamal antibiotik tanpa pengawasan dan penderita penyakit diabetes. jangkitan ‘Male genital yeast’ sangat sedikit berbanding kaum wanita. Namun, biasanya jangkitan kandidiasis pada penis ini terjadi melalui hubungan seksual dengan pasangan yang telah dijangkiti kandidiasis terlebih dahulu.
GEJALA

Gejala yang ditimbulkan oleh penyakit kandidiasis bergantung dari bagian tubuh mana yang terkena jangkitan.

  1. Jangkitan vagina (vulvovaginitis), gejalanya berupa keluarnya cairan putih atau kekuningan disertai rasa panas, gatal dan kemerahan-merahan pada dinding luar vagina.
  2. jangkitan penis, gejalanya berupa gatal, timbulnya bercak putih dan ruam merah bersisik di bagian glans penis yang terkadang disertai rasa ngilu.
  3. jangkitan oral, sering menyerang pada bayi. Gejalanya berupa bercak putih pada mulut atau lidah. Bila bagian yang terkena bercak putih itu diangkat akan tampak dasar yang kemerahan dan erosive. Ada pun infeksi oral yang terjadi di sudut mulut dan menyebabkan retakan dan sayatan kecil yang berasal dari gigi palsu yang bergeser sehingga tumbuh jamur pada mulut tersebut. jangkitan ini disebut dengan Perleche.
  4. jangkitan intertriginosa menyerang pada lipatan tubuh, seperti ketiak. Gejalanya berupa ruam kemerahan, bersisik dan basah.
  5. Jangkitan  granulomatosa , gejalanya berupa ruam kemerahan tebal berwarna kekuningan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Jika anda mengalami kandidiasis yang serius dan telah mencuba pelbagai rawatan, namun masih tidak mendatangkan hasil, anda boleh mencuba di Pusat perubatan Holistik dan Alternatif yang mengamalkan perubatan secara menyeluruh (jasmani dan rohani) dengan merawat punca sesuatu penyakit dan membunuh akar umbi sesuatu penyakit itu secara semulajadi menurut fitrah kejadian manusia
BAGAIMANA PERUBATAN HOLISTIK MENGEMBALIKAN KESIHATAN MENURUT SEMULAJADI?    

Di  dalam   tubuh   manusia  terdapat  racun   dan   penawar terhadap segala penyakit bagi memastikan kesihatan tubuh badan. Kesemuanya ini dikawal oleh ‘Central Nerve    System’ (CNS)  yang  bertindak   mengawal   dan   mentadbir perjalanan kesihatan  tubuh   badan  seseorang.  Contohnya   apabila tangan kita terluka, ‘Central Nerve System’ (CNS) akan menghantar maklumat kepada organ yang  berkaitan untuk membekukan darah di kawasan tersebut.

Keupayaan   sistem   tubuh   badan   merawat   diri    sendiri, bertepatan   dengan    fitrah    kejadian    manusia.    Di    mana, manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dalam keadaan serba lengkap.
Walau bagaimanapun, dengan pengambilan makanan yang mengandungi   bahan   kimia   dan   toksid,   pencemaran   alam  sekitar serta kurangnya rangsangan terhadap penawar di dalam badan, menyebabkan daya ketahanan sensitiviti (CNS) menjadi lemah.  CNS   yang    lemah    dan   kadar    toksid   yang   tinggi menyebabkan organ gagal mengeluarkan enzim yang mencukupi bagi menyahkan bahan berbahaya yang ada di badan.
Bagi kalangan wanita yang mengalami kandidiasis pula perlu diketahui bahawa di dalam rongga kemaluan wanita sememangnya ada “kulat” secara semula jadi yang tidak membahayakan organ dalaman wanita.
Namun, apabila sesetengah wanita mengalami keputihan, biasanya, cecair keputihan yang keluar mengandungi bersama kulat yang boleh menjangkiti kulit sekeliling kemaluan, di mana, tanda awal jangkitan kulit biasanya kegatalan, kemerahan dan juga ruam berair.
Bagi mereka yang sudah berkahwin pula, ketika melakukan persetubuhan, air mani suami yang kaya dengan “makanan” akan digunakan oleh kulat ini untuk membiak dengan lebih aktif.

Kami menyarankan supaya anda mengurangkan penggunaan krim Dynavate yang mengandungi steroid pada bahagian kemaluan kerana penggunaan berpanjangan boleh mendatangkan kesan lain seperti penipisan kulit dan jangkitan kulat yang lebih teruk.

Sebaliknya, apabila anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami akan bekalkan krim berubat (tanpa dadah, bahan kimia mahupun streroid) yang boleh disapukan di tempat yang dikenalpasti dijangkiti kandidiasis.

Disamping itu kami juga akan membekalkan ubatan berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari. Antaranya:

UBAT A (GENETIC CLEANSING), yang berfungsi sebagai merawat penyakit keturunan dan penyakit jangkitan seperti STD.

UBAT B, (COMBINED ORGANS), yang berfungsi sebagai scanner yang membantu memperbaiki dan mengaktifkan kesemua organ dalaman.

UBAT C, (BROAD SPECTRUM), yang berfungsi sebagai antibodi dan imun sistem supaya dapat melawan sesuatu penyakit dan menyahkan anasir jahat yang ada di dalam badan secara semulajadi.
UBAT D, (DNA), yang berfungsi sebagai scanner yang membantu memperbaiki dan menyusun semula DNA & RNA sehingga ia menjadi susunan digital dan sebagai benteng pertahanan daya tahan untuk melawan penyakit.
Kesemua ubatan yang dibekalkan tidak mengandungi sebarang darah, bahan kimia, mahupun streroid. Ia berasakan 100% glukos yang dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik hanya perlu di hisap atau dikemam seperti gula-gula sebiji setiap satu, tiga kali sehari. Biasanya, ubatan yang dibekalkan untuk rawatan selama sebulan.
Natijahnya, ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang ditransferkan ke dalam ubat tidak mendatangkan kesan sampingan. Ia ibarat scanner terbaik yang  bertindak mengikut keperluan tubuh dan sel sahaja. Jika ia sudah mencukupi atau tidak diperlukan sel ia hanya berlalu begitu sahaja kerana segala penawar elektromagnetik yang dipancarkan bertindak melalui proses 'Potential Difference'.

Selamat mencuba semoga anda menemui penawar yang anda cari selama ini dan sebaik-baik penawar ialah terapi DNA & RNA anda sendiri.

Untuk rawatan online berkaitan Kandidiasis sila klik di sini.