INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 7 Februari 2010

ACNE/JERAWAT




Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka kerana ia adalah antara kulit yang sangat sensitif dan sering terdedah dengan abuk dan persekitaran yang tercemar. Jerawat juga boleh tumbuh di belakang badan dan dada.

Biasanya, jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Apabila terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak) sehingga menyebabkan bakteria dan anasir luar bersarang serta membiak sehingga menghasilkan nanah pada jerawat.

Bila penyumbatan sebum itu terdapat di bawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.

Apabila berlaku Jerawat terutama di muka bentuknya memang tidak sedap dipandang dan mengganggu emosi sehingga membuatkan seseorang itu merasa malu berhadapan dengan orang ramai.

PUNCA JERAWAT

Jerawat biasanya timbul dan terjadi kerana:

1. Adanya sumbatan lapisan kulit mati pada pori-pori sehingga menyebabkan jangkitan kuman.

2. Kelenjar minyak yang dikeluarkan terlalu berlebihan.

3. Kerana faktor genetik (keturunan).

4. Faktor perubahan pelbagai hormon terutama hormon seks.

5. Adanya iritasi kulit.

6. Gaya hidup yang stres.

8. Saraf pori-pori kulit yang tersumbat.

9. Bakteria yang dikenali sebagai propionibacterium mula membiak.

10. Ubat-ubatan tertentu yang mengandungi dadah dan steroid.

10. Penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia.

CARA MEMBERSIHKAN JERAWAT DI MUKA

1. SERING MEMBERSIHKAN MUKA DENGAN CARA YANG BETUL

Bersihkan muka anda sekerap mungkin sehingga membuatkannya bersih dan berseri. Kenali jenis kulit anda sebelum memilih sabun dan pembersih muka. Sering membersihkan muka dengan air yang beralkali sangat baik sekali terutama setelah keluar dan melalui kawasan yang berdebu.

Untuk membersihkan muka ada baiknya memilih sabun, losyen atau pencuci muka yang tidak mengandungi bahan kimia. Jika boleh gunakan pengelap muka buang pakai dan elakkan mengelapnya menggunakan sapu tangan lama.

Elakkan memicit jerawat dengan jari kerana jerawat amat sensitif terhadap kuku apatah lagi jika kuku seseorang itu panjang. Seeloknya biarkanlah ia pecah sendiri dan bersihkan dengan air alkali.

2. GAYA HIDUP YANG SIHAT
Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Perbanyakkanlah meminum air alkali seperti Air ECPI. Elakkan memakan makanan berlemah terutama makanan yang mengandung banyak minyak, banyak pengawet, ajinomoto, MSG dan sebagainya.

Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak dan bahan kimia.

KEDUDUKAN JERAWAT DAN INFO KESIHATAN

JERAWAT DI DAHI
Jerawat di dahi berkemungkinan suhu badan melampau dan peredaran darah kurang baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dan stres. Biasanya mereka yang mempunyai jerawat di dahi sering beremosi dan panas baran.

JERAWAT DI HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Berjerawat di hujung hidung berkemungkinan sistem penghazaman tidak lawas. Manakala berjerawat di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.

JERAWAT DAGU
Jerawat di dagu berkemungkinan fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) agak lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu yang berkemungkinan berpunca daripada haid yangg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

JERAWAT DI PIPI KIRI
Jerawat di pipi kiri berkemungkinan fungsi hati kurang baik dan berkemungkinan mengalami tekanan darah rendah serta sistem pengaliran darah yang tidak lancar.

JERAWAT DI PIPI KANAN
Jerawat di pipi kanan berkemungkinan fungsi paru-paru tidak normal sehingga boleh menyebabkan penyakit resdung dan lelah.

JERAWAT DI BELAKANG ATAU DEPAN BADAN
Jerawat di belakang atau di depan badan berkemungkinan sistem perkumuhan dan sistem usus tersumbat sehingga boleh menyebabkan sembelit.

JENIS JERAWAT
Acne vulgaris
Jerawat yang biasa di alami apabila seorang telah mencapai akil baligh.

Acne rosacea
Bintik kecil berwarna merah yang muncul di muka.

Acne keloidalis nuchae
Ruam atau bintik yang muncul disebabkan bercukur.

Acne conglobata (Hidradenitis suppurativa)
Jerawaat yang menimbulkan bengkak bernanah yang tumbuh di punggung, bawah lengan, celah kelengkang atau dibawah payu dara wanita.

Acne cosmeticaJerawat yang timbul disebabkan mekap.

Acne fulminans
Jerawat jenis conglobata yang teruk.

Acne medicamentosa
Jerawat yang tumbuh disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Baby acne
Ruam yang kelihatan di pipi atau dagu atau atas kepala bagi bayi yang menyusu.

ChloracneJerawat yang tumbuh disebabkan terdedah kepada klorin hidroncarbon seperti dioxin atau pcb.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Walaupun setiap orang berbeza, jerawat selalunya berpunca daripada kumpulan minyak dan kulit mati dalam liang roma kulit. Ini disebabkan oleh pelbagai hormon terutama hormon seks yang dikenali sebagi androgen yang bermula diperingkat akil baligh.

Oleh kerana itulah, maka majoriti golongan yang menghadapi masalah ini adalah remaja. Hormon-hormonlah yang bertanggungjawab untuk kemunculan jerawat semasa datang haid dan semasa mengandung.

Apabila kelenjar sebum dirangsang oleh androgen, ia akan mengeluarkan sebum tambahan. Dalam perjalanannya melalui folikel sehingga ke permukaan, sebum bercampur bersama bakteria kulit biasa dan sel-sel kulit mati yang telah dipunggah dari pelapik folikel. Sementara proses ini adalah normal, kehadiran sebum berlebihan dalam folikel meningkatkan peluang penyumbatan liang roma dan jerawat.

Tekanan perasaan juga boleh menyebebkan jerawat, kerana apabila seseorang itu stres boleh menyebabkan pengeluaran hormon, seperti kortisol yang boleh memburukkan jerawat.

Ketika seseorang itu stres, akan berlaku perubahan hormon, di mana tubuh badan merangsangkan kelenjar-kelenjar minyak kulit untuk membesar sehingga merembeskan lebih minyak yang menyebabkan bintik-bintik putih, bintik-bintik hitam dan jerawat.

Untuk mengelakkan jerawat, elakkan bersolek terlalu tebal dan berminyak. Dengan solekan yang tebal akan menutup liang-liang roma dan solekan berminyak pula akan meningkatkan minyak pada kulit, di mana akan memburukkan lagi keadaan jika sedang mengalami masalah kulit berminyak. Kosmetik, terutama pelembap-pelembap tertentu, bedak asas dan pomades mengandungi lanolin, petrolatum, minyak sayuran, butil stearat, lauryl alkohol dan asid oleik.

Vitamin pula kebanyakannya bersifat sintetik dan bukan semulajadi. Walaupun ianya baik untuk badan anda tetapi lebihan vitamin-vitamin B1, B6 dan B12 boleh menyebabkan jerawat. Vitamin-vitamin ini baik untuk kulit, tetapi elakkan penggunaan yang berlebihan.

Antara punca muka berjerawat ialah mereka yang sebelumnya pernah mengalami resdung, sakit kepala, sembelit, haid tidak lawas dan keputihan.

Jika anda mengalami jerawat yang teruk dan membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, biasanya kami akan membekalkan anda ubat-ubatan yang mampu memperbaiki sistem perkumuhan terutama ubat yang mampu membersihkan usus sehingga segala kuman-kuman jerawat dapat disingkirkan melalui sistem pembuangan air besar.

Bagi wanita pula, kami akan membekalkan ubat yang membantu mengatasi masalah keputihan dan haid yang tidak lawas.

Antara spesimen yang perlu kami ambil ialah rambut, darah, air liur dan urin supaya kami dapat mengkodkan gelombang penyakit anda dan seterusknya memusnahkan gelombang penyakit asal.

Disamping itu, kami akan melakukan terapi ‘Live Auto-Nosode’ supaya peralatan kami yang dikenali sebagai OPAMP MACHINE dapat memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke tubuh anda supaya kerosakan DNA anda dapat dipulihkan dengan segera.

Kesimpulannya, Perubatan Holistik sangat sesuai terhadap penyakit seperti jerawat, kudis, kulat dan pelbagai penyakit kulit.

Untuk rawatan Holistik secara online sila klik di sini.