INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 20 Julai 2009

ENDOMETRIOSIS




Penyakit endometriosis ini adalah salah satu penyakit yang berbahaya, di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh dan membesar di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim.

Biasanya ia akan membesar secara perlahan-lahan dan dapat dikesan setelah berusia 35 tahun ke atas.

Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar darah kotor atau darah haid.

SEJARAH ENDOMETRIOSIS

Saintis di University of Liverpool telah berjaya menemui sejenis enzim di dalam badan manusia yang hanya ditemui dalam air mani, ovum (tisu subur wanita) dan di dalam rahim.

Di mana enzim ini di keluarkan oleh tisu rahim sejurus selepas proses kesuburan wanita yang mempunyai Endometriosis. Enzim ini dikenali sebagai telomeres, kadang kala ia dijumpai di dalam tisu barah dan mungkin bertanggungjawab untuk proses pembiakan DNA tisu kanser.

Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan.

Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding atau otot rahim menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.

Antara sebab tisu endometrium boleh tumbuh pada tempat-tempat luar biasa ialah kerana:

1. Kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian.

Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.

2. Tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku.

Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), mereka yang mengalami masalah kemurungan,yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.

3. Sistem ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri.

Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.

ENZIM TELOMERES

Setiap kromosom mempunyai penamat yang dipanggil Telomer, ia menghalang kromosom daripada musnah ketika proses pembiakan DNA. Wanita yang mempunyai Endometriosis mempunyai Telomer yang lebih panjang.

Haid menyebabkan Telomer ini menjadi lebih pendek sekaligus menyebabkan proses pembiakan DNA berhenti. Akan tetapi Telomeres akan menyebabkan proses pembiakan ini terus berjalan dan menjadi lebih dari yang sepatutnya. Proses ini berlaku dalam air mani dan ovum.

TANDA ENDROMETRIOSIS

1. Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang.

Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin.

Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis.

Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Biasanya sakit akan hanya reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi.

Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat teruk dan mungkin telah melibatkan dinding atau otot rahim.

2. Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar.

3. Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis.

Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

4. Pelbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga pelbagai masalah perdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.

BAGAIMANA KEMANDULAN BOLEH TERJADI

1. Penyakit endometriosis boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh mengeluarkan benih.

2. Penyakit endometriosis boleh menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian sehingga benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telor.

3. Kemungkinan penyakit endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Seterusnya endometriosis mungkin menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.

KEGUGURAN

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal. Penyakit endometriosis boleh menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Oleh kerana penyakit endometriosis berkait rapat dengan penyakit puan seperti kemandulan, haid tidak teratur, keguguran, rahim tidak kuat keputihan dan senggugut, maka jika anda datang ke Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif untuk membuat rawatan anda dikehendaki menceritakan sejarah penyakit anda semenjak anda remaja sehingga anda disahlkan mengidap penyakit endometriosis.

Ini amat penting, kerana kami di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif memerlukan maklumat yang tepat supaya kami dapat membuat ubat yang mampu merawat penyakit lama, penyakit yang sedang anda hidapi mahupun penyakit yang mendatang.

Antara keistimewaan Perubatan Holistik ialah ia mampu mengesan penyakit lama dan penyakit baru yang anda hidapi.

Oleh itu, ketika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami bukan sahaja berusaha merawat penyakit endometriosis yang anda hidapi, malahan kami juga akan membekalkan ubat berpotensi tinggi dan 25,000 kali ganda lebih halus dari darah manusia yang mampu merawat punca penyakit endometriosis seperti senggugut, haid tidak teratur, keputihan dan kesuburan.

Antara sebab kami mengambil specimen anda seperti darah, rambut, air liur dan urin ialah bertujuan penawar gelombang elektromagnetik dapat menembusi saluran rahim yang tersumbat sehingga oksigen benar-benar dapat dibekalkan ke kawasan rahim dan ovari.

Apabila kawasan rahim dan ovari menerima oksigen secukupnya, organ tersebut akan berfungsi seperti sediakala dan segala tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium dapat disingkirkan sehingga kitaran haid menjadi normal.

Apabila kitaran haid seseorang itu normal, maka lama-kelamaan penyakit endometriosis akan menuju ke arah penyembuhan.

Anda dikehendaki membuat rawatan susulan 6 hinga 8 bulan di Pusat perubatan Holistik, kerana setiap kali anda datang membuat rawatan, kami memerlukan specimen terbaru anda.

Ini bertujuan supaya Peruubatan Holistik yang dibekalkan dapat memperbaiki kerosakan DNA dan membaikpulih saraf serta imun sistem seseorang yang mengidap penyakit endometriosis.

Untuk rawatan secara online berkaitan Endometriosis dan penyakit puan sila klik di sini.