INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 20 Oktober 2010

BAHAYA UBAT TAHAN SAKIT



Oleh BINTU RASYADA A.RAHMAN
Bintu.rahman@utusan.com.my

Apa yang anda lakukan andai mengalami sakit kepala atau lenguh-lenguh badan berpanjangan? Terus terang ramai daripada kita mengambil jalan mudah dengan mendapatkan ubat biasa yang dijual dikebanyakan farmasi atau kedai ubat tanpa merujuk kepada doktor terlebih dahulu.

Walaupun sedar ia bukanlah penyelesaian terbaik, namun ramai yang tidak kisah kerana menganggap keadaan tersebut tidak serius dan akan pulih dengan sendirinya.
Sakit kepala dan lenguh-lenguh biasa mungkin boleh diubati dengan ubat yang boleh didapati di farmasi dan kedai ubat. Namun jika berlarutan sehingga enam minggu, ia boleh diklasifikasikan sebagai sakit kronik yang memerlukan pengawasan doktor.

“Sakit kronik adalah keadaan yang kompleks dan pesakit seharusnya mendapatkan pandangan pakar di peringkat awal untuk perubatan yang selamat, efektif dan berkesan,” kata pengarah klinik pakar, Hospital Mount Elizabeth Singapura, Dr. Alex Yeo.

Sakit kronik menurutnya, didefinasi sebagai sakit yang melebihi enam minggu dan bersangkut dengan keadaan seperti arthritis, sakit kepala berterusan, migrain, sakit belakang dan pergelangan yang kronik.

Kata beliau, banyak kajian melaporkan sakit kronik sebagai penyakit senyap yang sentiasa berlaku kepada masyarakat hari ini.

“Sakit sebegini walaupun ada kalanya dianggap remeh namun ia menjejaskan aktiviti harian termasuk kerja, tidur dan memuatkan seseorang tidak memberi perhatian sepenuhnya pada sesuatu tugasan atau menikmati hobi serta aktiviti yang lain,” katanya.

Dr. Alex Yeo berkata demikian pada pembentangan satu kajian mengenai perubatan sendiri untuk sakit kronik di beberapa Negara Asia di ibu Negara baru-baru ini.

Menurut beliau, kajian tersebut mendapati kira-kira 60 peratus individu yang menderita sakit kronik tidak mendapatkan rawatan sewajarnya malah mengambil langkah mudah dengan berubat cara sendiri.

Kajian melibatkan 1,220 pesakit kronik di China, Taiwan dan Thailand yang ditaja oleh Pfizer itu menunjukkan daripada pesakit yang tidak merujuk pakar, lebih 30 peratus tidak berbuat begitu kerana percaya mereka mampu menanganinya. Hanya lima peratus pesakit mengambil ubat tahan sakit.

Kata Dr. Alex, ubat tahan sakit biasa yang digunakan di seluruh dunia adalah ubat anti-keradangan bukan streroid (NSAIDs).

Contoh-contoh ubat tersebut termasuk ibuprofein, diclofenac dan naproxen.
Sesetengah NSAIDs bolah diperolehi tanpa preskrip doktor dan mudah di dapati di kaunter-kaunter.

Walaupun terdapat label pada ubat yang mengatakan ia untuk penggunaan jangka masa pendek, kebanyakan pesakit tidak menghiraukanya serta tidak sedar dengan risiko yang akan datang.

Beliau berkata, biar pun dos lebih rendah berbanding ubat preskripsi doktor, penggunaan ubat tersebut secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan gastrousus dan juga masalah buah pinggang. Penyakit akibat penggunaan NSAIDs jangka panjang juga dikatakan agak serius dan boleh mengundang maut.

Berdasarkan kajian yang dijalankan kata Dr. Alex, lebih separuh daripada responden dari China dan Thailand serta suku responden di Taiwan mengaku mereka menggabungkan dua jenis perubatan iaitu alternatif dengan ubat preskripsi doktor atau ubat yang dibeli di kaunter.

“Juga lebih 70 responden menyatakan mereka biasanya lebih mempercayai perubatan alternatif berbanding perubatan moden dalam merawat sakit kronik.

“Ini berikutan kepercayaan perubatan alternatif kurang member kesan sampingan,” katanya.
Dr.Alex berkata, hampir 30 peratus pesakit mengaku mereka mengalami kesan sampingan akibat pengambilan NSAIDs seperti gastrik dan sakit dalam perut.

Menurut beliau lagi, masalah kesan sampingan akibat penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan bukan sahaja dialami penduduk Asia, malah ia berlaku di seluruh dunia.

RAWATAN LEBIH SELAMAT

Pembentangan tersebut turut mengupas mengenai penggunaan ubat preskripsi celecoxib dalam meredakan kesakitan arthritis yang terbukti kurang berisiko terhadap usus berbanding lain-lain NSAIDs.

Keputusan itu berdasarkan kajian yang dijalankan di 32 buah Negara melibatkan lebih 4,000 pesakit.

Menurut Ketua Jabatan Gastroenterologi dan Hepatologi Chinese University of Hong Kong, Dr. Francis Ka-Leung Chan, kajian menunjukkan celecoxib mempunyai kadar empat kali kurang kesan terhadap usus berbanding NSAIDs lain.

“Keputusan kajian membantu pakar perubatan memilih rawatan yang bersesuaian untuk arthritis berdasarkan ia selamat pada usus,” kata beliau yang juga merupakan ketua kajian.

FAKTA

1. Kesan sampingan NSAIDs di bahagian usus biasanya seperti pedih ulu hati dan ulser. Insiden gangguan seperti ini dikatakan pernah berlaku sehingga 60 peratus.

2. Keadaan paling teruk kesan terhadap NSAIDs adalah tebukan, halangan pendarahan (dikenali POBs), yang memerlukan kos rawatan tinggi.

3. Dengan pengambilan dua bulan NSAIDs atau aspirin: 1 daripada 5 pesakit mengalami ulser endoskopik. 1 daripada 68 pesakit mengalami symptom ulser. 1 daripada 145 pesakit mengalami ulser berdarah. 1 daripada 1,200 pesakit maut akibat pendarahan ulser.

4. Individu yang pernah mengambil NSAIDs tetapi bukan untuk jangka panjang, turut mempunyai risiko. Secara asasnya, risiko mula berlaku sekitar bulan pertama rawatan NSAIDs dan merebak sedikit demi sedikit.

5. Data menunjukkan kadar kematian yang mempunyai kaitan dengan NSAIDs atau pengambilan aspirin adalah 15.3 daripada 100,000 pengguna.