INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 25 April 2010

BRONKITIS

Bronkitis ialah sejenis keradangan pada saluran pernafasan (tiub bronkiul) di dalam paru-paru. Terdapat 2 bentuk bronkitis.

1. Bronkitis Akut (berakhir dalam masa 3 hari hingga 3 minggu)
2. Bronkitis Kronik (boleh berakhir sehingga 3 bulan dan menyerang semula untuk selama 2 tahun atau lebih).
Kanak-kanak seringkali mendapat jangkitan Bronkitis Akut.

PENYEBAB BRONKITIS

Bronkitis selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria dan diburukkan lagi oleh pencemaran udara termasuklah asap rokok, asap kimia dan habuk. Bronkitis boleh menjadi kronik terutama di kalangan mereka yang merokok atau bekerja di kawasan yang udara tercemar. Apabila bahan-bahan pencemar ini disedut ke dalam paru-paru secara berterusan, ia akan menggangu saluran pernafasan. Seterusnya mengakibatkan keradangan dan pengeluaran mukus yang berlebihan. Keadaan ini akan menyempitkan saluran pernafasan, menjadikannya mudah terdedah kepada sebarang jangkitan yang selalunya akan berulang dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk.

GEJALA BRONKITIS


Bronkitis Akut
~Batuk mengandungi sedikit kahak ataupun tiada
~Demam ringan (kurang 38.30C atau 1010F)
~Sakit tekak
~Sakit otot
~Kelesuan

Bronkitis kronik

~Penyebab utamanya ialah merokok

~Batuk yang berterusan dan mengeluarkan kahak yang semakin lama semakin banyak sepanjang hari dan malam. Biasanya batuk semakin teruk di waktu pagi (dikenali sebagai 'batuk perokok').
~Sukar bernafas dan terasa sesak dada.
~Kadang berbunyi ronkus (sukar bernafas yang mengeluarkan bunyi seperti siulan).

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda menghidap bronchitis, anda disarankan:

1. Dapatkan rehat di tempat tidur secukupnya.
2. Minum lebih banyak air (tingkatkan pengambilan cecair sebanyak 8-10 gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi dan mencairkan rembesan dalam paru-paru.
3. Dapatkan pertolongan seseorang untuk mengurut otot dada dan belakang anda. Ini akan membantu mengendurkan otot-otot tersebut menjadikan anda terasa lebih selesa.

Disamping itu, jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami akan mengambil sample DNA anda seperti rambut, air liur, darah dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit bronkitis yang berada di DNA anda lalu menjadikannya gelombang penawar yang mampu membunuh kuman yang menyebabkan bronkitis.

Anda juga akan dibekalkan ubatan yang telah dipancarkan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang halus dan bertenaga yang mampu menembusi sel dan mampu menguatkan antibodi, imun sistem, saraf tunjang dan mampu memperbaiki kerosakan DNA penghidap bronkitis.

Penawar gelombang elektromagnetik yang dipancarkan ke atas ubat yang dibekalkan sangat halus iaitu 125,000 kali ganda dari nano dan 2,500 kali ganda dari sel darah.

Ini bermakna, Perubatan Holistik bertindak laksana scanner yang mampu mencari sesuatu akar umbi penyakit dan mampu memusnahkan (antidot) gelombang asal sesuatu penyakit. Apabila gelombang sesuatu penyakit atau gelombang virus mampu di'antidot'kan, nescaya fizikal sesuatu penyakit atau fizikal kuman juga turut termusnah. Apabila ini berlaku, maka pesakit akan menuju ke arah penyembuhan.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai untuk penyakit berkaitan bronkitis, resdung, asma, thyroid, beguk dan pelbagai penyakit lain.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini