INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 23 Julai 2009

THALASEMIA


Thalasemia adalah sejenis penyakit anemia atau ketidakseimbangan dalam rantai protein globin alfa dan beta yang diperlukan dalam pembentukan hemoglobin. Ia bukan penyakit berjangkit tetapi penyakit keturunan atau genetik.


Thalasemia ialah penyakit di mana badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan.

Hemoglobin berfungsi sebagai membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu seluruh badan.
Ketika seseorang itu mengidap penyakit thalasemia, sesuatu yang buruk terjadi pada tempat penghasilan hemoglobin.

Apabila hemoglobin yang cacat masuk ke dalam sel darah merah, sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik.

Apabila sel darah merah tidak berfungsi seperti sediakala, maka mereka yang mengidap penyakit thalasemia biasanya akan mendapat penyakit anemia.
Apabila seseorang itu mengidap anemia, maka ia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

Seseorang yang mengidap thalasemia major selalunya mempunyai penyakit hemolitik (hasil daripada pembinasaan sel darah merah) yang berat.

Ini bermakna sel darah putih akan musnah dengan begitu pantas. Penyakit thalasemia major selalunya didiagnosis pada umur setahun.

Kesimpulannya, penyakit thalasemia merangkumi keadaan hemoglobin yang mengandung zat besi (Fe). Di mana, kerosakan sel darah merah pada pengidap thalasemia akan mengakibatkan zat besi tertinggal di dalam tubuh dan boleh merebak ke dalam organ tubuh seperti jantung dan lama kelamaan akan mengganggu fungsi organ lain sehingga organ terbabit menjadi lumpuh.

Oleh kerana penyakit thalasemia adalah penyakit keturunan, maka dalam diri seseorang yang mempunyai thalasemia, seorang atau kedua ibu bapa adalah positif terhadap penyakit itu.

Apabila seorang ibu bapa atau datuk nenek adalah positif, anak mungkin mempunyai thalasemia minor (sederhana). Apabila kedua-dua ibu bapa adalah positif, maka anak mereka juga akan mengidap thalasemia.

JENIS THALASEMIA

1. Thalasemia alpha (melibatkan rantai alpha)
2. Thalasemia beta (melibatkan rantai beta)

SIMPTOM PENYAKIT THALASEMIA

1. Letih dan pucat.
2. Limpa membesar.
3. Kecacatan tulang muka.
4. Hilang selera makan.
5. Jika kanak-kanak tumbesaran akan terbantut.
6. Sum-sum tulang gagal menghasilkan sel darah merah.
7. Jantung dan organ penting lain gagal berfungsi disebabkan kekurangan oksigen.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Biasanya, jika anda mengidap penyakit thalasemia dan anda mendapat rawatan di hospital, pihak doktor menyarankan supaya tubuh anda perlu dimasukkan darah penderma dua minggu atau sebulan sekali.

Tindakan memasukkan darah penderma bukan merupakan suatu terapi penyembuhan, namun ianya hanya bersifat membantu menambah darah sahaja.

Antara risiko memasukkan darah penderma ke dalam tubuh pesakit thalasemia ialah, ia boleh menyebabkan terkumpulnya zat besi berlebihan dalam tubuh pengidap thalasemia.

Apabila zat besi dalam tubuh berlebihan, ia boleh menyebabkan fungsi organ menjadi lemah sehingga hati dan limpa boleh membengkak.

Sebenarnya, zat besi memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripada paru-paru ke tisu seluruh tubuh.

Zat besi bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu tubuh yang memerlukan. Zat besi juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia, manakala jika zat besi berlebihan di dalam badan pula ia merupakan toksid.

Zat besi sebenarnya bersifat penghakis. Ia boleh mencederakan lapisan perut dan usus kecil sehingga berlaku pendarahan dan pembentukan kuping.

Zat besi yang dimakan secara berlebihan lalu diserap ke dalam saluran darah boleh merosakkan organ termasuklah jantung, hati dan otak.

Sebaliknya, di Pusat Perubatan Holistik ada penawar khusus untuk penyakit thalasemia. Di mana, ubat yang dibekalkan mampu menghasilkan hemoglobin yang normal dan mampu menguatkan fungsi organ serta mampu memperbaiki kerosakan DNA dan RNA.

Oleh kerana ubat di Pusat Perubatan Holistik mengandungi tenaga yang tinggi dan mampu menembusi sel-sel tubuh yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan atau herba biasa, maka dengan mengamalkan ubat elektronik, oksigen juga mampu sampai ke organ-organ pesakit thalasemia sehingga organ-organ terbabit berfungsi seperti sediakala.

Ubat yang kami bekalkan sangat juga sangat cepat bertindak sehingga setiap sel-sel dan urat saraf yang tersumpat dapat dibersihkan supaya oksigen dapat menembusinya.

Apabila sel-sel, imun sistem dan urat saraf berfungsi dengan baik, maka organ-organ tubuh juga dapat menghasilkan enzimnya secara semulajadi sehingga segala anasir luar dan kuman jahat dapat disingkirkan.

Kesimpulannya, mereka yang mengidap thalasemia digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya dapat melancarkan sistem peredaran darah.

Disamping itu, pengidap thalasemia digalakkan membuat rawatan ‘Live Auto-Nosode’ yang bertujuan memancarkan gelombang elektromagnetik secara langsung untuk memperbaiki sistem imun, menguatkan antibodi dan memperbaiki hemoglobin yang cacat dan rosak.

Oleh kerana penyakit thalasemia adalah penyakit keturunan dan warisan, jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, anda akan dibekalkan ubat yang dikenali sebagai “Genetic Cleansing’ yang berfungsi merawat dan mengelakkan penyakit keturunan.

Untuk rawatan secara online berkaitan masalah Thalasemia atau saraf sila klik di sini.