INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 20 Mac 2010

KITARAN HAID DAN WAKTU SUBUR

Biasanya, kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28 hingga 30 hari. Namun, setiap wanita mempunyai kitaran haidnya tersendiri. Ada yang 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi, secara puratanya ialah 28 hingga 30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.

HARI KE- 1 HINGGA KE-4
Ianya dikenali sebagai fasa pengeluaran haid (menstruation). Ketika ini darah haid akan keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid, ia perlu ditanda di kalendar dan begitu juga tarikh tamatnya haid. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

HARI KE- 5 HINGGA KE-13
Ianya dikenali sebagai fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam induknya akan menjadi semakin matang.

HARI KE-14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada induknya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

HARI KE-15 HINGGA KE-28
Ia dikenali sebagai fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari induknya, sejenis hormon yang dikenali sebagai progestrone di rembes daripada induknya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari pertama.


WAKTU SUBUR
Waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada induknya. Sebenarnya, waktu kesuburan yang paling tepat ialah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya atau ketika fasa luteal bermula. Ini bermakna kesuburan hanya berlaku sehari sahaja di setiap bulan.


Contohnya, pusingan haid seorang wanita itu ialah 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke-14 itu adalah hari yang paling subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke-14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke -21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada vagina. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

MENJANGKA WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka peratus untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah S.W.T. telah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
.Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan, ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menjangkakan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN
Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari ), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang tertera di atas, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Untuk rawatan secara online berkaitan kesuburan dan saraf sila klik di sini.