INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Isnin, 8 Jun 2009

SELESEMA DAN BATUK BERPANJANGAN



BATUK KOKOL (PERTUSSIS)

Apakah yang menyebabkan Batuk Kokol? Batuk Kokol atau dikenali sebagai pertussis adalah disebabkan oleh bakteria (Bordetella pertussis) dan salah satu jangkitan bakteria yang berjangkit.

Jika salah seorang anak daripada adik beradiknya mendapat jangkitan tersebut, anak-anak yang lain juga berkemungkinan mendapat jangkitan tersebut jika mereka mereka tidak mendapat penyakit tersebut sebelum ini dan tidak diberi vaksin.

Penyakit ini juga boleh menyerang bayi walaupun bagi bayi yang menyusu badan. Selalunya bayi yang menyusu badan tidak mudah mendapat penyakit tetapi bagi batuk kokol vaksin awal perlu diberikan kepada bayi kerana susu badan tidak mencukupi untuk membantu mengelak daripada terkena jangkitan.

Kanak-kanak dengan selsema atau batuk hendaklah dijauhkan daripada kanak-kanak yang tidak mendapat vaksin seperti wanita yang bekerja dan bayi yang baru dilahirkan.

Bagaimanakah batuk kokol boleh dijangkiti?

Jangkitan tersebut boleh dipindahkan menerusi titisan air yang dibawa oleh angin. Apabila seseorang yang dijangkiti batuk udara disekitarnya sebagai contoh di dalam sebuah bilik telah tercemar dengan virus batuk kokol. Oleh sebab itu mereka yang tinggal atau duduk berdekatan dengan pesakit mudah terdedah kepada jangkitan akibat udara yang tercemar.

Seseorang yang telah mendapat vaksin atau pernah mendapat batuk kokol akan mendapat imun yang tertinggi untuk penyakit tersebut. Mereka mungkin boleh mendapat kes jangkitan yang sederhana untuk beberapa tahun kemudian tetapi ia tidak dapat menjadikan seseorang itu mendapat serangan yang sebenar.

Dalam tempoh pengeraman-pada masa di antara pemindahan jangkitan dan kemunculan simptom yang utama-boleh berubah daripada 5 hingga 15 hari atau mungkin lebih lama.
Batuk Kokol adalah jangkitan yang datangnya daripada selsema yang pertama dan sepanjang penyakit ini terjadi,di mana ia boleh bertahan sehingga lapan minggu.Ini adalah tempoh yang terlalu lama daripada penyakit kanak-kanak yang lain.

Apakah simptom bagi batuk kokol?

Penyakit itu boleh bermula dengan selsema dan batuk yang sederhana.Selepas beberapa minggu,batuk tersebut akan bertukar sifat dengan batuk yang diikuti oleh bunyi "whooping". Batuk tersebut tidak akan berhenti sehinggalah tiada udara yang ditinggalkan pada hati.
Pesakit akhirnya akan batuk dan mengeluarkan kahak dan serangan ini mungkin disusuli dengan muntah.

Serangan batuk mungkin terjadi lebih 40 kali sehari dan panyakit tersebut boleh bertahan sehingga lapan minggu.

Fitrah manusia

Menurut mafhum hadis, seseorang itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih dan sihat). Namun kedua ibubapalah yang mencorakkan keagamaannya, samada Islam, Yahudi ataupun Nasrani.

Pada asasnya, manusia dilahirkan dalam keadaan sempurna dan sihat menurut fitrah kejadiaan. Namun, apabila seseorang itu menjadi dewasa dan terdedah kepada makanan yang tidak seimbang serta keadaan alam sekeliling yang tercemar, maka fungsi organ dan fungsi saraf (CNS) mulai lemah sehingga bahan toksid di dalam badan tidak dapat dinyahkan oleh enzim. Apabila toksik dan toksid terkumpul di dalam badan, maka sebahagian organ akan menjadi lumpuh. Apabila organ menjadi lumpuh seseorang itu akan menghidap sesuatu penyakit.

Contohnya, jika seseorang itu menghidap kencing manis, biasanya organ yang dikenali sebagai pangkreas sudah mulai lemah dan menjadi lumpuh. Puncanya ialah kerana bahan toksik dan toksid mula berkumpul di kawasan organ terbabit sehingga menyebabkan saluran insulin semulajadi tersumbat. Apabila ini berlaku maka, gula yang ada di dalam darah tidak dapat disingkirkan.

Biasanya, apabila anak yang dilahir disahkan menghidap sakit kuning atau menghidap komplikasi lain seperti tidak cukup bulan dan beberapa penyakit dalam kandungan, maka sistem antibody, saraf dan imunnya juga agak lemah. sebab itu, ketika berusia bawah dua tahun kanak-kanak tersebut akan sering demam, timbul masalah kulit, batuk dan selesema.

Oleh itu, saya menyarankan kepada ibu-ibu yang mengandung supaya memakan makanan yang seimbang ketika kehamilan. Terutama pada tiga bulan pertama, kerana ketika ini proses perkembangan tumbesaran bayi mulai berlaku. Oleh itu, elakkan memakan makanan yang berasid seperi jeruk dan makanan yang banyak rempah. Kerana ianya akan menjejaskan proses tumbesaran bayi dalam kandungan.

Begitu juga dengan penyakit yang bersifat genetik. Jika salah seorang ibubapa menghidap sesuatu penyakit, maka berkemungkinan keturunannya juga akan menghidap penyakit yang sama. Kerana mereka sekeluarga mempunyai DNA yang sama.

Ketika seseorang itu dilahirkan, kebarangkalian persen untuk mewarisi sesuatu penyakit keturunan adalah sedikit ataupun mungkin hanya 2-5% sahaja. Namun, apabila dewasa dan tidak mengawal pemakanan yang sihat, maka ia akan meningkat kepada lebih 50% dan akhirnya akan mendapat sesuatu penyakit.

Menurut kajian saya, penyakit genetik bukan hanya melibatkan kedua ibubapa sahaja. Malahan ianya melibatkan tujuh keturunan dari sebelah ibu dan bapa. Contohnya, kadang-kadang kedua ibubapa tidak menghidap penyakit kencing manis, tetapi salah seorang anak mereka disahkan menghidap kencing manis. Setelah dianalisa dan dikaji, rupanya salah seorang moyang di sebelah ibunya pernah menghidap kencing manis.

Sifat yang ada pada seseorang itu juga mewarisi keturunannya. Contohnya, dalam sebuah keluarga yang terkenal kerana kealiman dan kewarakan. namun, salah seorang anaknya dikenali sebagai seorang yang suka melakukan kejahatan dan berperangai tidak elok. Setelah dibuat kajian, rupanya sifat salah seorang anak tadi mewarisi sifat datuknya yang juga terkenal kerana bengisnya.

Begitu juga, ada sebuah keluarga yang ibubapanya tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, namun salah seorang anaknya dikenali sebagai seorang yang alim dan penghafal Al-Quran. Berkemungkinan sifat salah seorang anak tadi mewarisi sifat salah seorang tujuh keturunan datuk moyangnya.

Oleh itu, jika anda membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, salah satu ubat yang akan dibekalkan ialah 'Genetic Cleasing' yang bertujuan membuang dan merawat panyakit yang bersifat keturunan ataupun berjangkit.

Antara tanda seorang kanak-kanak itu sering selesema atau batuk, berkemungkinan ianya adalah petanda awal kanak-kanak tersebut menghidap penyakit asma atau resdung yang dimiliki oleh salah seorang ibubapa mereka. sebab itu, di dalam Perubatan Holistik ianya mengambil kira aspek jasmani, rohani dan genetik.

Untuk rawatan secara online berkaitan batuk dan selesema berpanjangan sila klik di sini.