INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 15 Februari 2012

PENYAKIT ACL


Anterior Cruciate Ligament (ACL) adalah urat di dalam sendi yang menjaga kestabilan sendi lutut. Cedera ACL sering terjadi kepada olah raga high-impact, seperti pemain bola sepak, futsal, tenis, badminton, bola tampar dan olah raga mempertahankan diri.
.
Pada umumnya ACL boleh tercedera pada keadaan ketika seseorang itu sedang berlari  dan berhenti secara mendadak sehingga menyebabkan lutut tercedera.

Ketika lutut  tercedera biasanya pesakit akan mendengar suara seperti ada yang patah dalam sendi seperti bunyi ‘pop’ atau bunyi sesuatu yang direntap. Saat itu, tiba-tiba pesakit merasa seperti 'kehilangan tenaga' dan terus  tersungkur jatuh. Kadang-kadang setelah beberapa ketika, pesakit dapat berjalan kembali dalam keadaan berdencut, sehingga sendi lutut sukar  digerakkan karena terlalu pedih serta diikuti dengan bengkak.

Sakit lutut bukanlah perkara asing kepada wanita. Malah hakikatnya, wanita aktif mendapat dua kali ganda sakit lutut sama seperti lelaki. Sendi lutut adalah sendi yang terdiri daripada tiga tulang femur (tulang paha), tibia (salah satu tulang yang bersendi dengan lutut dan tulang pergerakan kaki) dan meniskus.

Penghujung pada setiap tiga tulang-tulang ini diselaputi dengan rawan yang dikenali sebagai meniskus. Rawan dan meniskus dihasilkan daripada bahan elastik dan kuat yang membantu menyerap kejutan dan membenarkan sendi lutut untuk bergerak dengan lancar.

 OTOT LUTUT

Dua kumpulan otot iaitu otot kuadriseps pada bahagian hadapan dan otot hamstring di sepanjang bahagian belakang membenarkan lutut untuk bergerak. Tendon kuadriseps menyambungkan otot kuadriseps kepada tempurung lutut. Ligamen kolateral medial (MCL), Ligamen kolateral lateral (LCL), dan ligamen arterior (hadapan) dan posterior Qelakang) adalah antara beberapa ligament yang menyambung tulang dan menyediakan kestabilan.

Sebarang bahagian sendi ini boleh mengalami kecederaan. Lutut biasa mengalami terlebih tekanan, bukan hanya daripada sukan berimpak tinggi, tetapi daripada aktiviti harian seperti mencangkung, membongkok, melutut dan memanjat tangga. Lutut membengkok berpusing dan kadangkala terhantuk semasa bersukan.

Keadaan perubatan, seperti artritis, boleh menyebabkan sakit lutut. Tetapi kecederaan lutut yang biasanya berlaku pada orang muda melibatkan hentakan secara tiba-tiba selepas melompat. Satu hentakan terhadap kawasan yang sesuai boleh mengoyakkan rawan dan menyebabkan beberapa ligament terseliuh. Lelaki, wanita dan kanak-kanak boleh mengalami masalah lutut. Keadaan ini berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan latar belakang etnik.

PENYEBAB SAKIT LUTUT

1- Pergerakan tiba-tiba atau pukulan yang meregangkan lutut.
2 - Osteoarthritis pada lutut, akibat daripada penggunaan kerap bahagian tersebut.
3 - Masalah keradangan lutut boleh juga disebabkan oleh penyakit reumatik tertentu seperti rheumatoid artritis dan systemik lupus arythernatosus. Penyakit ini menyebabkan pembengkakan yang boleh merosakkar lutut secara kekal.

 JENIS SAKIT LUTUT
1. Artritis Pada Lutut
Jenis artritis pada lutut yang biasa adalah osteoartritis. Dalam penyakit ini, rawan pada lutut akan beransur-ansur digunakan.
2. Pheumatoid Artritis
Rheumatoid arthritis merupakan satu lagi jenis arthritis yang memberi kesan pada lutut. Dalam rheumatoid arthritis, lutut menjadi radang dan rawan boleh rosak.
3. Penyakit Dan Kecederaan Kartilaj (rawan)
Condromalacia berlaku apabila rawan pada tempurung lutut melembut. Ini boleh disebabkan oleh kecederaan, penggunaan berlebihan atau kelemahan otot, atau jika bahagian telah lari kesejajarannya.
4. Kecederaan Ligamen
Dua jenis kecederaan ligamen pada lutut termasuklah anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL). Selalunya keadaan ini berlaku pada ahli sukan.
5. Penyakit Dan Kecederoon Tendon
Tiga jenis penyakit dan kecederaan tendon adalah:

• Tendinitis dan tendon terpecah
• Penyakit Osgood- Schalatter
 • Sindrom lliotibial band.
.
KECEDERAAN LUTUT

LIGAMEN kruciate hadapan (ACL) terputus adalah sejenis kecederaan sendi lutut di mana ACL terkoyak atau tercedera. ACL adalah salah satu dari empat ligamen penting yang memberi kestabilan kepada sendi lutut.

Ligamen lain adalah ligamen kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut.
.
Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu.
Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha.


Sebab itulah kedua dua ligamen kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut.

Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil.

GEJALA KECEDERAAN ACL
.
1.       Semasa berlaku kecederaan bunyi “POP” atau bunyi benda direntap boleh didengar dari sendi lutut tersebut.
2.       Lutut terasa longgar dan hilang kawalan, kemudian lutut boleh membengkak.
3.       ACL terputus selalunya menyebabkan sakit yang teramat sangat dan serta merta selepas berlakunya kecederaan.
4.       Lutut membengkak selalunya berlaku serta merta dan nyata, tetapi boleh juga bengkak terjadi perlahan-lahan dan sedikit saja.
5.       Lutut yang tercedera selalunya mempunyai pergerakan yang terhad terutama bila hendak meluruskan kaki kerana sendi lutut tidak dapat diluruskan sepenuhnya.
6.       Lutut yang tercedera selalunya berasa sakit bila sekeliling sendi ditekan dengan jari.
7.       Tanda positif bila dilakukan pemeriksaan klinikal ujian “Anterior Drawer” dan ujian "Lachman’s”.
8.       Sekiranya terdapat kecederaan tulang rawan dan meniskus selalunya permukaan sendi berasa sakit bila ditekan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

ACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat.
.
ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bersukan. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL.

Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan.
Pembedahan bukanlah jalan penyelesaian untuk penyakit ACL atau MCL kerana kosnya juga sangat mahal. Kos pembedahan ACL di hospital kerajaan sekitar RM5,000.00 hingga RM6,00.00 manakala kos hospital swasta pula sekitar  RM 20,000.00 hingga RM30,000.00.
Oleh itu, jika anda di diagnos sebagai pesakit ACL atau MCL, kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif mempunyai rawatan khusus yang membolehkan pesakit ACL atau MCL dapat bergerak bebas seperti sediakala.

Biasanya, jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, kami akan mengambil sampel DNA anda seperti rambut dan air liur supaya kami dapat mengekstrakkan DNA anda yang berpenyakit menggunakan Machine teknologi German sehingga ia menjadi penawar gelombang yang akan ditransferkan ke dalam ubat tablet atau air yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Penawar gelombang elektromagnetik yang dimemori atau ditransferkan ke dalam ubatan yang dibekalkan sangat halus (2,500 kali ganda sel darah dan 25,000 kali ganda sel nano) sehingga ia dapat menembusi sel-sel lutut yang tidak dapat ditembusi oleh herba dan ubatan biasa.
Manakala rawatan terapi DNA (dengan memancarkan penawar gelombang elektromagnetik secara langsung ke dalam tubuh) pula sungguh berkesan terhadap pesakit ACL dan MCL.

Antara fungsi ubatan yang telah dipancarkan dengan penawar gelombang elektromagnetik ialah:
1.       Membantu merawat kecederaan tendon dan ligamen.
2.       Membantu menghilangkan kesakitan sendi.
3.       Membantu memeperbaiki sendi dan rawan yang rosak
4.       Membantu merawat  keradangan sendi.
5.       Membantu mempercepatkan  pembentukan rawan sendi.

Natijahnya, Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk penyakit ACL, MCL, sakit sendi, Arthriti, Osteo dan penyakit berkaitan tulang.

Selamat mencuba semoga anda menemui penawar yang dicari selama ini.

Untuk rawatan online berkaitan ACL sila klik di sini.