INFORMASI

MAKLUMAN

Blog ini adalah hak milik Pintu Ilmu Resources (00159443-D) - PUSAT RAWATAN HOMEOPAYHY- yang beralamat di: Pusat Perubatan Holistik dan Alternatif 4932, Traffic Light Tok Jiring, Jalan Kelantan 21060 Kuala Terengganu, Darul Iman. Untuk lokasi klinik sila klik di sini

Pada 08/11/2015 klinik ditutup kerana doktor bertugas outstation. Harap maklum.

TESTIMONIAL TERKINI i

TAJAAN

Sabtu, 6 Mac 2010

BAHAYA MEROKOK






KAITAN ROKOK DAN PENYAKIT JANTUNG
Perhubungan tembakau dengan barah paru-paru telah banyak membayangkan kebenaran bahawa tabiat merokok adalah penyumbang kepada penyakit jantung dan penyakit-penyakit saluran darah yang lain. Risiko kematian dari penyakit jantung adalah 2 hingga 3 lebih besar terhadap perokok dibandingkan dengan yang tidak merokok.


RISIKO SERANGAN JANTUNG
Atherosclerosis dari coronary arteries lebih lazim pada perokok dibandingkan dengan yang tidak merokok. Menghisap rokok menjadi sebab utama kematian yang tiba-tiba, terutama sekali pada orang-orang lelaki di bawah umur 50 tahun.

Risiko bertambah setingkat demi setingkat pada perokok yang juga mengalami hypertensi atau darah tinggi dan risiko kedua-duanya adalah paling tinggi pada perokok.

Wanita-wanita yang mengambil ubat pencegah kehamilan yang juga kuat merokok, boleh menambah risiko serangan jantung mereka hingga 20 kali.
Lebih banyak anda merokok, (dan lebih tinggi tar/nikotin) lebih besar risikonya.


BAHAYA-BAHAYA LAIN PADA PEROKOK
Barah paru-paru, barah mulut, barah kerongkong: Pengaruhnya lebih tinggi pada perokok; 90% barah paru-paru berlaku pada perokok. Demam paru-paru dan Emphysema: Paru-paru yang telah dirosakkan oleh asap rokok lebih mudah kena jangkitan dan dan juga menyedut kurang oksigen. Kehamilan dan bahaya kepada bayi yang baru lahir: Ibu-ibu yang menghisap rokok mengahadapi bahaya melahirkan anak sebelum waktunya, bayi mati kelahiran atau berat badan bayi yang dilahirkan itu sangat berkurangan. Penyakit mulut: Perokok mungkin mendapati penyakit berkaitan dengan pergigian dan kehilangan gigi.


NIKOTIN
Racun ini pernah digunakan sebagai racun serangga, tetapi sekarang penggunaannya dilarang kerana ketinggian racunnya kepada manusia. Biasanya rokok mungkin mengadungi dengan jumlah yang tidak terbatas dan mudah pula didapati. Nicotin adalah 10 kali lebih toxic daripada DDT. Dihisap bertalu-talu 40 hingga 50 batang boleh membawa maut dalam beberapa minit disebabkan gagal bernafas. Oleh kerana jumlah nikotin itu kecil sahaja pada sekali sedutan, kesannya tidak membawa maut tetapi masih merbahaya pada jantung dan peredaran darah.


MEROKOK MEMBAWA PENYAKIT
Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit
1. Kanser pundi kencing
2. Kanser perut
3. Kanser usus dan rahim
4. Kanser mulut
5. Kanser Esofagus
6. Kanser tekak
7. Kanser pankrias
8. Kanser payudara
9. Kanser paru-paru
10. Penyakit saluran pernafasan kronik
11. Strok
12. Kereputan tulang (osteoporosis)
13. Penyakit jantung
14. Kemandulan
15. Putus haid awal
16. Melahirkan bayi yang cacat
17. Keguguran bayi
18. Mati pucuk
19. Bronkitis
20. Batuk
21. Penyakit ulser peptik
22. Emfisima
23. Otot lemah
24. Penyakit gusi
25. Kerosakan mata


KANDUNGAN BERBAHAYA DI DALAM ROKOK
Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4,000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.

Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan.

Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


KESAN ASAP ROKOK DAN ORANG DI SEKELILING
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru.

Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


KESAN ASAP ROKOK TERHADAP IBU MENGANDUNG
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan.
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan.
- Lebih terdedah kepada kanser.
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal.


KESAN ASAP ROKOK TERHADAP ANAK
- Lebih mudah mendapat lelah.
- Mendapat jangkitan paru-paru.
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak.



FAEDAH BERHENTI MEROKOK
- Hidup lebih lama.
- Dapat menghindari racun.
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat.
- Meningkatkan deria rasa dan bau.
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar.
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


GUNAKAN KAEDAH BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
- Yakinkan diri.
- Buat nota peringatan.
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok".
- Tumpukan pada hari ini.
- Sentiasa berfikiran positif.
- Dapatkan sokongan.
- Lawan keinginan untuk merokok.
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai.
- Melengah-lengahkan menghisap rokok.
- Minum banyak air.
- Menarik nafas panjang.
- Membuat sesuatu.
- Menjauhkan diri dari tempat orang merokok.
- Mengunyah sesuatu.
- Membasuh tangan.
- Mandi dengan kerap.
- Melakukan senaman regangan.
- Memohon doa.