INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 15 April 2011

KELEBIHAN MINYAK ZAITUN PHALESTINE


MINYAK ZAITUN PHALESTINE (500 ml)

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pokok zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pokok zaitun juga ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35. Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia. Hadis tentang minyak zaitun:

"Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan, kerana ia adalah dari pohon yang suci." Diriwayatkan oleh Hazrat Sayyed al-Ansari.

"Ada minyak zaitun, maka makanlah. Urut ke seluruh badan kerana ia berkesan untuk penyakit buasir." Diriwayatkan oleh Hazrat al-Qama bin Amir.

Pokok zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadis, setelah taufan Nabi Nuh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kali kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah dari pokok zaitun Phalestine yang berusia lebih 400 tahun berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½ inci ke 1 inci.

Biasanya ia dipek dan dipasarkan dalam bentuk minyak zaitun asli tanpa campuran bahan lain. Buah-buah zaitun akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen seperti minyak zaitun dari Phalestine daripada yang jernih dan bercampur dengan minyak kacang tanah seperti di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

TERDAPAT 3 JENIS MINYAK ZAITUN

EXTRA VIRGIN OLIVE OIL

Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.4-0.9 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan terdapat keladak (pati) di bahagian bawah. Ia sangat sesuai untuk dijadikan minyak urut dan rawatan pelbagai penyakit.

VIRGIN OLIVE OIL

Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

OLIVE OIL

Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.

RAWATAN PELBAGAI PENYAKIT

Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun (extra virgin) dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus. Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil minyak zaitun atau jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan.

Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Menurut sejarah, Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap.

Minyak zaitun (extra virgin) boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri-cirinya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku.

Kesimpulannya, minyak zaitun tulen (extra virgin) mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual.

Minyak zaitun (extra virgin) berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun juga boleh mengatas masalah sembelit. Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun (extra virgin) dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Menurut Ibnu al-Qayyim, minyak zaitun (extra virgin) adalah penyeri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal-gatal dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun (extra virgin) dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun (extra virgin) merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun (extra virgin) mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah.

Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun (extra virgin), penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun (extra virgin) mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal.

Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung. Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun (extra virgin) sebanyak tiga kali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun (extra virgin) telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun (extra virgin) menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun (extra virgin)  berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun (extra virgin)  di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun (extra virgin) dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen (extra virgin) yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai 'olea europea' ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, Phalestine dan Morocco.

Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maududi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.

Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun (extra virgin) mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.

Menurut Tarmizi dan Ibnu Majah, Nabi Muhamad S.A.W. bersabda,
"Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".

Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun (extra virgin) mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.

Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.

Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat didalamnya.

Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai.

Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan.

Di samping itu, minyak zaitun (extra virgin) dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan. Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat.

Namun begitu, pengambilan minyak zaitun (extra virgin) mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol’. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.

Oleh itu, pengambilan minyak zaitun (extra virgin) amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun (extra virgin) untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun (extra virgin) sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan.

Oleh kerana itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun (extra virgin) tidak dapat dinafikan lagi. Kelebihan minyak zaitun (extra virgin) boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai bahan masakan. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun (extra virgin) tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau.

Namun berbeza dengan minyak zaitun (extra virgin) kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun (extra virgin) , perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun (extra virgin) yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.

Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda,

"Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulit. Ia membantu mengubati tujuh puluh penyakit dan juga penyakit Juzam (kusta)."

Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah S.W.T. ke atas hamba-hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al-Quran, malah pakar-pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya. Minyak zaitun berkualiti tinggi, khasiat zaman berzaman dan berusia melebihi 6,000 tahun.

KEISTIMEWAAN MINYAK ZAITUN
.
1. Membantu memberi kesuburan kulit wajah.
2. Membantu mencegah keracunan.
3. Membantu sistem penghadaman.
4. Membantu menyingkir parasit pada usus.
5. Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur.
6. Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.
7. Mengandungi bahan anti penuaan.
8. Membantu menguatkan tenaga batin.
9. Membantu mengatasi kesan melecur dan parut.
10. Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit.
11. Membantu melegakan athritis dan sciatica.
12. Membantu menjauhkan kanser usus dan pelbagai kanser lain.
13. Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.
14. Membantu menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis.
15. Membantu mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone).
16. Membantu sistem penghadaman dan mengurangkan ulser perut.
17. Sebagai Antioksidan dan antikanser semulajadi.
18. Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak).
19. Membekalkan kanvitamin E.
20. Membantu mengekalkan kecantikan (kulit dan rambut).
21. Membantu menstabilan asid lemak.
22. Membekalkan pelbagai vitamin untuk antipenuaan.
23. Sebagai kegunaan masaj terapi.
24. Membekalkan omega 9.

PANCARAN GELOMBANG ELEKTROMAGNETIK

Kelebihan lain Minyak Zaitun Phalestine (Extra Virgin Olive Oil)  edaran kami adalah ianya dihasilkan melalui rawatan proses ‘Elektromagnetic Coding’ yang mengandungi lebih 5,000 ramuan penawar perubatan yang dikodkan sehingga tenaga asal diperkuat dan dipertingkat melebihi 1,000 kali ganda.
.
Minyak Zaitun Phalestine edaran kami juga telah dipancarkan dengan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang dikodkan sehingga molekul yang ada di dalam Minyak Zaitun Phalestine di susun secara digital bagi merangsang dan memperbaiki sistem organ yang meliputi sistem psikologi, saraf, tulang, perkumuhan, endokrin, pembiakan dan sistem otak manusia.
.
Proses 'Electro Cluster' menjadikan molekul Minyak Zaitun diubah menjadi susunan digital dan tenaga asal dipertingkatkan ribuan kali ganda (2,500 kali ganda dari sel darah dan 125,000 kali ganda dari nano) sehingga dapat menembusi sel-sel yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Proses ini mampu menangani sebarang jenis keadaan kritikal penyakit, semua jenis ketidakseimbangan dan kekurangan, mampu membantu mencegah serta melindungi sebelum sesuatu simptom penyakit itu muncul.

Antara keistimewaan Minyak Zaitun Phalestine yang telah dipancarkan ribuan penawar gelombang elektromagnetik:

1. Membantu meransang Central Nerve System secara semulajadi.
2. Membantu menguatkan fungsi organ.
3. Membantu meningkatkan sistem immunisasi tubuh secara semulajadi.
4. Membantu mengeluarkan toksik dan penyakit yang terpendam di dalam tubuh.
5. Membantu menembusi sel-sel halus yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.
5. Membantu menghidupkan semula stem sel tubuh.
6. Membantu memperbaiki kerosakan DNA sehingga susunan dan gelungan helix DNA disusun secara digital.
7. Membantu mengelakkan penyakit keturunan.  

CARA PENGAMBILAN

1. Mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya sesudu tiga kali sehari (pagi, tengahari dan malam).
2. Campurkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
3. Untuk menghilangkan parut bekas jerawat di muka, ratakan campuran dua sudu teh minyak zaitun pada muka, biarkan selama dua atau tiga jam dan kemudian barulah dicuci.
4. Untuk menghilangkan parut pada anggota lain di badan, ratakan campuran tiga sudu teh minyak zaitun pada anggota terlibat, biarkan selama dua jam,kemuadian barulah dicuci.
5. Jika boleh gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
6. Tambahkan dua sudu makan minyak zaitun ke dalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau atau udang). Kesemua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dalam badan.

Harga: RM140.00 (500 ml) yang boleh didapati di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif Kuala Terengganu termasuk postage.

Alamat agen Kuala Lumpur:

No. 30, GF, Pangsapuri 17 Tingkat, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru Kuala Lumpur
Tel: 017-2524607 Muhammad Faiz)

Untuk kiriman pos sila bank in ke akaun MAYBANK 113015132137 atas nama Zulkarnain Sulaiman dan Whatssapp atau Telegram bukti pembayaran ke no. 019-2504113  serta nama dan alamat lengkap.
.
Maklumat lanjut: 019-2504113