
Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban dalam kandungan al -Quran.
Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan tentang beberapa perkataan yang yang disebut oleh Al-Qur'an secara berulang kali:
1. Perkataan dunia=115 kali dan perkataan akhirat=115 kali.
1. Perkataan dunia=115 kali dan perkataan akhirat=115 kali.
2. Perkataan malaikat=88 kali dan perkataan syaitan=88 kali.
3. Perkataan kehidupan=145 kali dan perkataan kematian=145 kali.
4. Perkataan lelaki=24 kali dan perkataan perempuan=24 kali.
Manakala berulangan perkataan laut sebanyak 32 kali dan perkataan darat sebanyak 13 kali.Jika dicampurkan jumlah perkataan yang membawa maksud "lautan" dan "daratan", jumlahnya adalah 45 (32+13).
Jika di buat pengiraan mudah:
1. Lautan : 32/45x100= 71.111111111 %
2. Daratan : 13/45x100= 28.888888888%
Angka di atas adalah sama dengan pandangan ahli sains kini yang menyebut keluasan lautan sebanyak 70% dan daratan adalah 30 %. Inilah sebahagian dari keajaiban al-Quran yang berbentuk mukjizat.
4 MUTIARA BERHARGA
* Barang siapa reda dengan pemberian Allah, akan beroleh ketenangan, di dunia dan di akhirat.
- daripada Kitab Taurat
* Barang siapa yang dapat menghindari fitnah orang ramai, akan beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat.
- daripada Kitab Zabur
* Barang siapa mampu mengekang keinginan syahwatnya, akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
- daripada Kitab Injil.
* Barang siapa dapat menjaga lidahnya, akan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
- daripada Kitab Al-Quran.
.
TIP MENCARI JUZUK ALQURAN
.
TIP MENCARI JUZUK ALQURAN
Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.
Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.