INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 3 September 2011

KELEBIHAN MEMAKAI CINCIN


CINCIN AQIQ
BATU FAIRUZ
Adalah menjadi suatu sunat muakkad untuk para lelaki dan wanita kaum muslim memakai cincin di tangan kanan. Sebagai seorang Islam ia akan dikenali menerusi beberapa saranan yang disarankan oleh rasulullah. Antaranya, memakai cincin di tangan kanan, solat fardhu tepat pada waktunya, memberi zakat serta amal makruf nahi mungkar.

Sebuah hadis dari Salman al-Farisi menyatakan bahawa Nabi Muhammad telah meminta Saidina Ali memakai cincin di tangan kanan, supaya beliau tergolong dalam golongan Muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah S.W.T.).
.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakah golongan muqarrabin itu, yang mana Rasulullah menjawab Malaikat Jibril dan Mikael.

Kemudian Saidina Ali bertanya lagi, tentang batu apa yang beliau perlu pakaikan bersama cincin tersebut. Rasulullah S.A.W. menjawab agar dipakai batu Aqiq, kerana batu ini telah menerima ketauhidan Allah s.W.T., kenabian Rasulullah S.A.W. dan wkepimpinan Saidina Ali.

Imam Ali ar-Ridha (salah seorang wali dari keturunan Rasulullah S.A.W. pernah ditanya tentang mengapa Saidina Ali memakai cincin di tangan kanannya.

Imam Ali ar-Ridha menjawab, ia adalah kerana beliau adalah antara ketua bagi golongan Ashabi Yamin, iaitu orang yang buku amalannya akan diberikan di tangan kanan. Tambah beliau lagi, Rasulullah S.A.W. sendiri memakai cincin di tangan kanan.

Imam Jaafar as-Sadiq telah menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. sering memakai cincin di jari pertamanya dan melarang pemakaian cincin di jari tengah. Cincin juga patut berada di posisi hujung jari, di mana ia bersambung dengan telapak tangan. Bacalah doa ini ketika menyarungkan cincin, “Ya Allah, jadikanlah aku dikenali melalui tanda keimanan ini. Jadikanlah kesudahanku dalam keadaan baik dan pengakhiranku juga dalam keadaan baik walaupun berada di dunia mendatang (yang berkekalan).”

Antara amalan sunnah ialah mengenakan cincin perak bagi lelaki. Kerana memakai cincin emas adalah haram bagi lelaki. Memakai cincin besi dan tembaga pula adalah makruh bagi lelaki dan perempuan. Oleh itu, mengikut kata-kata Imam Jaafar as-Sadiq, Rasulullah S.A.W. meminta agar tidak dipakai cincin besi ketika bersolat.

BEBERAPA JENIS BATU

BATU AQIQ

Imam Muhammad al-Jawad mengatakan bahawa Aqiq menghalang kefakiran dan menghilangkan kekeliruan di dalam hati.

Imam As-Sadiq berkata, aqiq membawa keselamatan ketika bermusafir.

Imam Muhammad al-Baqir berkata, sesiapa yang mempunyai cincin Aqiq, memusingkannya ke arah telapak tangan, melihat ke arahnya lalu membaca Surah al-Qadar, lalu Allah S.W.T. akan melindungi pemakainya seharian dari segala masalah samada dari langit mahupun di bumi.

Salah satu dari adab bersolat ialah dengan memakai cincin Fairuz atau Aqiq. Telah diriwayatkan bahawa Allah S.W.T. berfirman:
“Aku berasa malu untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq atau Fairuz di jarinya.”
.
Imam Jaafar as-Sadiq berkata, aqiq memastikan keselamatan seseorang sewaktu bermusafir.

Jika seorang Muslim memakai mana-mana salah satu dari 3 jenis Aqiq, antara khasiatnya ialah bertambah rezekinya dan dilindungi dari semua nasib malang, bahaya, kemalangan dan bencana. Ia juga akan melindungi dalam keadaan ketakutan, seperti ketika berhadapan dengan pemimpun zalim.


BATU YAKUT (delima merah)

Imam Muhammad al-Jawad berkata, batu Yakut menghilangkan kerisauan. Imam Ali ar-Ridha juga menambah bahawa batu Yakut memudahkan kesukaran.
BATU FAIRUZ

Imam Jaafar as-Sadiq menyatakan bahawa barangsiapa yang memakai cincin Fairuz, tidak akan mengharap pada makhluq lain.

Seseorang menziarah Imam Ali ar-Ridha dan mendapati beliau mengenakan cincin Fairuz yang terukir 'Lilla hil mulk,' Allah Tuhan segala kerajaan (3:189). Apabila orang itu terus memerhatikan, Imam bertanya samada beliau dapat mengenali ukiran itu. Orang itu menjawab tidak. Lalu Imam menerangkan bahawa Jibril telah menurunkan cincin ini kepada Rasulullah S.A.W. sebagai hadiah dari syurga dan sejak dari baginda, ia telah menjadi warisan turun temurun di tangan para keturunannya yang terpilih.

Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa Allah S.W.T. mendapati sangat sukar untuk menolak doa orang yang memakai cincin Aqiq dan Fairuz di jari mereka.
BATU DUR NAJAF DAN HADID SHIN

Durr Najaf

Imam Jaafar as-Sadiq berkata, walaupun sekadar memandang batu Dur Najaf membuatkan hati setiap mukmin gembira dan menghilangkan kesakitan di mata mereka. Beliau turut menyarankan supaya setiap orang Islam memiliki 5 buah cincin. Cincin yang pertama ialah yakut. Yang kedua ialah Aqiq, batu yang ketiga ialah Fairuz, yang membantu menguatkan mata, meluaskan dada dan menguatkan hati. Mana-mana mukmin yang melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan Fairuz di jarinya, maka pekerjaan itu pasti lancar. Cincin yang keempat ialah cincin Hadid Shin, tetapi bukan selalu. Ianya dipakai hanya jika seseorang itu merasa takut akan sesuatu, ia akan menjauhkan syaitan, menghilangkan rasa takut, juga dipakai ketika peperangan. Batu kelima ialah Durr Najaf.

BATU JED

Imam Ali ar-Ridha berkata batu Zajerbad (jed) memudahkan kesukaran dan menukarkan kemiskinan kepada kekayaan dan barang siapa yang mengenakan cincin delima kuning (Syarafus Syam) tidak akan menjadi miskin.
.
Diambil dari “Tahdhib ul Islam” – P.E.T Publications

Saidina Ali kerap memakai 4 cincin di tangannya, iaitu Yakut untuk kecantikan dan kemuliaan, Fairuz untuk bantuan langit dan kejayaan, Hadid Shin untuk kekuatan dan Aqiq untuk melindungi dirinya dari musuh serta nasib malang.

Oleh itu, tanyalah diri kita, adakah kita mempunyai simbol keimanan ini?  Wallahualam.