INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 5 Jun 2009

ANEMIA/LOW BLOOD PRESSURE


Anemia atau tekanan darah rendah adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah diantara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.

Sebab-sebab anaemia
2. Kehilangan darah (samada akut atau kronik)Kehilangan darah yang akut boleh dilihat semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gentian darah.
Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.

2. Pembentukan sel darah merah yang tidak mencukupi dari tulang sum-sum.Ini mungkin disebabkan oleh :
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pembesaran yang mendadak bagi remaja, menyebabkan penambahan keperluan zat besi dimana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan menyebabkan kekurangan zat besi.

§ Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kegagalan hati dan ginjal, ubatan.
§ Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
§ Serangan tulang sum-sum : kanser darah, penyakit tulang sum-sum.
§ Gangguan pembentukan sel darah merah: keadaan seperti Talasemia.
3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan.
Mungkin berlaku didalam beberapa jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis Anemia yang biasa berlaku ialah :

- Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Talasemia

Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya. Gejala-gejala termasuk:

- Keletihan setiap masa.
- Pening.
- Sesak nafas apabila melakukan atktiviti fizikal.
- Kulit pucat.
- Kadar denyutan jantung yang cepat.
- Kurang daya ingatan.
- Kurang berat badan.

Komplikasi
Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
- Kegagalan jantung dimana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada didalam kandungan.

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK

Antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem peredaran darahnya dalam keadaan normal. Biasanya bagi orang dewasa bacaan normal perjalanan darah ataupun paras hemoglobinnya ialah 120/80 mmHg. Manakala Anemia atau low Blood Pressure bermaksud tekanan darah rendah (peredaran darah berjalan agak perlahan). Contoh bacaan Anemia ataupun paras hemoglobinnya ialah 100/70 mmgh.

Darah adalah sistem pengangkutan yang sungguh efisien di dalam tubuh manusia. Setiap hari dianggarkan lebih 150 ribu kilometer darah mengalir ke seluruh tubuh manusia dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki. Antara fungsinya ialah membawa segala tenaga dan oksigen untuk disampaikan kepada setiap sel dan organ. Oleh itu, jika darah seorang pesakit itu mengalir dengan perlahan, maka tenaga dan oksigen juga akan lambat untuk sampai ke distinasinya. Akhirnya tubuh akan menjadi pucah, lemah dan tidak bermaya.

Biasanya, saya akan menyarankan kepada pesakit saya supaya meminum air 8 hingga 10 gelas sehari. Ini bertujuan supaya air yang kita minum dapat melancarkan peredaran darah dan dapat mengimbangi kadar asid dalam badan.

Oleh itu, setiap pesakit yang datang ke klinik saya untuk membuat pemeriksaan mereka perlu menjalani ujian paras hemoglobin terlebih dahulu. Antara peralatan yang digunakan ialah Spygmomanometer dan stethoscope. Ianya bersifat manual, namun sangat berkesan dan efisien. Malahan peralatan ini masih digunakan di setiap hospital dan klinik di seluruh dunia sehingga kini. Manakala peralatan tekanan darah yang bersifat digital, kurang berkesan kerana bacaan pertama dengan kali kedua tidak sama.

Anemia atau Low Blood Pressure mempunyai pelbagai jenis. Antaranya, kekurangan pengeluaran darah merah kerana disebabkan oleh kurangnya zat ferum, vitamin B12 dan folate (Folic acid) di dalam badan. Manakala tanda orang yang menghidap anemia pula ialah cepat berasa letih, pucat dan kurang bermaya sehingga menjejaskan fungsi jantung. Di mana, kadang-kadang jantung berdenyut dengan perlahan dan kadang-kadang berdenyut dengan cepat sehingga penghidap penyakit Anemia mudah berdebar-debar.

Natijahnya, Jika anda memiliki tekanan darah rendah, saya menasihatkan supaya anda membuat pemeriksaan segera terutama di klinik Perubatan Elektronik. Kami di Kumpulan Perubatan Elektronik dapat membantu anda melancarkan perjalanan darah anda dengan cara mengambil specimen DNA tubuh anda, melakukan Life Auto-Nosode dan seterusnya membekalkan anda ubat elektronik untuk dimakan tiga kali sehari.

Anda disarankan memakan ubat elektronik tiga kali sehari kerana tenaga penawar elektromagnetik yang dibekalkan akan aktif dan berfungsi selama 8 jam. Oleh itu, sebelum ianya menjadi lemah, anda dikehendaki makan ubat kali kedua untuk 8 jam berikutnya dan seterusnya anda dikehendaki makan ubat kali ketiga untuk 8 jam seterusnya. sebaik-baiknya anda perlu makan ubat elektronik di waktu pagi, tengahari dan malam. Sebab itu, jika anda membuat pemeriksaan di klinik saya, tertera di sticker ubat yang berbunyi 'makan 1 biji 3 kali sehari'.

Untuk rawatan online sila klik di sini.