INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Ahad, 1 November 2009

KELEBIHAN BERSELAWAT

Perkataan selawat adalah jamak dari kalimah solat. Selawat menurut bahasa bermaksud doa, rahmat dari Allah S.W.T. dan keberkatan dalam beribadah.

Di dalam kitab suci Al-Quran Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab: ayat 56)

BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W. TERDIRI DARI TIGA JENIS TINGKATAN

1. Selawat Allah S.W.T. kepada Nabi dan Rasulnya, terutama kepada Nabi Muhammad S.A.W bererti Allah S.W.T. memberi rahmat, memuji dan melahirkan keutamaan serta mendekatkan Nabi Muhammad S.A.W kepadaNya .

2. Selawat para Malaikat kepada para Nabi, Rasul dan Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud para malaikat mendoakan atau memohon rahmat serta keampunan.

3. Selawat manusia kepada Nabi Muhammad S.A.W. bermaksud mengakui kerasulannya, memohon kepada Allah S.W.T. melahirkan keutamaan, kemuliaan dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran yang dibawanya.

HUKUM MEMBACA SELAWAT

Para ulamak telah memberi pelbagai pendapat tentang hukum membaca selawat ke atas Nabi S.A.W di antaranya:

1. Imam Syafie mengatakan, selawat itu wajib dibacakan dalam tahiyyat akhir.

2. Imam asy-Sya’bi berpendapat, selawat wajib dibaca di dalam solat dalam kedu-dua tahiyyat awal dan akhir.

3. Abu Jaafar al-Baqir mengatakan, selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dalam tahiyyat awal dan akhir.

4. Abu Bakar ibnu Al-Baqir berpendapat, selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.

5. Abu Bakar ar-Razi dan Ibnu Hazmin berpendapat, berselawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali .

6. At-Thahawi berpendapat, selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad S.A.W..

7. Az-Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca di setiap sesuatu majlis .

8. Ibnu Jarir at-Thabari berpendapat, berselawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu pekerjaan yang disukai.

9. Ibnu Qashshar berpendapat, berselawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu ibadah wajib.


Natijahnya, membaca selawat ke atas Nabi S.A.W adalah suatu amalan dan ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah S.W.T. dan para malaikatNya serta sangat dianjurkan sebagai suatu penghormatan dan memohon rahmat kepada Nabi S.A.W..


DALIL TENTANG SELAWAT

1. Sabda Nabi S.A.W .,
Dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,
“ Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

2. Sabda Nabi S.A.W.,
“Berselawat ke atas para Nabi Allah S.W.T. dan utusanNya sebagaimana kamu berselawat kepadaku kerana mereka itu sama diutuskan sebagaimana aku diutus." (Hadis riwayat Ahmad dan al-Khatib)

3. Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. dengan sabdanya,
“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan dan berselawatlah kepadaku, maka sesungguhnya bacaan selawatmu itu akan sampai kepadaku di mana sahaja kamu berada.” (Hadis riwayat Abu Daud)

4. Sabda Nabi S.A.W.,
“Tiada dari seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan Allah S.W.T. menerima rohku sehingga aku menjawab salam kepadanya.’ (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan dari hadis di atas, jelas bahawa membaca selawat kepada Nabi S.A.W. adalah suatu dari rangkaian iman dan ibadah yang wajib disempurnakan oleh kaum muslimin dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan. Semoga dengan sentiasa berselawat ke atas Nabi S.A.W., Allah akan memberi rahmat dan keberkatan dalam kehidupan kaum muslimin.

WAKTU YANG DIGALAKKAN BERSELAWAT

Terdapat banyak hadis yang menerangkan mengenai tempat dan waktu yang dituntut supaya kaum muslimin membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. Diantaranya,

1. Ketika hendak masuk ke dalam masjid dan ketika hendak keluar darinya. Nabi S.A.W. bersabda,
“Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, maka hendaklah membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa: Wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu. Manakala pabila ia hendak keluar hendaklah berdoa: Wahai Tuhanku, aku memohon kepadamu limpahan rahmatMu.” (Hadis riwayat Abu Daud)

2. Ibnu Sunni menceritakan bahawa apabila Rasulullah S.A.W. masuk ke dalam masjid, baginda membaca selawat yang bermaksud,
“Dengan Nama Allah, selawatlah ke atas Muhammad dan Keluarga Muhammad."

3. Berselawat setelah azan dikumandangkan. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

4. Sesudah membaca tahiyyat akhir dalam sembahyang.

5. Di dalam sembahyang jenazah. Imam Syafi’e berpendapat bahawa antara sunah Rasulullah S.A.W. dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir pada permulaannya, setelah itu membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnya membaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.

6. Di antara takbir-takbir sembahyang sunat hari raya. Sebahagian ulama berpendapat adalah lebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yang bermaksud,

“Maha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah S.W.T. jua. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T. yang Maha Besar. Ya Allah, muliakan olehmu Nabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat ke atasku."

7. Di permulaan dan akhir doa. Rasulullah S.A.W. bersabda, “Sesungguhnya doa itu akan berhenti di antara langit dan bumi. Tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.“ (Hadis riwayat At-Tirmidzi )

8. Di akhir qunut dalam sembahyang. Diriwayatkan oleh an-Nasai’ bahawa disukai seseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yang bermaksud,
"Dan mudah-mudahan Allah S.W.T. melimpahkan selawat (rahmat) ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad.“

9. Di malam dan di hari Jumaat. Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud,
“Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawatmu itu akan dikemukakan kepadaku.“ (Hadis riwayat Thabarani)

10. Di dalam khutbah Jumaat. Dalam mazhab Syafie, sesudah membaca tahmid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat.

11. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad S.A.W.. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku, melainkan Allah mengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya."
(Hadis Riwayat Abu Daud )

12. Sesudah bertalbiah. Sabda Nabi S.A.W.,
“Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi dan keluarganya ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan. “(Hadis riwayat Syafi’i dan Daraquthni )

13. Ketika setiap kali mengadakan majlis atau keramaian. Sabda Nabi S.A.W.,

“Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah S.W.T. dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah S.W.T. akan menyeksa mereka dan jika Allah S.W.T. menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .” (Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

14. Ketika berjumpa sahabat andai atau saudara mara sesama Islam. Sabda Nabi S.A.W.,

“Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah S.W.T. yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi S.A.W. dan keluarga Muhammad, melainkan Allah S.W.T. mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang." (Hadis riwayat Ibnu Sunni)

15. Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting. Sabda Nabi S.A.W.,

“Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah S.W.T.) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang keberkatan. “ (Hadis riwayat ar-Rahawi)

16. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi S.A.W.. Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

17. Ketika telinga berdengung. Sabda Nabi S.A.W.,

“Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung, maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku. “(Hadis riwayat Ibnu Sunni)

18. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan. Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W.,

“Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda sekiranya aku jadikan selawat untuk anda kesemuanya?.” Rasulullah S.A.W menjawab,
“Kalau demikian Allah S.W.T. akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu pun mengenai akhirat. “(Hadis riwayat Ahmad)

19. Setiap waktu pagi dan petang. Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat. “ (Hadis riwayat Thabarani)

KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Firman Allah s.w.t.:

“ Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai orang beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda. (Surah al-Ahzab: 56)

2. Sabda Nabi S.A.W.,
"Sesiapa yang berselawat keatas Nabi S.A.W. sekali, maka Allah S.W.T. akan berselawat kepadanya seratus kali." (Hadis riwayat Muslim)

3. Rasulullah S.A.W. bersabda,
“Orang yang lebih baik disisiku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak selawatnya kepadaku." (Hadis riwayat Tirmizi)

4. Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namaku disebut disisinya. (Hadis riwayat Tirmizi)

5. Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat. Oleh itu, perbanyakkan selawat pada hari tersebut. Maka sesungguhnya selawat yangg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat lalu bertanya: "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Baginda menjawab,
"Sesungguhnya bumi tidak memakan jasad para anbiya’" (Hadis riwayat Abu Daud)

Sebaik-baik ucapan selawat ialah ‘Allahumma Shalli ‘Ala Muhammad, Wa Ali Muhammad’.

KISAH UNTA BOLEH BERKATA-KATA

Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.
.
Maka ia pun mengangkatkan kepalanya mengadah ke langit seraya berkata, “Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu.”
.
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, “Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini.”
.
Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, “Hai unta, milik siapakah engkau ini ?”
Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, “Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta.”

Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, “Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar.”

Jawab orang Muslim itu, “Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali.”

Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku.”

ANTARA LAIN KELEBIHAN BERSELAWAT

(ALLAH dan Malaikat senantiasa berselawat kepada Nabi.)

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Riwayat Muslim.)

a) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 10 kali pada minuman/makanan untuk diri dan anak-anak. Insya Allah, kita dan anak-anak akan menjadi bijak dan sejahtera.

b) Sesiapa yang amal membaca selawat 10 setiap memulakan perjalanan akan dipermudahkan perjalanan, mudah dapat parking dan mudah selesai apa jua masalah yang dihadapi.

c) Amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. .

d) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

e) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap bagi keselamatan hidup dan pertolongan Allah selalu.

f) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya.

g) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari.

h) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

i) Diri gelisah dapat ditenangkan dengan berselawat selalu tanpa hitungan kerana Allah itu Maha mendengar.

j) Ulamak kata amalkan selawat setiap hari tak kira berapa jumlahnnya, insya Allah dihindarkan daripada penyakit berbahaya masa kini. (3 serangkai)
k) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat idikabulkan Allah akan hajatnya dengan kadar segera.
l) Dari Abu Naim Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.

m) Dari Thaabaranisabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku. "