INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 13 Julai 2009

KUKU SENTIASA BERSIH, CANTIK DAN BERSERI



ADAB MEMOTONG KUKU


BAHAGIAN KUKU TANGAN

1. Dimulakan dari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan seperti rajah di atas.

2. Seterusnya kelingking tangan kiri, jari manis, kemudian jari tengah. Setelah itu jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri, seperti rajah di atas.

BAHAGIAN KUKU KAKI

Dimulakan dari jari kelingking kaki kanan daan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri seperti rajah di atas.

HARI YANG DISUNATKAN MEMOTONG KUKU

Terdapat dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang memotong kuku pada:

HARI SABTU, mempusakai penyakit ‘akilah’ iaitu yang disebabkan banyak makan.

HARI AHAD, hilang keberkatan.

HARI ISNIN, mempusakai alim fadhil iaitu orang yang berilmu dan mempunyai kelebihan.

HARI SELASA, mempusakai kebinasaan.

HARI RABU, mempusakai perangai yang jahat.

HARI KHAMIS, mempusakai kaya.

HARI JUMAAT, mempusakai ilmu dan lemah lembut.

ANTARA DOA YANG DIANJURKAN

Imam Ja’far as-Shadiq berkata,

“Barang siapa memotong kuku dan misainya pada tiap-tiap hari Jumaat dan membaca doa ketika melakukannya, BISMILLAH, WABILLAH, WA ‘ALA MILLATI MUHAMMADIN WA ALI MUHAMMAD, tiada gugur yang dipotong itu melainkan dengan pahala memerdekakan seorang hamba sahaya dan tiada sakit melainkan mati.”
.
MENURUT IMAM ALI BIN ABI TAHALIB DI DALAM KITAB DHIYA’ US SOLIHIN, BAB TAQWIM ISLAM MUKA SURAT 377.

1. Hari pertama di dalam kalender Islam.
Menyebabkan pendek umur.

2. Hari kedua.
Menyelesaikan segala hajat.
.
3. Hari ketiga.
Menyuburkan rambut dan menguruskan badan.

4. Hari keempat.
Menyebabkan masalah dan kerunsingan.

5. Hari kelima.
Mendatangkan kesenangan.

6. Hari keenam.
Menyebabkan bala atau bencana yang mendadak (secara tiba-tiba) dan malapetaka.

7. Hari ketujuh.
Mempusakai harta orang yang ternama.

8. Hari kelapan.
Menyebabkan jatuh sakit dan kehilangan harta.

9. Hari kesembilan.
Menyebabkan penyakit luaran (yang kelihatan).

10. Hari kesepuluh.
Menyebabkan kemulian dan kehormatan.

11. hari kesebelas.
Menyebabkan masalah dan kerunsingan.

12. Hari kedua belas.
Menyebabkan kelihatan terhormat.

13. Hari ketiga belas.
Menyebabkan permusuhan atau pergaduhan.

14. hari keempat belas.
Menyebabkan pelbagai kesenangan.

15. Hari kelima belas.
Menyebabkan beroleh kesenangan dan cita-cita akan tercapai.

16. Hari keenam belas.
Menyebabkan hidup dalam kesusahan.

17. Hari ketujuh belas.
Menyebabkan tiada kesusahan dan tiada kesenangan.

18. Hari kelapan belas.
Menyebabkan berharta.

19. Hari kesembilan belas.
Menyebabkan harta yang melimpah ruah.

20. Hari kedua puluh.
Menyebabkan terhindar dari pelbagai hinaan dan menyebabkan terhindar dari kesusahan.

21. Hari kedua puluh satu.
Menyebabkan memperolehi harta dari orang yang berada dan ternama.

22. Hari ke dua puluh dua.
Mempusakai papa dan muflis.

23. Hari kedua puluh tiga.
Untuk memperolehi segala hajat seperti anak dan isteri.

24. Hari kedua puluh empat.
Untuk memperolehi segala hajat seperti anak dan isteri.

25. hari kedua puluh lima.
Untuk memperolehi segala hajat seperti anak dan isteri.

26. Hari kedua puluh enam.
Untuk memperolehi segala hajat seperti anak dan isteri.

27. Hari kedua puluh tujuh.
Menyebabkan Penyesalan.

28. Hari kedua puluh lapan.
Kurang Baik.

29. Hari kedua puluh sembilan.
Selamat dari gangguan jin dan manusia.

30. Hari ketiga puluh.
Terhindar dari kecelakaan.