INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Rabu, 14 Julai 2010

VITAMIN C

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal dan untuk gusi yang sihat. Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting. Ia juga diperlukan untuk metabolisma folik asid, tairosin dan phenylalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma. Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan dan meningkatkan imuniti.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi. Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat dan menjadikan mereka tidak merbahaya. Oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.

Manakala racun lebah hitam yang berbisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik.

Fungsi lain vitamin C ialah ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah "atherosclerosis" . Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts) dan mencepatkan penyembuhan luka atau terbakar.

SUMBEROleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C, ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakkan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, black currants, kobis bunga, anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberri, tomato dan selada air.

KEKURANGANKekurangan vitamin C boleh menyebabkan:
1. Lemah badan.
2. Sakit-sakit dan sengal badan.
3. Bengkak gusi.
4. Hidung berdarah.
5. Scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi yang menyebabkan kesakitan).
6. Anemia.

FAKTA VITAMIN C
1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

KELEBIHAN VITAMIN C
1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI, iaitu penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak atau berdarah dan pendarahan dibawah kulit.

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
.
4)Memguatkan dinding saluran darah.
.
5)Menolong pembentukan tisu gantian.
.
6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.
.
7)Membaiki parut pada kulit.
.
8)Mencegah penurunan payudara dan buttock.
.
9)Menjadikan kulit lebih cerah.
.
10)Menghilangkan jerawat dan pigmentasi.
.
11)Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan kulit.
.
12)Membantu penghasilan collagen di mana, collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
.
13)Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Untuk membeli Multi Vitamin secara online sila klik di sini.