INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 28 Mei 2009

SINUSITIS


Resdung merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik.

Oleh yang demikian, ia akan dipenuhi oleh rembesan. Biasanya, rerambut kecil dalam sinus yang dikenali sebagai silia akan menolak mukus keluar dari sinus ke dalam hidung. Apabila kerosakan berlaku pada fungsi silia atau bukaan yang terletak di antara sinus dengan laluan hidung tersumbat, anda akan mendapat sinusitis.

Selalunya, sinusitis disebabkan oleh jangkitan bakteria yang berakhir dalam beberapa hari. Kadang-kadang ia bermula dengan jangkitan virus yang mencetuskan selesema dan menyebabkan berlakunya kesesakan dalam sinus yang akhirnya membawa kepada jangkitan sinus oleh kuman bakteria. Sinusitis jenis ini dikenali sebagai sinusitis akut.

Manakala sinusitis kronik pula ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku berterusan sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun. Jika anda sering diserang sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan sehingga lebih tiga bulan, ia mungkin merupakan sinusitis kronik.
Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk sinusitis akut tetapi ia boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti jangkitan pada otak dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kebutaan.

FAKTOR DAN GEJALA
1. Sinusitis biasnya berlaku selepas kerap diserang selesema berpanjangan.

2. Sinusitis selalunya dikaitkan dengan demam alergi atau demam alahan (rhinitis alergik), asma atau pencemaran udara yang boleh menyebabkan keradangan.

3. Ia terjadi kepada semua kumpulan usia.

4. Sakit di belakang muka, sakit gigi, tekanan di muka, hidung tersumbat, sakit kepala, keluara hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk.

5. Sakit kepala sinus akan terasa apabila bangun dan menjadi teruk apabila membongkok.
.
6. Selaput mucus dalam hidung kelihatan merah dan bengkak serta mungkin terdapat nanah terkeluar dari hidung.

7. Di kalangan kanak-kanak, simptom yang lazimnya berlaku ialah kesesakan dalam hidung. Ini akan menyebabkan sakit di mata dan bengkak disekitarnya.

8. Sakit tekak dan batuk adalah sangat lazim bagi kedua-dua sinusitis akut dan kronik.

TANDA LAIN RESDUNG

1. Hidung sentiasa berair/selsema setiap masa terutama ketika cuaca sejuk dan awal pagi.

2. Gatal-gatal pada hidung, mata dan telinga terutama bila memakan ayam,udang,ketam,ikan masin dan sambal belacan.

3. Bersin bila terkena habuk.

4. Berkahak, banyak jerawat, kurang pendengaran/penglihatan, sakit kepala, kelemumur banyak, rambut gugur, nafas berbau (anda tidak tahu nafas anda berbau dan tidak menyenangkan rakan anda..minta nasihat ikhlas dari mereka), gatal kulit dan keputihan (wanita).

KESAN RESDUNG1. Hilang deria bau

2. Pelupa/daya mengingat lemah

3. Lubang hidung bengkak dan tersumbat

Keadaan ini mengganggu kelancaran kehidupan harian individu tersebut. Jika tidak dibendung, ia akan menyebabkan kerosakan kulit muka, hilang segala deria rasa dan bau, merosakan rongga dan menimbulkan bau yang tidak menyenangkan.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Hari ini saya merawat seorang pesakit yang sudah lama menghidap resdung. Ketika saya mengambil spicemen DNA beliau, saya ditanya mengapa doktor perlu mengambil contoh DNA beliau, kerana selama ini belum ada klinik biasa yang berbuat demikian, kecuali Perubatan Homeopathy. Itupun mereka hanya mengambil rambut pesakit sebagai diagnosis dan keserasiaan ubat.


Dalam jawapannya, saya mengatakan bahawa tujuan contoh DNA pesakit diambil ialah supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan DNA penyakit yang ada di dalam tubuh pesakit dan seterusnya menjadikannya kod penawar lalu ditransferkan ke dalam ubat dan dimakan tiga kali sehari supaya Perubatan Holistik dapat memusnahkan gelombang asal penyakit seperti resdung dan seterusnya berusaha memperbaiki kerosakan DNA.

Dengan bahasa yang mudah, rambut diambil bertujuan untuk memperbaiki sistem saraf tunjang yang ada di kepala (CNS).

Air liur diambil bertujuan untuk memperbaiki dan menstabilkan hormon di dalam tubuh pesakit.

Darah diambil bertujuan untuk memperbaiki dan melancarkan sistem peredaran darah supaya oksigen dapat dibekalkan secukupnya ke seluruh tubuh.

Manakala air kencing diambil bertujuan untuk membuang segala kekotoran dan urik asid yang ada di dalam tubuh pesakit melalui sistem perkumuhan seperti pembuangan air besar, peluh, hidung berair dan pembuangan air kecil.

Inilah sebenarnya keistimewaan Perubatan Holistik. Jika anda pergi ke klinik lain hatta hospital sekalipun belum tentu specimen DNA anda diambil. Kecuali jika anda inginkan ujian darah dilakukan.

Biasanya, jika anda mengidap sinusitis dan mendapat raawatan di Pusat perubatan Holistik, kami akan membekalkan ubat khusus sinusitis yang perlu dimakan tiga kali sehari dan ubat titik yang perlu dititikkan ke dlaam hidung supaya gelombang asal penyakit resdung dapat dimusnahkan.

Ketika saya memeriksa tekanan darah pesakit resdung tadi, beliau bertanya tentang tindak balas ubat ketika mengamalkan Perubatan Holistik.

Dalam jawapannya, saya mengatakan bahawa antara fungsi utama Perubatan Holistik ialah berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan dalam tubuh manusia. Oleh itu, antara tindakbalasnya ialah pesakit akan mengalami selesema buat beberapa seketika, kerana Perubatan Holistik berusaha untuk menyingkirkan lendir yang selama ini berada di pangkal hidung.

Pesakit usahlah risau, kerana ianya bukanlah berpanjangan. Setelah segala lendir dalaman dapat dikeluarkan, penyakit resdung akan menuju ke arah penyembuhan. Bagi mereka yang berjerawat pula, mungkin jerawat akan bertambah banyak buat seketika.

Oleh itu pesakit disarankan supaya meminum air sebanyak mungkin supaya gatal dalaman dapat dikeluarkan mengikut sistem perkumuhan seperti pembuangan air besar dan kecil. Jika anda kurang minum air, nescaya penyakit dan gatal dalaman akan keluar melalui muka dan hidung. Kerana kawasan muka adalah kawasan yang sangat sensitif.

Kemudian pesakit tadi bertanya lagi, "Apakah tanda-tanda resdung?"
Lantas saya mengatakan bahawa antara tanda seseorang itu dihidap resdung ialah,
1. bersin di sebelah pagi
2. Berjerawat
3. Sembelit
4. Hidung tersumbat
5. Sering selesema
6. Hidung gatal
7. Sering pening kepala

Pesakit tadi mengiyakan jawapan saya, kerana kesemua simpton yang saya sebutkan tadi ada padanya. Malahan, beliau menambah bahawa beliau sering terkena alahan terutama abuk dan asap.

Setelah soal jawab dan pemeriksaan fizikal dilakukan saya pun melakukan Life Auto-Nosode (memancarkan gelombang penawar elektromagnetik secara langsung) terhadapnya dan pada waktu yang sama saya memproses ubat khusus untuknya. Biasanya saya bekalkan ubat untuk sebulan, namun jika ada apa-apa diluar jangkaan pesakit boleh datang ke klinik saya ataupun menelefon saya melalui nombor telefon yang tertera di kad rawatan.
  
Untuk rawatan secara online sila klik di sini.