INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Khamis, 15 April 2010

OSTEOMALACIA, OSTEOARTHRITIS DAN OSTEOPOROSIS


Antara kesan-kesan negatif akibat daripada paras vitamin D yang rendah di dalam tubuh adalah penyakit Riket (Ricket) serta Osteomalacia. Penyakit Riket ini terjadi di kalangan kanak-kanak manakala penyakit Osteomalacia ini terjadi di kalangan orang dewasa. Kedua-dua penyakit ini terjadi akibat daripada kurangnya kuantiti kalsium sertafosfat di dalam tulang atau dengan kata lainnya tulang yang lembut.


Bagi mereka yang menghidap penyakit Riket. Penyakit ini disebabkan oleh ketidaknormalan penambahan mineral seperti kalsium dan fosfat semasa pembentukan tulang terjadi. Tulang belakang mereka yang menghidap penyakit riket ini selalunya akan menjadi lembut dan seterusnya bengkok.

Jika senario ini berlaku ketika kanak-kanak ini baru mula berjalan, kakimereka akan melentur akibat daripada tekanan yang dibuat oleh beratbadan mereka terhadap kedua-dua belah kaki mereka.

Osteomalasia pula ialah keadaan dimana tulang menjadi lembut dan mudah patah serta otot-ototnya menjadi lemah. Dikenali sebagai 'soft bone' atau tulang lunak.
.
TANDA OSTEOMALASIA
* Penurunan berat badan.


* Anoreksia.


* Otot menjadi lemah sehingga menyebabkan susah untuk menaiki tangga.


* Tulang akan terasa ngilu dan kebas, terutama pada daerah pinggang dan paha.


* Perubahan bentuk pada tulang pinggul dan anggota gerak (lengan dan sendi).

OSTEOARTHRITIS DAN OSTEOPOROSIS
Kesihatan sendi dan tulang merupakan antara perkara yang merisaukan mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Dua penyakit degeneratif yang paling biasa dialami golongan ini ialah osteoartritis dan osteoporosis. Oste atau osteo bermakna 'tulang' dalam bahasa Yunani.

Tulang yang rapuh akibat osteoporosis telah lama dianggap sebagai satu faktor risiko penyakit osteoartritis. Osteoartritis ada kaitan dengan radang, haus dan lusuh tulang sementara osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang.

Kita memerlukan tulang yang kuat dan dapat menampung fungsi seperti biasa untuk menjalankan kegiatan harian.

Osteoartritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus.
Dikenali sebagai artritis haus dan lusuh, Osteoartritis menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan struktur.

Anda mungkin menyedari tentang tanda-tanda seperti kekejangan pada waktu pagi, sendi sedikit membengkak dan juga sakit. Ia merangkumi setiap sendi termasuk leher dan belakang. Jika teruk, Osteoartritis boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan dan hilang upaya.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF
Jika anda menghidap Osteomalasia, Osteoartritis atau Oasteoporosis anda dikehendaki meminum sebanyak mungkin air yang mengandungi mineral, alkaline dan magnesium yang tinggi kerana secara semulajadi air mengandungi pelbagai zat yang mampu membekalkan bahan mentah semulajadi yang diperlukan oleh tulang rawan.

Disamping itu, jika anda mendapat rawatan di Pusat Perubatan Holistik, kami dapat membantu anda membekalkan ubat khusus Osteomalasia, Osteoartritis dan Osteoporosis.

Ini kerana ubat yang dibekalkan akan dipancarkan dengan pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang begitu halus (125,000 kali) berbanding nano yang mampu menembusi sel-sel tulang rawan yang tidak mampu ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara fungsi Perubatan Holistik ialah membina dan membaiki semula struktur tulang rawan dan menentang kesan enzim semulajadi yang merosakkan tulang rawan tersebut.

Antara fungsi lain Perubatan Holistik adalah sebagai pengenyah asid urik, melincirkan sendi-sendi yang haus, mengurangkan ksakitan sendi dan meningkatkan keselesaan pergerakan, menambahkan vitamin D dan kalsium.

Anda dikehendaki mengamalkan Perubatan Holistik selama enam hingga setahun atau sehingga penyakit anda benar-benar pulih.

Biasanya, anda akan mengalami tindak balas ubat yang agak ketara. Dalam perubatan ianya dikenali sebaga ‘Healing Crisis’ iaitu krisis penyembuhan.

Healing Crisis (krisis penyembuhan) juga dikenali sebagai reaksi pengeluaran toksin atau sesuatu penyakit yang sering disalah tafsir oleh sesetengah orang.


Sebenarnya, reaksi ini timbul disebabkan tindakan Perubatan Holistik yang berfungsi sebagai pengawal atur central Nervous system (CNS) dan berusaha menyingkirkan toksin dan asid uric di dalam tubuh badan terutama di sendi-sendi. Ia juga adalah sejenis reaksi terapi atau urut dalaman secara semulajadi.

Sebenarnya, ia adalah satu tindak balas positif. Keadaan ini boleh disamakan dengan pembersihan longkang yang kotor lagi busuk.

Longkang akan menjadi lebih kotor dan busuk semasa dibersihkan. Oleh itu, peringkat permulaan pengambilan Perubatan Holistik, penyakit seperti pening, letih, bertambah sakit dan sebagainya mungkin timbul.

Di dalam keadaan ini, anda dinasihatkan meneruskan meminum Air mineral dengan sebanyak mungkin sehingga reaksi yang kuat itu reda atau hilang.

Untuk rawatan secara online berkaitan Osteo sila klik di sini.