INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 21 Disember 2011

HIKMAH SENTIASA BERWUDUK

Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang ahli neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

.
Antaranya, pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan dan kaki.

.
Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini beliau menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah beliau mencadangkan agar wuduk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang tersebut seolah-olah memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya, Leopold memeluk agama Islam dan menggantikan namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga sering menjelaskan tentang hikmah berwuduk sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air ketika berwuduk seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Oleh itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah berwuduk bahawa anggota badan yang dibasuh air wuduk itu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang dan dilakukan oleh tangan dan kaki kita terutama deria pancaindera.

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru dilihat oleh  mata, apa sahaj yang didengar oleh telinga dan apa saja yang dicium oleh hidung dan ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam berwuduk ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wuduk disebutkan dalam ayat Al-Maidah : Ayat 6, adalah muka, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa air berwuduk mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan dan kaki sehingga yang berkaitan bersih dari dosa dan nista.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wuduk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai ke titisan terakhir dari air wuduk.  (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam termasuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti tayammum dan mandi junub. Tidak disebutkan di dalam Bab al-Nazhafah (pembersihan secara fizikal). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wuduknya.

Yang paling penting dari berwuduk ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.
.
Oleh itu, untuk menjaga kesihatan dan keimanan kita marilah kita sama-sama sentiasa berwuduk walaupun di mana jua kita berada.