INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 25 Julai 2010

RESDUNG DAN KEROSAKAN GIGI



Rongga sinus ialah rongga yang terdapat dalam tulang pipi dan dahi. Ia mempunyai hubungkait dengan hidung. Oleh sebab itu, tanda-tanda penyakit sinusitis adalah berkaitan dengan hidung seperti hidung berhingus, tersumbat, gatal, bersin dan berbau busuk.Tetapi tahukah anda bahawa penyakit sinusitis atau resdung ini mempunyai kaitan dengan kerosakan gigi?

Sebenarnya kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas merupakan salah satu punca utama penyakit sinusitis.
.
Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke dalam rongga sinus menyebabkan sinusitis. Ini adalah kerana kedudukan gigi bahagian atas (upper jaw) yang amat dekat dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat dalam tulang pipi (mixillary sinus) merupakan rongga sinus yang paling sering mendapat sinusitis akibat dari kerosakan gigi paling atas.
.
Gigi paling atas mempunyai akar yang panjang di dalam tulang gusi. Kadangkala akar gigi tersebut terlalu panjang sehingga ia menembus rongga sinus maxillary yang terdapat di dalam tulang pipi. Oleh itu sebarang kerosakan atau jangkitan pada akar gigi dengan mudah merebak ke rongga tersebut menyebabkan sinusitis.
.
MENJAGA KESIHATAN GIGI
Apakah perkara yang berlaku pada gigi bahagian atas yang boleh menyebabkan sinusitis? Di antara punca utama ialah mencabut gigi. Kerana mencabut gigi boleh meninggalkan kesan lubang pada gusi.Jika akar gigi tersebut panjang, lubangnya akan terlalu dalam sehingga boleh menghubungkan rongga sinus maxillary dan mulut.
.
Akibatnya, kuman atau bakteria dari mulut boleh merebak di rongga sinus menyebabkan sinusitis. Biasanya lubang tersebut akan pulih dan ditutup semula melalui rawatan ubat-ubatan.
Tetapi jika lubang berterusan ia boleh mengakibatkan fistula yang mana bahan makanan yang dikunyah atau air minuman boleh keluar melalui hidung. Sebaliknya, nanah dari dalam rongga sinus pula boleh meleleh melalui lubang tersebut ke dalam mulut.
.
Selain mencabut gigi, prosedur menampal gigi atau menanam gigi prostesis juga boleh menyebabkan sinusitis. Oleh itu, seseorang yang menjalani sebarang prosedur pada gigi bahagian atas haruslah waspada dan prihatin terhadap kemungkinan berlaku sinusitis atau resdung.
.
TANDA RESDUNG
Tanda penyakit sinusitis biasanya mula timbul seminggu atau dua minggu selepas prosedur pada gigi dilakukan. Biasanya, jika disyaki gigi tersebut boleh mengakibatkan sinusitis, biasanya doktor gigi akan memberi antibiotik kepada pesakit selama sekurang-kurangnya seminggu.
.
Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk, bersih di sebelah pagi, gatal dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud.
.
Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.
.
Sinusitis yang disebabkan oleh masalah pada gigi bahagian atas perlu mendapat rawatan tertentu untuk sembuh. Cara rawatannya harus terlebih dahulu menjurus kepada rawatan gigi kerana masalah gigi merupakan puncanya. Oleh itu, pesakit harus berjumpa doktor gigi terlebih dahulu. Jika ia berpunca dari jangkitan kuman pada gigi.
.
Biasanya dengan rawatan gigi yang sempurna dan antibiotik, masalah sinusitis juga boleh sembuh.Tetapi, jika sinusitis masih berterusan walaupun penyakit gigi telah sembuh, rawatan khusus untuk sinusitis harus dilakukan.

RAWATAN DI PUSAT PERUBATAN HOLISTIK DAN ALTERNATIF

Jika anda mengalami resdung, hidung tersumbat, gatal hidung, selesema berpanjangan dan masalah gigi atau gusi, kami di Pusat Perubatan Holistik mempuunyai pelbagai penawar gelombang elektromagnetik yang mampu menghalang kuman-kuman jahat menyerang pangkal sinus, gigi dan gusi.

Biasanya, pelbagai penawar gelombang elektromagnetik akan dipancarkan ke dalam ubat berbentuk tablet kunyah yang perlu dimakan tiga kali sehari.

Ini kerana tenaga pelbagai penawar resdung dan masalah gigi akan aktif di dalam tubuh pesakit hanya selama lapan jam. Sebelum tenaga tersebut menjadi lemah, maka pesakit dikehendaki memakan ubat yang dibekalkan untuk menjadikan tubuh pesakit sentiasa bertenaga dan imun sistem sentiasa diaktifkan. Sebab itu, pesakit dikehendaki memakan ubat yang dibekalkan tiga kali sehari.

Ribuan penawar gelombang elektromagnetik yang dibekalkan mempunyai tenaga yang sangat tinggi dan halus (125,000 kali nano) sehingga ia dapat menembusi sel-sel dalaman yang tidak dapat ditembusi oleh ubatan biasa.

Antara kod penawar elektromagnetik yang dipancarkan ke dalam tablet kunyah bagi pesakit resdung dan masalah kerosakan gigi ialah:

1. Kod gelombang elektromagnetik sinusitis.
2. Kod gelombang elektromagnetik nose.
3. Kod gelombang elektromagnetik nasal bone.
4. Kod gelombang elektromagnetik nasal cartilage, lower.
5. Kod gelombang elektromagnetik nasal cartilage, upper.
6. Kod gelombang elektromagnetik nasal chamber.
7. Kod gelombnag elektromagnetik nasal chamber, side wall
8. Kod gelombang elektromagnetik nasal meatus.
9. Kod gelombang elektromagnetik nasal septum.
10. Kod gelombang elektromagnetik nasolacrimal duct.
11. Kod gelombang elektromagnetik nasopharyngeal space.
12. Kod gelombang elektromagnetik nerves.
13. Kod gelombang elektromagnetik nerves, membrane (optic nerve).
14. Kod gelombang elektromagnetik nerves, muscles (facial nerve)
15. Kod gelombang elektromagnetik nostrils.
16. Kod gelombang elektromagnetik nostrils, posterior.
17. Kod gelombang elektromagnetik sensory nerves.
18. Kod gelombang elektromagnetik veins.
19. Kod gelombang elektromagnetik teeth.
20. Kod gelombang elektromagnetik canine teeth, upper (eye teeth).
21. Kod gelombang elektromagnetik dentition.
22. Kod gelombang elektromagnetik gum.
23. Kod gelombang elektromagnetik incisor, upper left.
24. Kod gelombang elektromagnetik incisor, upper right.
25. Kod gelombang elektromagnetik incisor (front 4 teeth).
26. Kod gelombang elektromagnetik molars.
27. Kod gelombang elektromagnetik molars, upper right.
28. Kod gelombang elektromagnetik premolars (bicuspid teeth).
29. Kod gelombang elektromagnetik tooth 11 hingga tooth 48.
30. Kod gelombang elektromagnetik wisdom tooth.

Untuk rawatan secara online tentang resdung sila klik di sini.