INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Selasa, 29 Jun 2010

VITAMIN B5



Vitamin B5 juga dikenali sebagai "vitamin anti-stress", pantothenic acid memainkan peranan dalam pengeluaran hormon adrenal dan pembentukan antibodi, membantu dalam penggunaan vitamin, membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ia diperlukan oleh semua sel dalam badan dan tetumpu dalam organ badan.

Ia juga terlibat dalam pengeluaran "neurotransmitters". Vitamin ini adalah elemen perlu koenzim A, bahan kimia badan penting yang terlibat dalam kebanyakkan fungsi metabolisma.
Pantothenic acid juga ialah penambah stamina dan mencegah sesetengah bentuk anemia.
.
Ia diperlukan untuk salur perut-usus berfungsi dengan normal dan boleh menolong dalam merawat tekanan dan rasa cemas (anxiety).

SUMBER
Makanan berikut mengandungi pantothenic Acid:
1. Daging lembu.
2. Ragi yang ditapai.
3. Telor.
4. Sayuran segar.
5. Kekacang.
6. Royal jelly.
7. Ikan air masin.
8. Gandum.
9. Yogurt.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin B5 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Sakit kepala.
Loya , muntah.
Sakit abdomen
Lemah daya tahan kepada jangkitan saluran pernafasan.
Kebas dan sesemut pada kaki.
Kejang otot.


FUNGSI
Fungsi Vitamin b5 ialah:
1. Mencegah kebas pada jari jemari.
2. Membantu membawa tenaga dari makanan,
3. Membantu menguatkan stuktur ambut.