INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 1 Jun 2009

CEREBRAL PALSY DAN ENCEPHALITIS



Ketika saya sedang mengemaskini blog, saya telah didatangi sebuah keluarga yang membawa searang anak lelakinya yang berusia 10 tahun untuk membuat rawatan secara Perubatan Holistik dan Alternatif. Setiap kali pesakit kronik datang ke klinik saya untuk membuat rawatan, saya memastikan pesakit saya membawa laporan perubatan hospital tempatnya mendapat rawatan.

Ini bertujuan, apabila saya sudah mengenal pasti nama sesuatu penyakit yang dihidapi, maka ia akan memudahkan saya mencari penawar gelombang elektromagnetik supaya dapat membunuh gelombang penyakit yang ada di dalam tubuh pesakit tersebut. Jika pesakit tidak membawa sebarang laporan doktor atau ujian darah, maka saya terpaksa memeriksa pesakit saya menggunakan alatan Perubatan Holistik yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE atau memeriksa menggunakan peralatan yang dikenali sebagai QUANTUM MAGNETIC RESONANCE ANALYZER. 

Ketika saya membaca laporan perubatan pesakit saya tadi, doktor mengesahkannya menghidap penyakit Cerebal Palsy. Penyakit ini juga dikenali sebagai Bell's palsy yang bermaksud kelumpuhan saraf fasial yang mengakibatkan kelemahan otot pada satu sisi muka sehingga tidak berupaya menutup mata.

Menurut kata ibunya, penyakit yang dialami anaknya itu berlaku semenjak dilahirkan. Keadaan tubuh pesakit tadi juga agak lemah dan pucat.

Sebelum memeriksa pesakit secara lanjut, saya meminta pesakit saya memberi urinnya dan memasukkan ke dalam botol urin yang disediakan.

Biasanya setiap kali pesakit membuat rawatan, saya akan memastikan supaya ujian air kencing yang dikenali sebagai '10 SG Urine Test' dilakukan. Ianya sangat penting. Kerana dengan membuat urine test saya dapat mengenal pasti beberapa penyakit asas yang ada di dalam tubuh pesakit antaranya:

1. Mengenalpasti kadar gula dalam darah
2. Mengenalpasti kandungan bilirubin
3. Mengenalpasti kandungan ketone
4. Mengenalpasti kepekatan air kencing
5. Mengenalpasti pendarahan dalaman
6. Mengenalpasti kandungan pH
7. Mengenalpasti kandungan protein
8. Mengenalpasti kandungan urobilinogen
9. Mengenalpasti kandungan nitrite
10. Mengenalpasti kadar darah putih dalam tubuh

Setelah saya memperolehi keputusan urine test yang hanya boleh dilakukan kurang dari lima minit, saya akan mencatatkan bacaan urine test di kad rawatan pesakit yang telah disediakan. Setelah itu, saya akan menerangkan kepada pesakit tentang keputusan urine test tersebut sehingga pesakit benar-benar mengetahui punca penyakit yang dihidapi. Inilah keunikan dan keistemewaan Perubatan Holistik. Jika anda pergi membuat rawatan di hospital pakar sekalipun belum tentu urin anda diambil untuk dianalisa, kecuali ketika pemeriksaan kehamilan dan ketika anda meminta ujian darah serta urine test dilakukan.

Dalam perbualan saya dengan keluarga pesakit yang menghidap penyakit Cerebal Palsy, salah seorang daripada mereka bertanya adakah Perubatan Holistik mampu merawat penyakit kronik dan kelumpuhan sistem saraf.

Dalam jawapannya saya mengatakan bahawa setakat ini saya sudah merawat seramai 1,600 pesakit yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pelbagai penyakit. Kebanyakan mereka berpuas hati dengan Perubatan Holistik. Hanya sebahagian mereka sahaja yang tidak tahan dengan tindak balas ubat. Walaupun sudah dua tahun saya bertugas di klinik Tok Jiring, namun saya hanya menerima dua panggilan waris pesakit yang mengatakan bapa dan ibu mereka telah meninggal dunia. Itupun kerana bapa dan ibu pesakit saya sudah uzur dan sakit tua. Kami di Kumpulan Perubatan Holistik hanya berikhtiar mencari penawar, namun kesembuhan adalah milik Allah s.w.t..

Saya juga menceritakan kepada keluarga pesakit saya tadi bahawa awal tahun ini saya menerima seorang pesakit kronik yang dikenali sebagai Najihah Zahirah binti Mohd Nasir yang menghidap 'Encephalitis'(inflamasi dalam otak). Pada mulanya pesakit yang baru berusia 14 tahun itu telah membuat pembedahan di hospital Kubang Kerian untuk membuang inflamasi di dalam otaknya. Namun, setelah pembedahan dilakukan, kesan sampingan yang hadapi ialah beliau menjadi buta sehingga hilang semangat dan takut menghadapi penyakitnya. Jika beliau ingin melihat semula, doktor pakar menyarankan supaya pembedahan kali kedua perlu dilakukan.

Oleh kerana bapa pesakit tadi tidak mahu komplikasi lain berlaku, maka beliau merujuk kepada bapa saudaranya iaitu Prof. Dr. Shahbudin bin Ngah. Setelah perbincangan dilakukan, Prof. Dr. Shahbudin bin Ngah meminta supaya cucu saudaranya itu membuat rawatan di klinik saya.

Setelah saya mengambil DNA, membuat Life Auto-Nosode terhadapnya dan setelah membekalkan ubat yang terbaik serta ubat mata yang dikenali sebagai Eye Care, tidak sampai sebulan pesakit saya yang menghidap Encephalitis boleh membaca surat khabar dan boleh melakukan kerja harian. Saya juga menunjukkan kepada keluarga pesakit saya tadi file peribadi Najihah Zahirah yang bernombor AB 1079 sebagai bukti.

Diakhir perbualan saya dengan keluarga pesakit tadi, saya mengatakan bahawa doktor yang paling baik ialah diri pesakit itu sendiri. Di mana, jika semangat dalaman pesakit itu kuat, Insya-Allah penyakitnya akan mudah sembuh.

Walaupun seorang pesakit itu memakan ubat yang paling baik sekalipun, namun jika semangat dalamannya untuk melawan penyakit lemah, maka ianya akan menjejaskan proses permulihan.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.