INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 1 Ogos 2009

TIROID (HYPERTHYRODISM DAN HYPOTHYRODISM)




Tiroid ialah organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi mengawal pengeluaran metabolism dan beberapa fungsi utama tubuh.

Kelenjar tiroid ini menghasilkan hormon seperti Thyroxine di mana ia akan menentukan bagaimana seseorang itu menggunakan tenaga.

Biasanya kelenjar Tiroid bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan akan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.

Sel-sel tiroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodin yang diambil dalam pemakanan manusia.

Iodin ini akan bergabung dengan asid amino tirosina yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 (Triiodothyronine) dan T4 (Thyroxine). Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2.

T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4. T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hipotalamus yang berada di bahagian otak.

Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH (Thyroid Realesing Hormone) dan TSH (Thyroid Stimulating Hormone). Hormon-hormon ini membentuk satu sistem yang kompleks. TRH dikeluarkan oleh hipotalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH.

TSH pula akan menyebabkan tiroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah tiroid.

Penyakit tiroid mungkin terjadi daripada akibat tiroid terlebih yang dikenali sebagai penyakit Hyperthyrodism atau terkurang pengeluaran hormon yang dikenali sebagai penyakit Hypothyrodism.

Kelenjar tiroid boleh menjadi merah (thyroiditis) atau membengkak (beguk), atau membentuk satu atau lebih benjol.

KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Kelenjar tiroid terdiri daripada dua lobe (lobus), satu di sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri. Kedua-duanya disambung oleh satu struktur merentasi trakea yang dinamakan isthmus. Setiap lobe adalah berbentuk seperti buah pear.

Kelenjar tiroid mempunyai satu lapisan kapsul yang nipis dan juga pretracheal fascia. Kelenjar tiroid aksesori boleh ditemui di mana-mana, sepanjang susuran embriologikal kelenjar itu.

Darah ke kelenjar tiroid dibekalkan oleh arteri superior thyroid yang merupakan cabang pertama arteri external carotid (ECA). Arteri ini menembusi pretracheal fascia sebelum sampai ke bahagian superior pole lobe kelenjar tiroid.

Saraf laryngeal terletak berhampiran (di belakang) arteri ini, jadi jika dalam pembedahan tiroidektomi, kemungkinan besar saraf ini terpotong jika tidak berhati-hati.

JENIS PENYAKIT TIROID
A. HYPERTHYRODISM
Hyperthyroidism berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali lebih tinggi terhadap wanita daripada lelaki.

Penyebab Hyperthyroidism adalah keadaan autoimun yang dikenali sebagai ‘Grave Disease’, di mana ia boleh berlaku berterusaan dalam sesebuah keluarga. Antara tanda hyperthyroidism ialah:

1. Denyutan jantung yang laju
2. Kegelisahan
3. Timbul perasaan marah
4. Hilang berat badan
5. Keguguran rambut
6. Sukar untuk tidur
7. Kurang daya tahan terhadap kepanasan
8. Haid tidak teratur
9. Mata menjadi besar
10. Turun berat badan walaupun selera makan naik
11. Cirit-birit
12. Lemah tubuh badan
13. Osteoporosis
14. Tinggi nafsu seks

B. HYPOTHYRODISM
Apabila berlaku sedikit hormon tiroid di dalam darah, hypothyroidism akan terjadi. Keadaan ini kebiasaannya akan memperlahan tubuh badan.

Ia selalu menyerang selepas usia 40 tahun dan memberi kesan yang lebih kepada wanita daripada lelaki.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.

Seterusnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Tanda-tanda Hypothyrodism ialah:
1. Kurang bertenaga
2. Rasa sejuk
3. Denyutan jantung yang perlahan
4. Stress
5. Penambahan berat badan
6. Daya ingatan semakin kurang
7. Kulit semakin kering
8. Keguguran rambut
9. Sembelit
10. Rendah nafsu seks
11. Suara menjadi serak
12. Beguk


C. BEGUK
Beguk adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Apabila ini berlaku ia menunjukkan terdapat masalah dengan tiroid.

Kekurangan iodin boleh menyebabln beguk. Ia bergantung kepada rangsangan berlebihan kelenjar tiroid dalam usaha menghasilkan lebih ‘thyroxine’ atau lebih hormon tiroid. Hashimoto’s Thyroditis’ boleh juga menyebabkan beguk.

Dalam kes-kes yang teruk , beguk boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah untuk bernafas. Antara tanda-tanda beguk ialah:

1. Rambut menjadi kering
2. Bengkak di bahagian tengkuk
3. Kehilangan berat badan
4. Perubahan dalam haid
5. Jantung berdebar-debar
6. Timbul perasaan marah
7. Mata menjadi besar
8. Perubahan kadar metabolism


D. KANSER TIROID

Benjolaan yang terdapat di tiroid hanya menyerang empat hingga tujuh peratus penduduk. Lebih daripada 90% benjolan ini bukanlah kanser.

Selalunya ia boleh dibuang melalui pembedahan samada keseluruhan dibuang atau sebahagian sahaja dibuang.

Antara tanda kanser tiroid ialah:
1. Benjol di bahagian depan leher
2. Kesukaran hendak bercakap dalam keadaan suara yang normal
3. Kesukaran untuk menelan dan bernafas
4. Rasa sakit di tekak dan leher

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Oleh kerana rawatan di Pusat Perubatan Holistik memerlukan specimen pesakit, maka mereka yang mengidap tiroid dan membuat rawatan  juga perlu memberikan specimen mereka seperti air liur dan rambut.

Ini bertujuan supaya specimen DNA yang diambil dapat dikodkan dan segala kod penyakit asal yang dihidap pesakit dapat dimusnahkan.

Kami di Pusat Perubatan Holistik akan membekalkan ubat khusus tiroid yang dapat merangsang hormon iodin dan ubat yang dapat mengawal hormon tiroid secara semula jadi.

Ubat yang akan kami bekalkan juga mampu mengembalikan fungsi TSH sehingga hormon tirod mampu mengeluarkan T3 dan T4 dengan efisien.

Disamping itu, Perubatan Holistik juga mampu memperbaiki kelenjar pituitri otak sehingga hormon tiroid dapat berfungsi dengan semula jadi.

Antara kelebihan Perubatan Holistik ialah untuk menghindar dan membaiki kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) yang tidak normal, merangsang sistem ketahanan, meningkatkan kemampuan sel darah merah mengumpul oksigen, membawa oksigen ke dalam sel dan mengeluarkan gas buangan serta menyah sisa toksin daripada seluruh badan.

Jika terdapat bengkak di leher pesakit tiroid, kami di Pusat Perubatan Holistik akan membekalkan krim atau ubat sapu yang dapat membantu mengecutkan bengkak secara perlahan-lahan.

Kesimpulannya, pesakit tiroid perlulah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Holistik selama 6 bulan hingga setahun kerana kami perlu mengambil specimen terbaru pesakit tiroid setiap kali mereka datang untuk membuat rawatan susulan.

Ini bertujuan supaya kerosakan DNA dapat dipulihkan dan hormon pesakit tiroid benar-benar berfungsi dengan semula jadi menurut fitrah kejadian manusia.

Untuk rawatan secara online berkaitan Thyroid sila klik di sini.