INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Jumaat, 13 November 2009

BUASIR DALAMAN DAN LUARAN







Haemoroids atau buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membengkak ia akan mengganggu fungsi usus dan sistem penghadaman sehingga ia boleh menyebabkan terasa sakit, perit, gatal dan berdarah.

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum sehingga menyebabkan dinding vena darah teregang atau membonjol sehingga ia boleh pecah terutamanya sewaktu meneran.


JENIS BUASIR
BUASIR DALAMAN
Biasanya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi apabila berlaku sembelit dan seseorang itu meneran ketika membuang air besar, ia boleh mencederakan permukaan buasir atau usus dan menyebabkannya berdarah.


BUASIR LUARAN
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di kawasan dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus) sehingga bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


PENYEBAB BUASIR
• Duduk tidak sempurna dan terlalu lama
• Meneran ketika membuang air besar
• Cirit-birit
• Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
• Batuk teruk dan berpanjangan
• Bersalin
• Mengangkat benda berat


SARANAN MENGELAK DARI BUASIR
• Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, anda dikehendaki duduk dengan posisi yang betul, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

• Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

• Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

• Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

• Minum air mineral sebanyak mungkin.


TIP BERSAHABAT DENGAN AIR
Air merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan. Lebih kurang 70% tubuh manusia terdiri dari air. Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%.

Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air dalam tempoh beberapa hari menyebabkan tubuh menghadapi masalah hidrasi (kekeringan kulit) dan akan mati dalam beberapa hari sahaja.


ANTARA FUNGSI AIR
1. Menggerakkan fungsi tubuh.
Air memainkan peranan penting bagi merangsang proses bioligikal dan kimia yang berada dalam badan manusia. Tanpa air, darah tidak akan mengalir, oksigen dan zat tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan kebanyakan organ badan tidak akan berfungsi.

2. Menjalankan proses detoksifikasi (membuang toksin dan sisa).
Setiap hari badan kita terdedah kepada unsur toksin sseperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan racun, pengawetan dan pewarna tiruan dalam pemprosesan makanan dan minuman. Kebanyakan penyakit berpunca disebabkan oleh pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.

3. Menghalang dehidrasi dan penyakit.
Kekurangan air adalah punca kepada semua penyakit seperti jerawat, masalah penghadaman, sengal sendi, kegemukan, masalah jantung, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan semua jenis kanser. Tanda awal kekurangan air seperti bibir kering, keletihan, sering pening, sukar tidur dan kurang kecergasan mental.


SARANAN BERSAHABAT DENGAN AIR
1. Sediakan air mineral dalam gelas besar di atas meja kerja.
2. Bawalah air mineral dalam botol ketika meninggalkan rumah. Ini untuk memastikan anda tidak tertarik untuk minum minuman lain yang bergas dan berkafein.
3. Ingatlah bahawa air mineral mempunyai keistimewaan untuk membuatkan nafsu makan anda berkurangan. Oleh itu, minuman jenis ini amat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk menurunkan badan.
4. Minumlah segelas air mineral selepas makan atau mengunyah makanan.
5. Sesekali cuba campurkan air minuman anda dengan perahan limau nipis atau lemon beserta sirap untuk membangkitkan selera.
6. Biasakan minum air mineral setelah anda bangun dari tidur terutama bagi mereka yang merokok.
7. Percaya atau tidak, satu kajian daripada University Aberdeen di Scotland mendapati bahawa kekurangan meminum air putih (air tapisan) akan memberi kesan negatif kepada kehidupan seksual anda.

Ini disebabkan kandungan peluh yang dirembeskan keluar ketika anda melakukan hubungan asmara selama 30 minit adalah bersamaan dengan larian berjarak 5 kilometer atau mendaki 70 anak tangga. Jadi, bagi memastikan stamina terjaga minumlah air mineral sebanyak mungkin.


TIP KESIHATAN
1. Elakkan makan makanan yang mengandungi banyak garam dan lemak binatang. Ini adalah kerana ia akan menyekat arteri darah dan menyebabkan darah tinggi.
2. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang rendah lemak dan mempunyai kandungan fiber yang tinggi.
3. Ikutlah cara diet yang sebenar dengan mengurangkan mengambil makanan yang berlemak, berminyak seperti makanan bergoreng, kacang tanah, durian, kuning telur, kelapa, daging, bahan makanan berjeruk, mentega dan sejenisnya secara konsisten.
4. Memperbanyakkan pengambilan makanan beserta (sayur dan buah), mengurangkan makanan manis dan berkarbohidrat tinggi. Kekurangan serat dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan sakit jantung akibat kolesterol yang tinggi. Ia juga mengakibatkan sukar membuang air besar yang akhirnya menyebabkan usus tersumbat dan pembengkakan pada usus.


MENGESAN KEADAAN USUS
Seseorang boleh mengetahui keadaan saluran usus dan kesihatan individu dengan melihat bentuk najis.

WARNA
Najis yang berwarna kuning menandakan seseorang itu sihat. Warna najis yang berwarna gelap menunjukkan saluran usus seseorang itu semakin uzur.

BAU
Bau najis yang busuk masam, busuk hangus atau busuk reput menandakan saluran usus seseorang itu semakin bermasalah.

BENTUK
Najis yang berbentuk panjang dengan diameter lebih kurang 2 ~ 3cm adalah paling normal. Najis yang lembut atau berbentuk butiran seperti najis arnab menunjukkan usus semakin uzur.

KUANTITI NAJIS
Kuantiti najis setiap kali ialah 2 ~ 3 batang, lebih kurang 100 ~ 300g. Jangan terlalu banyak atau terlalu sikit.

KEKERASAN
Najis mengandungi lebih kurang 75% ~ 80% air. Ia dapat dikeluarkan tanpa tekanan. Jika najis terlalu keras dan sukar dikeluarkan atau berbentuk cecair, ini menunjukkan ketidaknormalan fungsi usus. Pada ketika itu, fibre diet mesti dimakan untuk memulihkan kesihatan saluran usus. Apabila saluran usus menjadi uzur, daya imuniti turut merosot di mana kita mudah menghidapi penyakit.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Biasanya mereka yang mengalami buasir sukar untuk membuang air besar terutama di sebelah pagi. Antara tanda seseorang itu sihat ialah apabila sistem perkumuhan tubuh berfungsi dengan efisien.

Orang yang sihat pasti membuang air besar sekurang-kurangnya sehari dalam sehari terutama di sebelah pagi. Oleh itu, anda dikehendaki meminum air mineral selepas bangunn tidur kerana ia akan memudahkan anda membuang segala kotoran dan toksik yang ada di dalam badan.

Toksik, asid dan segala kekotoran akan dikeluarkan melalui sistem perkumuhan tubuh seperti pembuangan air besar, pembuangan air kecil dan peluh.

Jika anda mengidap buasir dan membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, pihak kami akan mengambil specimen DNA anda supaya ubat gelombang elektromagnetik dapat membersih dan melicinkan usus, memperbaiki fungsi usus dan mengecutkan pebengkakan di bahagian rektum supaya segala najis dan penyakit dapat dikeluarkan dengan seberapa segera.

Biasanya, mereka yang mengalami buasir dalaman dan mengamalkan Perubatan Holistik, akan keluar sedikit lendir ketika membuang air besar.

Anda tidak perlu gusar kerana ia adalah salah satu proses penyembuhan dan ia hanya bersifat sementara. Setelah buasir dalaman sembuh, najis anda akan keluar seperti biasa.

Perubatan Holistik sangat sesuai untuk pesakit buasir dalaman dan luaran kerana ia bukan hanya berfungsi menguatkan sistem penghadaman, bahkan ia berfungsi melawaskan sistem perkumuhan.

Di samping itu, Perubatan Holistik juga bertindak laksana scanner yang berfungsi mengesan segala penyakit lama dan baru.

Natijahnya, rawatan di Pusat Perubatan Holistik sangat sesuai untuk pesakit berkaitan penghadaman seperti sembelit, usus tersumbat, kanser usus, gastrik, buasir dan ependiks.

Untuk rawatan Perubatan Holistik secara online sila klik di sini.