INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 9 Mei 2010

ANEMIA 2


Penyakit anemia terjadi apabila kepekatan hemoglobin dalam darah di bawah paras normal mengikut usia dan jantina. Hemoglobin ialah sejenis pigmen yang terdapat dalam sel darah merah di mana ia membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu-tisu. Kekurangan zat besi (iron) iaitu komponen penting hemoglobin adalah merupakan sebab biasa terjadinya anemia.

Anemia ialah penyakit yang melemahkan tubuh badan, sama ada disebabkan kekurangan dalam bilangan sel darah merah atau hemoglobin.
.Antara fungsi ferum ialah ia menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Kekurangan ferum boleh menyebabkan pengeluaran sel merah yang tidak mencukupi oleh sum-sum tulang, sehingga ia boleh mengakibatkan penyakit lain seperti leukemia dan talasemia.


TANDA ANAEMIA1. Tanda-tanda pucat pada bibir dan sekeliling mulut, kuku, pelipat dan di bahagian dalam kelopak mata.

2. Tidak bermaya, letih, dan lemah badan.

3. Pendek nafas apabila melakukan senaman.

4. Pening, pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.

5. Angina pectoris iaitu suatu keadaan di mana berlaku kesakitan di dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.

6. Palpitasi, iaitu suatu keadaan di mana denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luarbiasa.

7. Kurang selera makan dan kehilangan berat badan, sukar untuk berjalan, dan mental bercelaru yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.

8. Penyakit demam kuning (jaundice) terjadi bagi kes hemolaitik anemia.

PENYEBAB ANAEMIA
1. Kekurangan vitamin atau zat galian terutamanya zat besi dan vitamin B12. Bagi wanita hamil memerlukan lebih zat besi; sekiranya pengambilan zat besi kurang, wanita tersebut akan mengalami anemia, terutamanya semasa separuh kedua tempoh kehamilan.

2. Kekurangan pengeluaran sel darah merah, yang mana mungkin disebabkan oleh faktor keturunan atau disebabkan oleh kekurangan asid folik.

3. Kecacatan sel darah merah yang disebabkan keturunan, seperti ' sickle cell anaemia' , 'haemolytic anaemia' iaitu kemusnahan luarbiasa sel darah merah yang cepat tanpa diganti dengan lebih pengeluaran, dan penyakit 'thalassaemia'.

4. Kehilangan berlebihan darah (seperti darah haid yang keluar terlalu banyak, pendarahan ulser perut).

5. Terdapat sesetengah ubat-ubat yang memusnahkan sel darah merah atau mengakibatkan pendarahan dalam perut.

6.Penyakit yang memberi kesan kepada pengeluaran sel darah merah seperti penyakit leukemia.

7. Terdapat sesetengah rawatan seperti kemoterapi dan radioterapi.
Bagi kanak-kanak, kecacingan terutamanya cacing kerawit.


RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Biasanya anemia berpunca dari kekurangan keupayaan sel darah merah untuk membekalkan oksigen yang mencukupi ke seluruh sel yang disebabkan kekurangan ferum dan vitamin terutama vitamin B12.

Anemia juga boleh difinasikan sebagai suatu keadaan yang menggambarkan kadar hemoglobin atau jumlah eritrosit dalam darah kurang dari nilai normal.

Biasanya, lelaki yang sihat mempunyai Hb: 14 gram – 18 gram, manakala wanita yang sihat pula mempunyai Hb: 12 gram – 16 gram

TINGKATAN ANEMIA
- Kadar Hb 10 gram – 8 gram dikenali sebagai anemia ringan.
- Kadar Hb 8 gram – 5 gram dikenali sebagai anemia pertengahan.
- Kadar Hb kurang dari 5 gram dikenali sebagai anemia kronik.
.
Antara saranan biasa yang perlu dilakukan ialah:
*Makan makanan yang seimbang setiap hari dengan mengambil telur, susu dan sumber-sumber vitamin B12 yang lain dari hasil haiwan.
*Makanlah makanan yang kaya ferum seperti hati, daging, roti gandum tulen, bijirin dan buah-buahan kering.
*Makan makanan yang kaya asid folik seperti bijirin gandum, kekacang, mentega kacang tanah, oat, cendawan, brokoli, hati lembu dan asparagus.
*Makan makanan yang kaya vitamin C seperti buah-buahan sitrus, sayuran mentah dan segar. Vitamin C membantu penyerapan zat besi supaya lebih berkesan.
*Hadkan penggunaan teh pekat kerana ia mengandungi tanin yang boleh merencat penyerapan ferum. Namun meminum teh herba adalah digalakkan.
*Berehat dan tidur secukupnya.
.
Jika anda mengalami anemia dan membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif, biasanya kami akan mengambil sample DNA anda seperti darah, rambut, air liur dan urin supaya Perubatan Holistik dapat mengkodkan gelombang penyakit anemia di DNA pesakit dan menjadikannya gelombang penawar anemia lalu ditransferkan kedalam air atau tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Kami juga mempunyai kod-kod penawar gelombang multi vitamin termasuk kod gelombang B12 dan kod gelombang ferum yang berfrekuensi tinggi sehingga mampu memperbaiki dan menstabilkan kandungan Hemeglobin secara semulajadi.

Di dalam Perubatan Holistik juga terdapat kod oksigen yang mampu menambahkan oksigen di dalam darah supaya ia dapat disampaikan ke dalam sel-sel dan organ dalaman pengidap anemia.

Ketika membuat rawatan di Pusat perubatan Holistik, anda digalakkan meminum air sebanyak mungkin supaya mineral, alkali, magnesium dan sulfur yang terkandung di dalam air dapat memasuki sel-sel dan organ dalaman dengan secukupnya.

Kebanyakan pesakit anemia yang membuat rawatan di Pusat Perubatan Holistik akan merasa kesannya setelah mengamalkan ubatan yang dibekalkan selama sepuluh hari hingga dua puluh hari sahaja.

Untuk rawatan secara online berkaitan penyakit darah sila klik di sini.